Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Wedding Dynaz & Mohd Hafizi Fizy Kahwin



Tepat jam 11.40 pagi, pelakon popular Wan Intan Edrinaz Datuk Wan Mokhtar (Dynaz) 25 tahun telah diijabkabulkan dengan Mohd Hafizi (Fizy) Mohd Hafiz 36, di rumahnya. Majlis tertutup dihadiri oleh kira-kira 150 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai kedua-dua belah pihak.

Pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh ayah Dynas, Datuk Wan Mokhtar Wan Mohamed, dan hanya dengan sekali lafaz Dynaz sah bergelar isteri Fizy. Pelakon Kayangan ini kelihatan anggun bergaya mengenakan kebaya lace klasik rekaan Calvin Thoo.

Kasut ala-cindarella yang dipakai Dynaz pada hari pernikahannya juga merupakan sentuhan Calvin Thoo yang juga teman baik kepada pelakon tinggi lampai ini. Pada majlis sederhana tetapi meriah ini, Dynaz telah menerima mas kahwin RM1001 dan wang hantaran RM15,000 daripada suaminya, Fizy.

Kredit Gambar: Utusan Malaysia

Fizy mengucup dahi isteri tercinta, Dynaz ketika upacara membatalkan air sembahyang (Foto Utusan)

Majlis membatalkan air sembahyang berlangsung sejurus selepas Fizy menunaikan solat sunat syukur memohon restu yang Maha Esa memberkati ikatan suci yang baru dibina bersama isteri tercinta. Fizy memberikan isterinya sembilan dulang hantaran dan dibalas sebelas hantaran daripada pihak perempuan.

Antara barang hantaran oleh pihak lelaki adalah tas tangan jenama Luis Vuitton serta kasut tumit tinggi jenama Gucci, dua pasang kain kebaya, cincin dan rantai pemberian ibu Fizy, set barang kemas jenama Aigner, pewangi jenama Marc Jacob, Telekung, sejadah dan senaskhah Al-Quran.

Sementara itu, hantaran balas daripada pihak perempuan adalah sepasang baju Melayu, kain songket, sejadah, dompet dan tali pinggang jenama Gucci, kasut jenama Gucci, pewangi YSL, sepasang sut, topi keledar jenama ARAI dari Jepun, jam tangan Brietling, cincin jenama De Jam, sebiji kek dan dulang mengandungi buah strawberi.

Dynaz yang ditemui selepas upacara akad nikah melahirkan rasa terharu dan gembira kerana semua yang dirancang berjalan lancar dan baginya Fizy adalah jejaka yang istimewa di hatinya. Kerana kesibukan kerja pasangan ini terpaksa menangguhkan impian bulan madu mereka untuk seketika

Pasangan ini akan bersanding secara tertutup di kediaman Dynaz di Seksyen 9, Shah Alam malam ini, manakala sebuah majlis resepsi lagi akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 22 Mac ini. Kedua-dua mempelai ini hanya bakal berbulan madu di Pulau Boracay, Filipina pada bulan April nanti. - [sumber]

dynaz kahwin

Kredit Gambar: Utusan Malaysia

[tags]wedding dynaz, perkahwinan dinas, gambar dinaz kahwin, blog wedding, bridal top, dynaz nikah, fizi dynaz kahwin, calvin thoo, wang hantaran dynas, fizy pelumba kereta, racer wedding, gambar dynaz bersanding, filem stamp, de jam, trailer film stamp, gossip julia yusry[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Dynaz Mokhtar & AG Hot FM di Red Carpet AJL25
  • Sekitar Majlis Resepsi Persandingan Dynaz & Hafizy @ PICC
  • Gambar Selebriti @ Majlis Persandingan Dynaz di Putrajaya
  • Gambar Dynas Mokhtar di Anugerah Bintang Popular 2010
  • Gambar Terbaru Dynaz Maintain Kurus
  • Bekas Tunang Mawi, Ina Naim & Suhaimi Kahwin
  • Gambar Wedding Elyana: Gubahan Hantaran Lelaki
  • Ahli The Fabulous Cats, Cat Farish & Hartini Ramly Berkahwin
  • Gambar Nikki Bertudung di Majlis Nikah Ning
  • Gossip Aman Shah Kahwin Zizie Ezzette Tidak Benar



    • ain_nia

      moga kekal ke akhir hayat

    • mawar

      cool la husband dynaz tu..sjuk jek tgk mka die..mga brbhgia ke akhir hayat..hrp2 lps ni dynaz xseksi2 lagik..kn dh jd isteri org.. :)

    • http://hotmail mrsoxs

      pasangan yg secocok…dynaz cantik…semoga bahagia hingga hujung nyawa..tahniah n selemat pengantin baru.

