in , ,

Gambar Gelagat Peminat di Rakaman Konsert Sheila Majid & Anuar Zain

Pada 16 Julai 2010 (Jumaat) lalu, Budiey berkesempatan untuk menonton secara live sekitar rakaman Konsert Aku Cinta Padamu… Sheila Majid di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur pada jam 8 malam. Konsert ini akan disiarkan pada hari raya Aidilfitri di TV2.

Seperti yang dijangka, maka ramai sekali peminat Sheila Majid yang hadir hingga memenuhi dewan. Pengalaman Budiey, ini adalah kali kedua Budiey lihat Auditorium Perdana penuh sesak dengan penonton selepas show Siti Nurhaliza beberapa tahun sudah.

Mungkin faktor dah lama tak menonton konsert Sheila Majid selain aura populariti yang tak pernah luntur sering mendapat sokongan peminat dan apatah lagi Ratu Jazz ini telah menjemput penyanyi bersuara lantang, Anuar Zain untuk menyampaikan 3 buah lagu.

Dan ini video kerenah dan gelagat penonton yang Budiey sempat rakam semasa konsert berlangsung.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fesyen Kasyaf Hatta Dolmat Inspirasi Kemelut Semenanjung Gaza

SHEILA MAJID

Sheila Majid Rancang Mahu Buat Konsert Mega di Indonesia & Singapura