in ,

Gambar Will Smith & Jaden Smith di Meet & Greet Filem After Earth

[dropcap]D[/dropcap]alam rangka promosi jelajah untuk filem After Earth, sememangnya nama pelakon utamanya, Will Smith yang berganding dengan anaknya Jaden Smith akan memberi sepenuhnya komitmen untuk bertemu peminat dan mewar-warkan tentang filem yang akan ditayangkan mulai 6 Jun itu.

Ternyata, kunjungan anak beranak di Taiwan semalam telah disambut baik oleh peminat bintang Hollywood ini di acara Meet & Greet yang adakan di tengah ibu kota Taipei, berhampiran dengan Menara Tertinggi Taipei 101 pada jam 8 malam semalam.

Budiey sebagai wakil media dan blogger Malaysia turut dijemput untuk melihat sendiri sambutan peminat yang rata-rata sangat teruja dengan kehadiran Will Smith dan Jaden Smith. Mereka sampai pada 2 Mei lalu pada jam 9 malam dan menginap di Hotel Le Meridien, Taipei.

Terima kasih kepada Sony Pictures Malaysia yang memberi peluang kepada Budiey Dot Com untuk buat liputan sepenuhnya acara promosi Jelajah Asia Filem After Earth ini. Ini adalah kali pertama Budiey dijemput untuk media junket filem di luar negara.

Acara ‘public event’ semalam telah menyaksikan gimik di mana kedua pelakon After Earth itu telah menghidupkan ‘butang hayat’ dan serentak dengan itu, satu cahaya laser telah dipancarkan pada dinding luar Menara Tertinggi Taipei 101 yang mempunyai ketinggian 1,600 kaki.

Bercakap kepada media Taiwan, Will Smith telah menolak untuk masuk ke pentas khas melalui jalan yang dikhaskan oleh penganjur semata-mata mahu bertemu dengan peminat dan boleh menandatangani lebih autograf dari peminatnya.Sikap beliau yang senang didekati, pandai buat lawak dan sempoi membuatkan ramai peminat suka dan menjerit nama Will Smith.

Budiey diberitahu, Will Smith sememangnya seorang yang suka melayan peminatnya jika berkesempatan. Ternyata ini benar, semasa ketibaannya di lapangan terbang, Will Smith mengambil peluang untuk bersama dengan peminat yang menungggu sekian lama di aiport dan menandatangani bukan sahaja autograf di poster, malah di American dollar bill.

Mereka dijadualkan bertemu dengan media pada pagi ini di Sidang Media After Earth yang diadakan di Hotel Le Meridien, Taipei. Dalam kunjungan yang sama, anak kepada Will Smith, Jaden akan dijadualkan menghadiri satu acara amal yang dianjurkan oleh Taiwan Fund for Children and Families di Taipei di mana beliau akan memberikan hadiah kepada 100 kanak-kanak kurang bernasib baik dan akan menyertai acara promosi untuk menyokong dalam usaha untuk memelihara alam sekitar.

Selepas Taiwan, Will Smith dan Jaden Smith akan ke Hong Kong dan Jepun.

Gambar Will Smith & Jaden Smith di Meet & Greet Filem After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Meet & Greet After Earth

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jehan Miskin Selamat Nikah Dengan Gadis Korea

Gambar Majlis Nikah Jehan Miskin & Julie Rhee