    • arie

      doakan kebahagian dynaz n hafizy..semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. semoga dpt cahaya mata yg comel

    • &&&&&

      tarahal la nak bt majlis besar2 .. bapak die gila kaya nak mampos..hehhe

    • noris ishak

      smoga kekal selama-lamanya!!!
      dah tak larat asyik dengar artis
      kawin…cerai…
      kawin…cerai…
      mudah-mudahan perkahwinan ini di berkati ALLAH hendaknya!!!
      amin…

    • red roses

      selamat penganti baru.semoga berbahagia hingga ke akhir hayat……….sama cantik sama padan

    • azura

      sama cantik sama padan moga kekal ke akhir hayat..amin

    • KAT

      SMOGA BAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT.SESUAI!!!!!

    • http://obefiend.blogspot.com obefiend

      siapa cakap secocok memang menipu diri, huduh benar jantannya. takpe. anak pasti comel. god is fair

    • ain_nia

      bak kata org tua2… biar sakit mata jgn sakit hati…

    • http://deleted liza

      ok la tu…… samer padan..

    • najwa

      sbr jerlah kak dynaz….
      biar org nk kt perpun…
      jodoh pertemuan dtgn ALLAH…
      asal ada kejujuran dan saling percaya…..
      pasti bahagia……

    • lin samad

      cantik dynas….hubby pn cute…

    • aen

      selamat pengantin baru dynaz.semoga kekal selamanya…minat gila dengan dynaz

    • ina

      saya memang minat gila ngan dynaz.teringin nak jumpa.she is beautiful.semoga perkahwinan ini hingga akhr hayat.amin.

    • ATEN

      SELAMAT PENGANTIN BARU!!!!
      MOGA KEKAL SAMPAI BILA2..
      GUD LAK FOR UR FUTURE..

    • http://yahoo nong sarw

      semoga bhgia……………..

    • fitz

      ollaaa….sape yg brani nak lawan ketentuan tuhan nie???kak dynaz jgn peduli sgt ape diorang nak ckp.yg pnting bahagia ngan abg hafizy tu…paras rupa bkn penentu kebahagiaan umah tangga tau…ingat tu…hehe..leh jadik motivator la aku nie..

    • tini

      harap2 dynaz bahagia dengan husband dia…… i hope u happy,,,,smile

    • http://www.asiasuria.com azlina bt ahmad

      Tahniah Dynaz dan Fizy, semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Kak ina ada dengar dr kawan kata Dynaz minat kain cotton, Dynaz boleh cal akak sebab akak import sendiri kain cotton untuk baju kurung dr Pakistan…Showroom akak kat sek 9 shah alam. pls contact kak ina 016-2122969

    • http://- algalaut

      Takpe puji utk jaga hati…hihi…mmg x secocok.., tapi yg penting hati mau baik..duit pun ok…ilek aa..janji bahagia kan kan…kira pe org lain tgk..kan kan..

    • tasha82

      tahniah dynaz….!!! selamat menempuh alam perkahwinan…

    • puteri

      selamat pengantin baru. semoga berbhagia bersama suami yang tersayang…………..

    • jue_comey

      selamat pengantin baru…semoga berkekalan hingga
      ke anak cucu…:>

    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      hmm .. hope brkekaln x stakat anak cucu je, tpi hgga ke akhir hayat .. insyaAllah .. Nk tggu Dynaz da junior lak!

    • http://yahoo.com azie

      smg dynaz bahagia..alhamdulillah akhirnya pelakon cute mnis nie berumhtngga jgk…smg kkal la yerk…………

    • http://nurul@yahoo.com nurul

      moga kekel hingga ke akhir hayat!!! amin….

    • put3 qriestiena

      dynaz mmg cool..cantik…n educated. x kecoh..tau2 nk kawin n x gile glamor

    • http://www.lavendertouch.blogspot.com syam

      Selamat pengantin baru dan kepada yang merancang untuk berkahwin layari laman web ini http://www.lavendertouch.blogspot.com untuk kita berkongsi bersama..

    • husna

      takkan gambar macam ni tunjuk ddalam komputer

    • pija

      semoga kekal ke akhir hayat amin………

    • http://zah67@streamyx -wan-

      semoga dapat anak??????

    • kynah

      dynaz sangat comel…sye suke diew…

    • afizier

      dynasZ ok…mantap…sama padan….moga kekal..jangan kawin cerai plak k…god bless u 2…..

    • ika

      kenapa ah dynaz seksi giler.

    • su

      Selamat berbahagia .moga dapat anak-anak yang soleh dan beriman

    • PURPLE_GURLZ

      hai.saya harap dynaz n husband kekel bt selama2nya.kami tetap sokong dynz dlm apa jg karier

    • Meow

      All the best Dynaz. Luv u! Muah~ XOXO~

    • nadia

      semoga dynaz &suami murah rezeki &mendapat zuriat.SEMOGA BERJAYA DALAM DUNIA HIBURAN.LURVE U

    • yaya

      kecantikan dynaz semakin terserlah semasa bersanding……………..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat…

    • http://nelly_gurlz33@yahoo.com nelly

      sis u are very beautiful gurl.. hope sis dpt ank yg cute……=>

    • http://tagged tasha

      semoga bahgia…………..

    • http://www.liahadibridal.com butik pengantin lia hadi

      pls visit http://www.liahadibridal.com for more info =) tentang butik pengantin kami…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK