in

Gambar Umie Aida Duta Jenama Marie France

Marie France melancarkan premium sehenti di Malaysia Timur

Melakukan kecemerlangan di luar semenanjung, Marie France menawarkan perkhidmatan pelangsingan dan kecantikannya yang terkenal

Perkembangan progresif Suria Sabah Shopping Centre bakal menyaksikan penambahan marquee dari Marie France di Malaysia Timur dengan pencapaian lebih dari dua dekad mentakrifkan semula bentuk badan yang menggiurkan.

Dianggap sebagai pusat sehenti premium untuk keperluan pelangsingan dan kecantikan, ‘Negeri di bawah bayu’ ini kini boleh berbangga dengan perkhidmatan pelangsingan dan kecantikannya yang dapat memenuhi keperluan wanita yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz.

SONY DSC

Pelancaran dengan duta jenama Datin Paduka Umie Aida, pelakon dan penyanyi terkenal Malaysia memberikan facade baru itu suatu wajah yang biasa dikenali. Memperkenalkan diri beliau dengan lawak jenaka dan stail yang bersahaja, Umie menceritakan kisah beliau berjuang mengatasi pertambahan berat badan. “Saya memang mempunyai masalah berat badan,” kata beliau. “Tetapi dengan bantuan rakan-rakan di Marie France, saya kini gembira, sihat dan menjalani kehidupan dengan penuh semangat.”

Mengambil langkah daripada tradisi Marie France, beliau menjelaskan rawatan dan kemudahan yang terdapat di hab sehenti ini, sebelum Joanne Yeong, Pengarah Operasi Marie France berucap mengenai falsafah Marie France. “Perkhidmatan kami meningkatkan kesejahteraan dalaman dan luaran,” beliau berkata. “Ianya merupakan pakej kesihatan yang menyeluruh yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan seseorang. Setiap wanita adalah unik dan berbeza. Umur, tabiat pemakanan, kerjaya dan tekanan peribadi merupakan faktor-faktor yang kami tentukan terlebih dahulu untuk mencipta suatu penyelesaian berdasarkan jangkaan yang realistik.”

Aktiviti-aktiviti pada petang itu termasuklah lawatan yang menampilkan pencapaian teknikal Marie France di dalam bidang pelangsingan dan kecantikan semenjak penubuhannya. Marie France menikmati akses istimewa kepada perkembangan kecantikan dan kolaborasi bersama institut-institut terkemuka yang telah dipupuk melalui rangkaian berlandaskan reputasi jenama terkemuka.

Sebagai penerima guna pertama teknologi perintis, keberkesanan dan keselamatan setiap penemuan akan dinilai dengan teliti sebelum dimasukkan di dalam portfolio rawatan kami. Dari pengurusan pelangsingan badan, rawatan rambut dan rejim penjagaan kulit khusus untuk cuaca yang lembab, Malaysia Timur kini mempunyai gabungan pusat khas tanpa perlu berulang alik ke Kuala Lumpur.

Pusat ini menampilkan tema sofistikated moden dengan panel putih berkilat namun mengekalkan suasana yang santai, digabungkan dengan personaliti bandar yang sibuk dan pesat berkembang yang bakal menyaksikan peningkatan di dalam permintaan perkhidmatan Marie France.

Fasiliti yoga juga melengkapkan pusat ini dengan memberikan komponen interaksi untuk pelanggan dan individu yang berfikiran sama.

“Kami percaya bahawa perbezaannya terdapat di dalam mengenalpasti keperluan setiap individu,” kata Umie. “Setiap individu adalah unik; Marie France memahaminya dan menyesuaikan setiap perkhidmatan untuk pelanggan mereka. Dan kini, semuanya di bawah satu bumbung. Jadi, apa tunggu lagi, manjakanlah diri anda!”

Untuk maklumat lanjut, sila layani laman web di mariefrance.com.my.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Joey Meninggalkan Kumpulan Bumiputra Rockers BPR

Gambar Awie Sebagai John Dalam Filem Berani Punya Budak