• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Gempak Selebriti Astro di Plaza Angsana

5
  • by Budiey
  • in Astro
  • — 30 Apr, 2009

JELAJAH GEMPAK SELEBRITI ASTRO BULAN MEI INI!
Artis popular dijangka gegarkan Plaza Angsana
 

Bagi meneruskan kesinambungan dan inisiatif bagi menawan hati para pelanggan, Astro terus gigih dalam ekspedisinya mendekati dan memanjakan para pelanggan melalui acara promosi bergerak Gempak Selebriti Astro yang akan diadakan pada 2 & 3 Mei ini!

Ketua Pemasaran Segmen Melayu, Puan Molina Musa berkata, ” Pada tahun ini, kami telah memperhalusi strategi kami dengan melakukan pendekatan yang berbeza daripada promosi-promosi bergerak yang lain. Penumpuan kami kini lebih kepada komuniti. Oleh itu, setiap minggu, pasukan pemasaran di bawah payung Gempak iaitu Gempak Desa, Gempak Selebriti dan Gempak Astro akan menjelajahi kawasan-kawasan yang disasarkan melalui acara-acara promosi yang banyak melibatkan penyertaan masyarakat berbilang kaum dan umur.

Kami telah mengatur pelbagai aktiviti promosi bergerak pada setiap minggu secara selang-seli sepanjang tahun. Program Gempak Desa akan menjelajahi kawasan-kawasan pendalaman manakala program Gempak Selebriti pula mensasarkan kepada kumpulan pelanggan yang datang dari kawasan Bandar. Sebagai bonus, kami telah mengembalikan acara Gempak Astro yang akan diadakan secara besar-besaran sebanyak 3 kali pada tahun ini.”

Menurut beliau lagi, ”Untuk menghargai kesetiaan para pelanggan, kami juga turut mengadakan sesi ’memanjakan diri’,  iaitu aktiviti-aktiviti seperti urut kaki refleksologi secara percuma dan juga konsert selama dua jam tanpa henti oleh artis-artis dan selebriti. Para pelanggan juga berpeluang untuk makan tengahari bersama para selebriti dengan hanya mendaftar di laman web rasmi: www.astro.com.my/gempak09”.

Acara promosi bergerak Gempak Selebriti yang akan diadakan pada 2 & 3 Mei bakal menerima kunjungan oleh artis dan selebriti terkenal seperti Ning Baizura serta bintang-bintang Akademi Fantasia yang lain seperti Idayu, Edlin, Fitri, Hazama, Riz, Noni, Nora dan ramai lagi. Di samping itu, acara akan dimeriahkan lagi oleh kehadiran ikon Astro seperti Tok Wan dan adik Alycia yang akan sama-sama turun padang bagi memeriahkan lagi acara.

Pasukan pemasaran Melayu Astro telahpun mengaturkan jadual promosi bergerak yang padat di negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu secara bergilir-gilir pada setiap hujung minggu. Berikut ialah lokasi-lokasi yang akan dikunjungi oleh pasukan pemasaran Melayu Astro pada bulan Mei ini:

2 Mei
Gempak Desa
Kedah
Padang Awam Taman
Nelayan, Kuala Kedah
Kelantan
Padang KSK JKR, Tumpat

2 & 3 Mei
Gempak Selebriti
Johor
Plaza Angsana, Johor Bahru

9 Mei
Gempak Desa
Johor
Parit Raja, Batu Pahat
Terengganu
Stadium Mini, Kg Raja, Besut

16 Mei
Gempak Desa
Perak
Padang Bandaran Parit Buntar, Kerian
Terengganu
Padang Sungai Tarum, Setiu

23 Mei
Gempak Desa
Selangor
Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor
Terengganu
Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu

30 Mei
Gempak Desa
Perak
Felda Besout 01, Hilir Perak
Terengganu
Kg Baru Seberang Takir, Kuala Terengganu

Tambah beliau lagi, ”Setiap acara Gempak mempunyai sasaran yang tersendiri dalam memenangi hati pelanggan tidak kira mereka datang dari kawasan pendalaman mahupun dari kawasan Bandar. Setakat ini, Astro telah berjaya menguasai kira-kira 49% dari kumpulan sasaran penonton TV dari kediaman Melayu. Jumlah ini semakin meningkat setiap kali kami menjelajah ke lokasi-lokasi baru seluruh negara pada setiap minggu.”

