in

Gelak Habis Tonton Filem HOMECOMING

Pada jam 11 pagi tadi, Budiey telah menonton sebuah filem komedi lakonan selebriti terkenal Afdlin Shauki yang akan ditayangkan sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina iaitu HOMECOMING.

Filem HOMECOMING akan ditayangkan mulai 19 Januari 2011 di seluruh pawagam di Malaysia dan Singapura. Menggabungkan pelakon handalan dari Malaysia dan Singapura, filem ini sebenarnya mempunyai mesej kekeluargaan yang begitu erat dan tradisi orang kita dengan suntikan lawak jenaka yang menghiburkan.

Video Sekitar Sesi Ramah Mesra Pelakon Homecoming Bersama Media :

Walaupun filem ini menggunakan 80% bahasa mandarin, namun tetap ada Imej 1Malaysia juga diterapkan dalam beberapa babak. Penampilan pelakon berbagai bangsa iaitu Cina, Melayu dan India sudah tentu menarik semua untuk menonton filem ini walaupun filem ini adalah khusus untuk sambutan Tahun Baru Cina.

Filem ini diarah oleh seorang pengarah kelahiran Malaysia iaitu Lee Thean Jeen yang mana filem ini merupakan arahan pertama beliau.

homecoming poster

Filem ini dilakonkan oleh Ah Niu (penyanyi serba boleh), Afdlin Shauki (pelawak, pengarah dan pelakon terkenal), Mark Lee (pelawak terkenal dari Singapura), Jack Neo (pelawak serba boleh), Jacelyn Tay (pelakon dari Singapura), Huang Wen Hong (DJ popular dari Singapura), Rebecca Lim (pelakon terkenal dari Singapura) dan Koe Yeet (pelakon dari Malaysia).

Bagi Budiey, filem ini memang kelakar. Ada beberapa babak yang boleh membuatkan kita tak kering gusi. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga di musim perayaan ini. Filem yang menggambarkan betapa meriahnya balik kampung halaman untuk bertemu dengan orang tersayang sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Ini bukanlah kali pertama kolaborasi Malaysia-Singapura dalam satu filem, malah sebelum ini pun dah banyak Malaysia dan Singapura bergabung untuk menjayakan filem bersama. Namun, ini adalah filem pertama yang menggabungkan semua pihak untuk setiap peringkat iaitu dari pengarah, pelakon dan pengambaran sebenar.

Kolaborasi kedua buah negara ini menampakkan hubungan yang lebih erat dijalinkan dengan kerjasama pelakon handalan dari Singapura dan Malaysia.

Orang Cina akan pulang ke rumah keluarga masing-masing menjelangnya Tahun Baru Cina, dan begitu juga untuk orang Malaysia yang bekerja di Singapura dan orang Singapura yang bekerja di Malaysia. Jadi, tema dan olahan penceritaan filem ini sangat relevan dan real.

HOMECOMING adalah filem kolaborasi antara Homerun Asia, Double Vision, produksi Vision New Media di Malaysia, SIMF Management, J Team Productions dan Tanshern. Produksi company untuk filem ini ialah Woosh Pictures.

Jangan lupa tonton filem ini mulai 19 Januari 2011 di pawagam berdekatan anda.

Jam 12.30 tengahari tadi telah berlangsung Meet & Greet pelakon Homecoming bersama dengan media.

Homecoming

Hos

Homecoming

Homecoming

Afdlin Shauki

Homecoming

Homecoming

Homecoming

Homecoming

Homecoming

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem TIME BOMB, 14 HOURS, CONFINED di 8TV

Gambar Heliza Helmi di Pelancaran Butik Mimpi Kita