in , ,

Gambar Majlis Pertunangan Hanis Zalikha & Hairul Azreen

Sungguh cantik dan manis sekali majlis pertunangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang telah berlangsung di kediaman Hanis di Bukit Jelutong pada malam 21 Mac yang lalu. Beberapa hari sebelum itu, Budiey ada terserempak dengan pasangan ini di Bangsar Village 2 dan khabarnya, Hairul Azreen ada pergi gunting rambut dengan hairstylist ternama Gibson di saloon Shawn Cutler Bangsar.

Bagaimanapun, Hairul Azreen tidak hadir ke majlis pertunangan itu dan hanya diwakili oleh keluarganya sahaja.

Memetik sumber mStar Online, Hairul memberitahu dia tidak hadir ke majlis pertunangan sendiri kerana mahu ahli keluarganya mengenali sendiri Hanis dengan lebih dekat dan kerana dia telah membuat lamaran secara langsung kepada Hanis dalam finale Gegar Vaganza.

Khabarnya, pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan pada 5 Jun depan manakala majlis resepsi akan diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada 14 Jun. Hairul memberitahu dia tidak mahu melengahkan perkahwinan dan telah bersedia sepenuhnya terutamanya dari segi kewangan sebelum melamar HanisJanuar Haikal dari Qarmasutra Design Studio merangkap Perunding cara majlis kepada Hanis Zalikha Zainal Rashid dan Hairul Azreen Idris mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca email ini.

Baru-baru ini Budiey ada menerima beberapa keping gambar dari pengurus Hanis:

Hanis Zalikha telah mewakilkan saya untuk berkongsi gambar gambar yang berkaitan dan informasi tentang hari bersejarah Hanis dan Hairul kepada anda:

Acara: Majlis Pertunangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen
Tarikh: 21. 03.2015
Hantaran: 9 dulang berbalas 7 dulang
Tempat: Kediaman Ibu bapa Hanis Zalikha di Bukit Jelutong

Majlis Pernikahan
Tarikh: 5 Jun 2015
Tempat: Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah atau Kediaman ibu bapa bakal pengantin perempuan.
Hantaran: 7 dulang berbalas 9

Majlis Persandingan ( Resepsi )
Tarikh Resepsi: 14 Jun 2015
Tempat: Hotel Majestic Kuala Lumpur

Kredit Gambar
Untuk pengetahuan semua, 4 jurugambar telah dipilih untuk mendokumentasi majlis mereka. Gambar gambar yang akan diberikan adalah daripada:
1. Shagrasyiid
2. Omaroza
3. Aslan
4. Azim Wahab

Untuk pengetahuan semua, Sebarang gambar yang terpilih, haruslah dikredit bersama ke empat empat jurugambar tersebut.

Pelamin dan dekorasi: Qarmasutra
Perancang Majlis: Januar Haikal dan Ben Firdaus Azraai
Hantaran Hanis dan Hairul: Qarmasutra
Busana: Mimpi Kita
Solekan: Ady Razak
Dessert buffet dan Doorgift: Kertas Puteh
Kek: Encik Rabun Jauh
Macaron: Wahdi Le chouette Macaron

Nota daripada Hanis:
Thank youuuuu I will see you on those dates okay! Jumpa di kahwin kami nanti 🙂

Hairul kini mengusahakan satu studio yang menyediakan set hospital untuk kegunaan produksi penggambaran drama dan filem dan berhasrat mengembangkan perniagaan dalam bidang lain.

Jom lihat beberapa lagi foto sekitar majlis pertunangan pasangan ini!

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Hanis Zalikha Bertunang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kaka Azraff Pertaruh BUKAN HAL AKU Bersama SleeQ

Janji Tiada Lagi Ketidaktentuan Bil