in

Gambar Wedding Pelakon Yatt dan Abdul Mutalib

Budiey BlogPada 29 Mac lalu, pelakon Haryati Hamzah atau Yatt, 29, akhirnya sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 29 tahun dengan sekali lafaz. Dengan berwalikan bapanya Hamzah Hashim, majlis akad diadakan di hadapan Pendaftar Nikah Daerah Seremban, Abd Manas Md Isa di rumah kediaman keluarganya di Seremban 2, Negeri Sembilan.

Majlis yang bermula sekitar 2.30 petang itu diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, saudara-mara dan kenalan rapat mereka. Seramai 500 tetamu datang meraikan hari debaran buat Yatt.

Yatt berkenalan dengan Talib pada penghujung tahun 2004 selepas diperkenalkan oleh seorang sahabat. Selepas kahwin, Talib tidak menghalangnya untuk terus aktif dalam lapangan seni. Asalkan tidak melanggar batasan.

“Apa yang boleh saya katakan saya cukup gembira dan terharu. Kini saya sudah bergelar isteri dan berjanji untuk menjalankan tanggungjawab saya sebaik mungkin. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang sudi hadir dan membantu menjayakan majlis ini.” 

Bagaimana persiapan majlis perkahwinan Yatt?

“Sebelum majlis ini saya dah pergi ke Jakarta. Tapi banyak barang yang tak sempat nak beli. Jadi saya ambil kesempatan untuk pergi sekali lagi. Sementara itu tentang perancangan berbulan madu pula, kami tidak tahu bila sebab masing-masing sibuk dengan komitmen. Selepas ini saya terlibat dengan beberapa program sebagai pengacara dan turut akan berlakon dalam beberapa buah drama dalam masa terdekat. Saya bersyukur kerana rezeki saya tak pernah putus dan berharap ianya akan berkekalan sampai bila-bila. Bagaimanapun kami merancang untuk pergi ke pulau kerana saya sukakan suasana pantai yang cantik dan menenangkan.”

Yatt nak anak berapa orang?

“Kalau boleh saya nak tiga atau lima orang anak sebab saya sukakan nombor ganjil. Tapi tak kisahlah berapa rezeki yang Allah mahu beri. Saya akan menerimanya asalkan anak yang dilahirkan kelak sihat, sempurna dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.”

Pada majlis bersejarah mereka itu, Yatt menerima mas kahwin sebanyak RM280.80 serta lima dulang hantaran oleh pihak lelaki dan berbalas tujuh oleh pihak perempuan.

Yatt bagaimanapun merahsiakan jumlah wang hantaran yang diberikan oleh suaminya itu. kedua-dua belah pihak bersetuju dengan jumlah yang ditetapkan namun tidak berniat untuk menghebahkannya kepada pihak media. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 Februari tahun lalu setelah hampir lima tahun mengenali hati budi masing-masing.

Setelah merasakan keserasian antara mereka wujud, Yatt akhirnya yakin jejaka yang bertugas sebagai pengurus SportsPlanet di Ampang itu adalah lelaki yang paling layak bergelar suaminya.

Setelah hampir lima tahun mengenali hati budi masing-masing, Yatt merasakan Mutalib adalah jejaka yang layak menjadi suaminya

Majlis pernikahan mereka semalam akan berlangsung di rumah keluarga Yatt di Seremban, Negeri Sembilan.

Majlis persandingan di sebelah pihak lelaki pula akan dibuat di Dewan Seri Endon, Putrajaya pada 4 April depan manakala persandingan di sebelah perempuan pula akan dibuat di sesi malam pada tarikh dan lokasi yang sama.

Menariknya, hari bersejarah pasangan ini juga turut mendapat tajaan yang melimpah-ruah; bermula dengan kad jemputan perkahwinan, rawatan kecantikan, baju pengantin, pelamin, solekan dan katering.

Untuk rekod pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 Februari tahun lalu setelah hampir lima tahun mengenali hati budi masing-masing.

Majlis persandingan di sebelah pihak lelaki pula akan dibuat di Dewan Seri Endon, Putrajaya pada 4 April depan manakala persandingan di sebelah perempuan pula akan dibuat di sesi malam pada tarikh dan lokasi yang sama.

Untuk majlis perkahwinan Yatt dan Mutalib, Butik Lynda Rahim akan bertindak sebagai perancang perkahwinan, persalinan dan hiasan majlis persandingan. D&D Beauty House pula akan menaja pelamin nikah manakala hiasan majlis pernikahan ditaja oleh Butik Pesona Anggun.

Penaja lain yang turut bermurah hati menaja majlis tersebut ialah Saddiq Solutions yang menaja kad jemputan pernikahan dan perkahwinan, Den Wahab dan Udaimatunnur (persalinan nikah), Amy Janz dan Fiza Zainudin (solekan) serta Chef Zainal Tanjung Puteri menaja kek perkahwinan. Sementara itu My Aroma dan KK Cleaning Services pula menaja cenderahati, Kickstart Gymnastic (persembahan), Skin Basic (rawatan pelansingan badan) dan Seri Keningau Catering (katering).

Selamat pengantin baru kepada Yatt dan pasangan. Semoga bahagia hingga hujung nyawa. Tahniah, Yatt.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hujah TV9 Bincang Krisis di Perak

Gambar Anak Erra Fazira Hanya Boleh Diambil Masa Majlis Aqiqah Cukur Jambul