in ,

Gambar Tunang Pelakon Diana Amir

Baru-baru ini, Budiey ada dengar yang pelakon Diana Amir dah pun bertunang. Selamat bertunang diucapkan. Cuma ramai yang tak tahu Diana Amir bertunang sebab dia sendiri tak beritahu secara umum di Twitter. Diana Amir bertunang secara rahsia. Hanya keluarga dan kenalan sahaja yang tahu.

Diana Amir

Diana Amir berkata keputusan merahsiakan majlis pertunangannya adalah mengikut syariat Islam yang tidak mengesyorkan ia dihebohkan melainkan jika berkahwin.

Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 26, berkata, dia berharap semua pihak menghormati keputusan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi terhadap dia dan tunangnya Mohd Habib Bullah A. Rahman iaitu seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah.

“Dalam Islam sendiri tidak menggalakkan kita menghebohkan majlis bertunang atau fasa bercinta kerana ia adalah perjanjian awal antara pasangan kekasih. Lainlah kalau majlis perkahwinan, memang ia perlu dihebahkan untuk mengelakkan fitnah. Sebenarnya tada jaminan lagi saya pasti akan berkahwin dengan dia (Habib). Atas sebab itu, saya hanya adakan majlis secara tertutup untuk keluarga kedua-dua belah pihak sahaja,”

Difahamkan, Habib yang berusia 20-an itu bertugas di Jabatan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Merbok dan sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana.

Mereka yang berkenalan menerusi seorang teman Diana kurang setahun yang lalu melangsungkan pertunangan di kediaman aktres itu di sini, pada baru-baru ini.

Gambar Tunang Diana Amir Habib
Lelaki bernama Habib yang didakwa tunang kepada Diana.

Pelakon filem Salam Cinta itu berkata, dia enggan mencanangkan mengenai hubungannya dengan Habib demi menghormati keselesaan tunangnya itu yang tidak biasa dengan selok-belok dunia hiburan.

“Saya kasihan kepada dia kerana latar belakang dan profesion dalam bidang pendidikan adalah bertentangan dengan dunia hiburan yang penuh kontroversi ini. Demi menghormati keselesaan dia dan keluarga, saya tidak mahu kecoh-kecoh mengenai majlis itu atau hubungan kami. Cukuplah mana yang sudah tahu, saya tidak menafikannya tapi tidak perlu saya hendak bercerita panjang lebar mengenai perkara ini,” luahnya.

Diana berkata, dia dan Habib masih belum membuat sebarang ketetapan mengenai perkahwinan kerana mereka mahu mengukuhkan kewangan dan kerjaya masing-masing terlebih dahulu.

“Pada peringkat ini, kami mahu lebih mengenali antara satu sama lain. Belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat, biarlah kami kukuhkan kewangan dahulu,” jelasnya.

Mengenai kerjaya, Diana berkata, jadualnya kini terisi dengan komitmen sebagai penceramah motivasi untuk para pelajar di merata sekolah dan mengacarakan majlis-majlis korporat.

“Tumpuan sekarang adalah pada komitmen sebagai penceramah motivasi dan pengacara. Insya-Allah pada awal Oktober depan, saya akan terlibat dalam penggambaran sebuah telefilem untuk Astro Oasis,” kongsinya. sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Neelofa Ikut Hans Isaac Bercuti Di Koh Samui

Betul Ke Malique Too Phat Sudah Meninggal Dunia?