in

Gema Gegar Vaganza Bertemakan Gema Yang Dirindukan

Pasangan duo adik-beradik Heliza & Hazwani terus cemerlang di pentas Gema Gegar Vaganza (GGV) apabila berjaya menyingkap sisi kerohanian lagu Jampi nyanyian Hael Husaini dengan menterjemahkan bait-bait lirik lagu hit tersebut kepada maksud yang berkisar mengenai kealpaan manusia akibat ‘dijampi’ dengan kemewahan dunia sehinggakan juri tetap Farihin Abdul Fattah menyifatkan persembahan mereka sebagai “lebih juara daripada juara”.

Gema Gegar Vaganza

Adeep Nahar yang berada di kedudukan kedua tertinggi pada minggu lalu mempersembahkan lagu Perjalananku nyanyian Datuk Jamal Abdillah dengan penuh emosi apabila mengaitkan lagu tersebut dengan pengalaman peribadi beliau bersama arwah bapanya.

Kumpulan InTeam pula mendapat pujian juri jemputan, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah, apabila berjaya melakukan susunan muzik dan improvisasi yang bagus dalam mempersembahkan lagu Gemuruh nyanyian Faizal Tahir.

Dengan peratusan sebanyak 55.67% yang diraih Ippo Hafiz, beliau menduduki tempat terakhir dalam carta undian seterusnya menjadi bintang kedua yang tersingkir.

Meneruskan perjuangan di pentas GGV, baki sembilan bintang yang tinggal akan membuat persembahan pada minggu keempat bertemakan ‘Gema Yang Dirindukan’. Mereka akan mempersembahkan lagu-lagu nyanyian daripada penyanyi nasyid ternama seperti kumpulan Raihan, Hijjaz, Maher Zain dan juga penyanyi tersohor Rahimah Rahim.

Antaranya, lagu Summayah nyanyian Hijjaz yang akan dipersembahkan oleh Mestica, lagu Inshaallah nyanyian Maher Zain yang akan dipersembahkan oleh Farah Syikin, lagu Sesungguhnya nyanyian Raihan yang akan disampaikan oleh Adeep Nahar dan pelbagai lagi. Tugasan lagu Doa nyanyian Rahimah Rahim pula diberi kepada Awi Rafael.

Konsert Gema Gegar Vaganza musim kedua (Minggu Keempat) akan berlangsung pada 21 April 2018 (Sabtu), di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Sama-sama kita menonton pada malam ni.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Final Trailer Filem JURASSIC WORLD: FALLEN KINGDOM Sangat Dahsyat

Panduan Untuk Konsert OneRepublic Live In Malaysia 2018