Pelbagai aktiviti interaktif seperti acara sukaneka telahpun diatur khusus untuk semua ahli keluarga tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa sepanjang hari bermula dari 9.30 pagi hingga 10.00 malam di setiap acara Gempak Desa dan Gempak Selebriti Astro di seluruh negara. Di samping itu, pentas ujibakat juga dibuka bagi mereka yang berminat untuk menyertai pelbagai program-program baru di Astro.

Menurutnya lagi, ”Kami yakin program-program yang telah diaturkan ini akan menarik kunjungan orang ramai. Sebagai testimoni, acara promosi bergerak Gempak Selebriti Astro di Queens Bay, Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah yang telah diadakan baru-baru ini masing-masing berjaya menarik lebih dari 7,000 pengunjung di setiap lokasi. Kami percaya kehadiran artis terkenal seperti Ning Baizura, Riz, Reza, Farish, Zainal Alam Kadir, Idayu, Edlin, Akma, Fitri dan ramai lagi di acara Gempak Selebriti Astro yang bakal berlangsung diI Plaza Angsana, Johor Bahru pada 2 & 3 Mei ini akan  menarik kunjungan orang ramai.

”Kami ingin memanfaatkan setiap kunjungan kami bukan semata-mata mahu menghiburkan dan memanjakan para pengunjung tetapi juga ingin mengambil kesempatan untuk mendekati dan bertukar-tukar pendapat dengan para pelanggan Astro yang baru dan lama bagi meningkatkan lagi mutu dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Astro seperti menaiktaraf pakej yang sedia,” Puan Molina mengakhiri perbualannya.

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Astro

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Gambar Betty Benafe Ibu Tiri Drama Yusuff
  • Next story Siapa Juara One In A Million?

ENTRI BERKAITAN

  • ADV: Astro B.yond Bakal Lancar Personal Video Recorder PVR 28 May, 2010
  • Celebrate Aidiladha with National Geographic Channel 22 Oct, 2012
  • Mari Menari Minggu 7 Tiada Penyingkiran 1 Dec, 2010
  • Astro Kasih Cipta Rekod Pembersihan Laut Terpanjang Di Dunia 13 Apr, 2013

5 Comments

  1. zaty says:
    Friday, May 1, 2009 at 9:55 am

    wahh… gempak selebrity astro.
    huhh… mesty gempak glew en..??
    hahahaahaaahah……. harap2 cam
    2 larh erk..!!!

  2. farzana binti haris says:
    Monday, May 4, 2009 at 5:27 pm

    kalau leh, wat la gempak kat jusco tebrau city, jb, 22hb november,2009. saya nak wat sk

  3. eida parit buntar perak says:
    Thursday, May 28, 2009 at 1:42 pm

    gempak desa astro memang best..
    bayak acara dan game..
    memang best giler sampai saya sangup tunggu dari pagi 8.30 hingga malam 10.30..
    pada pihak astro terima kasih dan jangan lupa datang lagi k..
    oh ya jgn lupa letak gambar gempak desa astro di padang bandarang parit buntar perak di sini..
    bleh jgk tgk2 and copy..
    kirim salam pada abg yg cameramen kita aritue k…

  4. faiez says:
    Thursday, August 6, 2009 at 5:35 pm

    em mcm ne nk jadi groub gempak selebriti er

  5. yg minat glewr says:
    Thursday, December 24, 2009 at 6:39 pm

    hurm gempak selebriti mmg besh n power glewr la kan…

    besh sgt…

    arap akan adew lg untuk taon2 akan dtg kan…
    n adew pelbagai lg acare dan game2 yg besh….

    suka sgt…

    gempak selebriti Astro mmg beshhhhh…

    kalo bole nka join korang kan…

    lg2 kat kelantan nie

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
    • AirAsia Foundation Awards Sabah Social Enterprise with Micro Hydro Grant
    • Thirty Seconds To Mars Exclusive Album Preview Party
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • nashOne Nite Only With Nash LefthandedSaturday, May 25, 2013
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • nura on:Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • nina on:Datuk Seri Najib Orang Pertama Dapat Kad Kahwin Beego & Linda
    • nina on:Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur
    • nina on:Gambar Nubhan & Mila Jirin Berkaraoke Lagu Cinta Kasih di Red Box
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
    • AirAsia Foundation Awards Sabah Social Enterprise with Micro Hydro Grant
    • Thirty Seconds To Mars Exclusive Album Preview Party
    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
    • Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi
    • Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.