in

Gambar Ustaz Azhar Idrus Kemalangan di Kuala Terengganu

Pada 17 Ogos 2013 yang lalu, kita dikejutkan dengan berita penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus terbabit dalam kemalangan apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Kampung Pengadang Baru, Kuala Terengganu. Dikatakan antara sebab berlaku kemalangan ialah Ustaz Azhar Idrus memandu dengan laju.  Apa-apa pun, Alhamdulillah semuanya selamat.

Dalam kemalangan kira-kira 7.45 pagi itu Ustaz Azhar dan isterinya selamat dan tidak mengalami kecederaan manakala pemandu sebuah lagi kereta dan anak saudaranya cedera dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ) di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kemalangan itu berlaku ketika Ustaz Azhar atau nama sebenarnya Zamrul Idrus, 49, dan isterinya dalam perjalanan ke Bukit Payung di Marang.

“Ketika tiba di tempat kejadian, kereta jenis Volkswagen Golf GTI yang dipandu Ustaz Azhar bertembung dengan kereta Proton Iswara dari arah bertentangan. Dia dan isterinya tidak mengalami kecederaaan.

“Pemandu kereta Proton Iswara, Che Daek Abdul Rahman, 58, mengalami kecederaan di bahagian dada manakala anak saudaranya, Iskandar Mohd Saidi, 12, bengkak di kepala akibat terhantuk dan luka di tangan.”

Zamri berkata, Ustaz Azhar membuat laporan polis pada kira-kira 11 pagi di Balai Polis Trafik Daerah Kuala Terengganu dan telah memberikan keterangan berhubung kemalangan itu.

Sementara itu, Ustaz Azhar ketika ditemui pemberita enggan mengulas berhubung kemalangan itu. – BERNAMA

Fuh, ustaz kellah pakai Volkswagen Golf GTI. Mantap tu ustaz!

Gambar Ustaz Azhar Idrus Kemalangan

Gambar Ustaz Azhar Idrus Kemalangan

Gambar Ustaz Azhar Idrus Kemalangan

Gambar Ustaz Azhar Idrus Kemalangan

Gambar Ustaz Azhar Idrus Kemalangan

Gambar Ustaz Azhar Idrus Kemalangan

Gambar Ustaz Azhar Idrus Kemalangan

Gambar Ustaz Azhar Idrus Kemalangan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profil Top 12 Pencarian Hos 3R Projek3R

Datuk Shahrukh Khan Bakal Buat Konsert Di Malaysia