in ,

Gandingan Pelakon Hebat Dalam Telemovie WAN EMBONG

Ada kisah yang perlu semuanya tahu. Menghiasi skrin TV3 dalam slot Cerekarama minggu ini (21 November 2015, 9 malam), Zeel Production bakal mempersembahkan sebuah telemovie hebat arahan sutradara tersohor ,Amie Maziah. Dilakonkan oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Faizal Hussien, Neelofa, Izreen Azminda, Vanida Imran, Johan Asaari dan Dato Rahim Razali. Telemovie berjudul WAN EMBONG ini mengisahkan kisah cinta terhalang dua insan yang diselimuti kebencian, fitnah dan pengkhianatan.

Istimewanya, ini adalah kali pertama Zeel Production bekerjasama dengan Johan Asaari dan Vanida Imran. Malah, menerusi Wan Embong juga, kali pertama Neelofa (Wan Embong), Vanida Imran (Seri), Izreen Azminda (Chempaka) melakonkan watak isteri-isteri kepada Omar lakonan Faizal Hussien. Wan Embong ditulis skripnya oleh Syed Muhd Taufik Syed Abdul Jalil ini menjalani penggambaran selama 14 hari di sekitar Bukit Cerakah, Shah Alam, Gunung Lang , Ipoh serta Tasik Banding Hutan Belum, Grik, Perak.

WAN EMBONG mengisahkan Omar (Faizal Hussien), ketua Kampung Tuan Tunggal yang memiliki dua orang isteri yakni Seri dan Chempaka lakonan Vanida Imran dan Izreen Azminda. Kedua-dua mereka begitu taat dengan Omar. Kisah bermula apabila Omar mengutip cukai bulanan di rumah Wan Manap. Kedaifan Wan Manap ternyata mengharukan hati Omar.

Omar memahami Wan Manap yang uzur dan tidak lagi mampu bekerja. Dan disitu jugalah Omar bekenalan dengan anak dara Wan Manap, Wan Embong lakonan Neelofa. Wan Embong seorang gadis bertudung lepasan sekolah dan belum berkahwin. Omar terus menyatakan hasrat untuk mengahwini Wan Embong dan Wan Manap tidak lagi perlu membayar cukai bulanan.

Wan Embong menolak permintaan Omar. Namun kerana kasihan bapanya, Wan Embong harus menerima takdir yang dia terpaksa menjadi isteri kepada Omar. Namun Wan Embong meletakkan syarat yang Omar tidak boleh menyentuh dirinya. Dibawa pulang ke rumah, disinilah Wan Embong terpaksa berhadapan pula dengan isteri-isteri Omar yakni Seri dan Chempaka.

Seri isteri pertama yang memang tidak suka Chempaka dan Embong kerana beranggapan mereka hanya menginginkan harta suaminya.

Berlainan dengan Chempaka, yang mudah mesra dan bersikap baik dengan Embong. Namun segalanya berubah apabila Wan Embong diperkenalkan Ali(lakonan Johan Asaari) oleh Chempaka. Ali sudah lama mencintai Embong. Chempaka akhirnya mengatur langkah untuk menyatukan Ali dan Embong tanpa diketahui, Chempaka memiliki niatnya yang tersendiri. Apakah niat sebenar Chempaka? Apakah Omar tidak akan mengetahui hubungan cinta sulit Ali dan Wan Embong? Apakah Seri akan berdiam diri?

Nantikan tayangannya pada 21 November, 9 malam di TV3.

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie BOLEH DIAM TAK? Lakonan Sheera Iskandar

Senarai Pemenang Jumbo Queen 2015 Grand Final