in

Gambar & Video Sambutan Hari Jadi Akim Anjuran Gafimmers

[dropcap]P[/dropcap]ada jam 2 petang kelmarin, Budiey telah menghadiri event anjuran kelab peminat Akim Ahmad di mana mereka menganjurkan Gafimmers Karaok3m 2013 di Red Box Sogo KL serentak itu juga menyambut hari jadi Akim Ahmad.

Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan acara yang happening ini. Syabas buat semua Gafimmers yang berjaya menganjurkan event ini.

KLIK VIDEO: Sekitar Sambutan Hari Jadi Akim Ahmad 2013 – Part 1 

KLIK VIDEO: Sekitar Sambutan Hari Jadi Akim Ahmad 2013 – Part 2 

Penyanyi Isma yang juga teman seperjuangan Akim di Akademi Fantasia 7 juga turut diundang untuk buat kejutan dengan membawa kek hari jadi Akim. Sebenarnya, hari jadi Akim jatuh pada 18 Januari. Oleh kerana jadual Akim Ahmad yang sangat padat, kelab peminat Akim terpaksa menunda ke tarikh 9 Mac dan berjaya mengumpulkan lebih kurang 50 orang ahli berkumpul untuk meraikannya.

Budiey sempat menemubual Presiden Gafimmers bernama Lara dan juga beberapa orang peminat Akim Ahmad. Antara mereka ada yang sanggup terbang dari jauh iaitu dari Brunei. Kepada peminat Akim, anda boleh menonton video rakaman Budiey serta temubual bersama Akim dengan melayari Youtube Channel Budiey: www.youtube.com/budiey27. Jangan lupa untuk subscribe Youtube Channel Budiey ya.

Terima kasih juga buat Sally, Bendahari dan semua Gafimmers yang sudi menjemput Budiey. Korang memang happening dan sempoi!

Akim Karaoke Red Box Gafimmers

Akim Karaoke Red Box Gafimmers

Akim Karaoke Red Box Gafimmers

Akim Karaoke Red Box Gafimmers

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Telco Pertama Tawar Blackberry Z10 di Malaysia

Konsert Artis Berhibur Sambil Beramal Tabung Amal Lahad Datu