in

Gambar & Video Samsung Lancar Galaxy Note II di Malaysia

Samsung lancar Galaxy Note II

Model Galaxy Note II dilancarkan di Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2012 yang lalu. Ternyata mendapat sambutan hangat dari pengguna.

Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd melancarkan Galaxy Note II, telefon pintar tablet generasi kedua di Malaysia.

VIDEO SEKITAR PELANCARAN Samsung Galaxy Note 2

Ketua Bahagian Telefon Mudah Alih, Vincent Chong Weng Kai, berkata pelancaran Galaxy Note II pada suku terakhir tahun kewangan ini dijangka dapat melonjakkan prestasi jualan keseluruhan tahun ini.

Katanya, sasaran itu disandarkan kepada sambutan menggalakkan yang diraih generasi pertama peranti pintar itu di pasaran tempatan sebelum ini.

“Kami menyasar jualan telefon pintar terbaru ini akan meningkat sebanyak tiga kali ganda berbanding jualan yang dicatatkan Galaxy Note generasi pertama.

“Prestasi jualan kami di Malaysia bagi sembilan bulan pertama terus kukuh dan kami yakin segmen telefon mudah alih akan kekal menyumbang jualan yang besar kepada syarikat tahun ini.”

Samsung Galaxy Note II Launch

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Urusan, Kwon Jae Hoon.

Galaxy Note II yang mula dijual di Malaysia 19 Oktober ini didatangkan dengan harga runcit RM2,299.

Telefon pintar itu yang menggunakan platform sistem operasi Android Google dipacu pemproses empat teras 1.6 GHz itu, berupaya melancarkan pelbagai aplikasi serentak dengan lebih pantas berbanding telefon pintar generasi pertama sebelum ini.

Peranti terbaru itu didatangkan dalam saiz 15.1 sentimeter (cm) x 8 cm x 9.4 cm, menampilkan skrin sesentuh 5.5 inci HD Super AMOLED, yang membolehkan pengguna memisahkan skrin kepada dua bahagian bagi melancarkan dua program serentak.

Galaxy Note II yang kali pertama dilancarkan ketika pameran elektronik terbesar di Berlin, Ogos lalu, akan berada di pasaran 128 negara termasuk Amerika Syarikat, negara di mana Samsung kalah dalam kes paten dan perlu membayar denda AS$1.05 bilion kepada Apple.

Samsung Galaxy Note II Launch

Samsung Galaxy Note II Launch

Samsung Galaxy Note II Launch

Samsung Galaxy Note II Launch

Samsung Galaxy Note II Launch

Samsung Galaxy Note II Launch

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anugerah Skrin 2012

AirAsia Kunming China New Destination