Gang Starz Hot Stories

Hot Stories, Hot ke? (Konsert ke-5)

Tangga 3 terbawah
Tempat 3 terbawah setiap minggu berubah-ubah, 4 minggu yang lepas sentiasa dipenuhi dengan kumpulan dari Thailand, Filipina & Singapura. Akan tetapi pada minggu ini siapa sangka kumpulan dari Malaysia & Indonesia yang paling tidak mendapat tempat di hati juri dan penonton Malaysia. Mengapa ya?

Nak tau tak kumpulan mana yang perlu membuat yang ter”lebih” baik pada minggu ini… 2 dari Malaysia iaitu kumpulan South Trio & Akasia dan diikuti oleh D’Reborn. Memang tak diduga! Step seperti biasa mendapat kutipan SMS yang paling tinggi pada minggu lepas. Sarkas pun sarkaslah. Janji menghiburkan penonton Malaysia. Mana perginya motto “Pencarian Vokal Terhebat”?? Bangkit rakyat Malaysia, pilih yang terbaik & terbagus!

Brown Tone
Persembahan pembukaan Brown Tone pada minggu lepas memang mengasyikkan. Lagi-lagi dengar suara lunak Zulfa, memang meremang bulu roma la. Tapi bila dah masuk rapping part anggota Brown Tone yang lain sememangnya tak sedap di dengar.

Dengar cerita, ada suatu hari Zulfa terdengar orang mengaji di Masjid Shah Alam dan Zulfa menitiskan air mata kerana terlampau sedap sangat orang tu mengaji. Dan mengikut cerita Syed Heikal, Zulfa sememangnya penyayi untuk lagu-lagu ketuhanan di Malaysia. Alhamdulillah… Teringin nak dengar kalau Zulfa bergandingan dengan Yassin, Waheeda ataupun Rabbani. Mesti sedapkan. Dah la ada rupa, ada suara pulak tue. Semoga rezeki Zulfa & rakan-rakan Brown Tone akan lebih murah di Singapura dan akan datang di Malaysia.

Paragon Child
Selepas kisah cinta salah seorang ahli Paragon Child dengan ahli kumpulan 3.5 dipaparkan di internet pada minggu lepas, minggu ini pula cerita mereka bertiga bergaduh – semua nak jadi Star! Bukan orang-orang di belakang tabir je yang nampak semua ini, malah juri juga memberi teguran mengatakan tidak nampak keserasian antara mereka. Janganlah macam tu bro!, anda bertiga sedang menjadi kegilaan ramai sekarang dan akan dijangkakan memasuki final! Kerana tiap-tiap minggu kumpulan mereka pasti akan menduduki tempat 3 teratas dengan One Nation Emcee. Keep it up!

Apa pun tahniah kepada Paragon Child kerana cuba untuk menyanyikan lagu Melayu pada minggu lepas. Lagu Anuar Zain – Lelaki Ini lagi tu!

3.5
Memang teruja dengan persembahan 3.5 pada minggu lepas! Bersemangat sungguh mereka untuk membuktikan kepada juri bahawa mereka bukan diva yang tak versatil. Lagu “Bring Me to Life” nyanyian penyanyi asal Evanescence pun tak sehebat itu. Jeli buat “head banging” sampai tercabut subang dia. Memang terujalah dengan persembahan mereka. Anak Steph yang datang memberi sokongan terhadap ibunya pun mesti terkejut dengan rambut kerinting mak dia minggu lepaskan. Tak sabar nak tengok persembahan mereka pada minggu ini. Rasa-rasa ada pembaharuan tak?

Akasia
Tahniah kepada Akasia & stylist mereka Faizal Hamid kerana pakaian Akasia dipuji oleh Syed Heikal & Ajai. Mereka tak dipanggil ”makcik-makcik” lagi. Baju mereka pada konsert minggu lepas berharga RM13 ribu ringgit! Kalau tak dipuji lagi tak tau la. Semoga Akasia fikirkan apa image yang sesuai untuk kumpulan mereka. Mereka ini ada suara tapi personaliti masing-masing tak nampak lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Norish Karman Nafi Bercerai & Kerja GRO

PERADUAN TEMAN 2 THE PERFECT GATEWAY