in ,

Gerak Khas Istimewa Hari Raya Aidilfitri

GERAK KHAS ISTIMEWA HARI RAYA AIDILFITRI : LAMBAIAN SYAWAL DI TV2

Sebagai penghargaan kepada pengikut setia program bercorak kepolisian Gerak Khas yang berjaya mencatat rating tinggi siarannya, khas sempena kehadiran Syawal ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan drama bersiri popular terbitan Skop Productions Sdn Bhd ini menerusi episod Gerak Khas ( Lambaian Syawal ) disiarkan dua episod pada 18 September dan 25 September 2009 (Jumaat), jam 10.30 malam di TV2.

Gerak Khas ( Lambaian Syawal ) menampilkan barisan pelakon Rizal Ashraf, Roslan Salleh, Hayati Tasrip, Nor Haslinda Hashim, Nazeri Omar dan Rose Iskandar ini memperlihatkan plot-plot istimewa yang tersendiri memaparkan situasi anggota Unit Gerak Khas yang masing-masing tidak sabar menanti kehadiran Syawal. Watak SI lakonan A.Galak dan isterinya sudah merancang untuk membuat rumah terbuka sempena hari mulia tersebut.

Sementara itu, Razif yang bekerja di restoran milik Encik Salleh, menghadapi masalah akibat tabiat berhutang. Dia kerap diekori oleh lintah darat dan diugut supaya membayar hutangnya.

Dalam pada itu, Sarjan Lim dan Kopral Zaidi berjaya memberkas peragut dalam satu insiden di ibukota. Razif pula bergelut dengan Salleh sebelum berjaya melarikan wang yang di curi di restoran. Pasukan Gerak Khas mendapat arahan untuk menyelesaikan kes tersebut, walaupun Syawal sudah hampir menjelang tiba.

Menyusul menerusi episod dua pula memaparkan babak ketibaan Syawal disambut meriah oleh anggota unit Gerak Khas. Mereka meraikannya di rumah terbuka SI dan kemeriahan Aidilfitri di kongsi bersama. Dalam pada itu, atas dorongan C/Insp. Kumar, C/Insp. Haris cuba merapatkan hubungannya dengan Inspektor Salina yang dalam diam menaruh hati padanya. Sementara itu Razif tetap tidak serik dan masih meminjam wang daripada lintah darat. Razif kemudian berjauh hati dengan keluarga Shima apabila dia di tahan untuk siasatan dalam kes rompakan tempohari.

Dalam pada itu, Unit Gerak Khas komited dalam menyelesaikan beberapa kes terbaru walaupun kehangatan Syawal masih lagi terasa. Setelah tertangkapnya dua orang lintah darat serta keterangan daripada saksi kejadian di peroleh, Razif akhirnya didapati bersalah kerana merompak majikannya sendiri.

Justeru untuk mengetaui bagaimana situasi dilalui anggota polis dalam meraikan sambutan perayaan Aidilfitri ini di samping tetap komited dengan tugas masing-masing, usah ketinggalan menyaksikan Gerak Khas ( Lambaian Syawal ) disiarkan dua episod pada 18 September dan 25 September 2009 (Jumaat), jam 10.30 malam di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Komedi Bersiri Raya di TV2

Pertandingan Rekaan Busana Muslim Marhaban Di Astro 2009