in ,

TV2 Siar Filem GHOST RIDER : SPIRIT OF VENGEANCE

Slot English Blockbuster di TV2 setiap minggu menjanjikan tayangan filem-filem terbaik yang menampilkan aktor popular untuk tontonan bersama seisi keluarga. Ternyata filem yang dipilih tidak menghampakan malah mendapat sambutan memberangsangkan daripada penonton setia RTM.

Justeru pada 12 Februari ini, sebuah lagi filem menarik bakal menemui penonton bertajuk “Ghost Rider : Spirit of Vengeance”, pukul 10.00 malam yang menampilkan gandingan pelakon hebat Nicholas Cage dan ramai lagi.

Ghost Rider_1

‘Penunggang Hantu’, “Ghost Rider : Spirit of Vengeance” Temui Penonton TV2

[dropcap]J[/dropcap]om Imbas kembali watak Johnny Blaze (Nicholas Cage) dengan misi menyelamatkan seorang budak bernama Danny (Fergus Riordan) yang menjadi buruan syaitan yang suatu masa dahulu pernah membuat perjanjian dengannya.

Kisahnya berkembang dengan watak ibu Danny, Nadya (Violante Placido) telah cedera parah sewaktu melarikan diri dari polis kerana menyeludup senjata bersama bekas kekasihnya Ray Carrigan (Johnny Witworth).

Sewaktu nazak akibat terjatuh dari bangunan, Nadya ditawarkan peluang oleh syaitan Roarke (Ciaran Hinds) untuk hidup dengan anak dalam kandungannya sebagai pertukaran. Anak itu dijadikan Roarke sebagai medium untuk menumpangkan kuasanya dan genap 13 tahun, Danny akan dikorbankan untuk memulihkan kuasa Roarke kembali kepada yang asal.

Johnny Blaze dibantu oleh Moreau, sami kaki arak yang menjanjikannya pertukaran seandainya Danny berjaya diselamatkan, Moreau akan membantunya menghapuskan sumpahannya sebagai penunggang hantu.

Pertarungan demi pertarungan menyebabkan kekasih Nadya, Ray Carrigan yang bersetongkol dengan Roarke untuk mendapatkan Danny parah dan demi mencari Danny yang terlepas Roarke memberikannya kuasa baru untuk menghadapi penunggang hantu.

Akhirnya pertarungan berlaku di antara mereka, di antara Penunggang Hantu yang tidak dapat mengawal kegilaan membunuh, Ray Carrigan yang mempunyai kuasa baru yang mengerikan dan matlamat Roarke untuk mendapatkan kuasanya kembali.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama GABUK Lakonan Khir Rahman

Ziana Zain Terkilan Tak Dapat Perform di Program SEIRAS SEIRAMA