in , , ,

Gambar Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Remy Ishak di Jordan

Seperti mana Budiey ceritakan di entri yang lepas, empat pelakon drama Nur Kasih, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Remy Ishak telah diterbangkan ke Jordan selama 10 hari untuk menjalani pengambaran filem Nur Kasih The Movie. Dengarnya, kat sana banyak sekali halangan dan cabaran yang terpaksa mereka tempuhi. Namun, sedikit pun tidak membantut sesi pengambaran.

Filem yang diadaptasi dari drama ini akan menemui penonton di pawagam mula Mac 2011. Budiey pasti ramai yang tak sabar menonton filem ini kerana plot ceritanya dikembangkan lagi dengan penambahan beberapa orang pelakon. Semasa memijak kaki di tapak lokasi pengambaran di Tanjung Karang, pihak produksi begitu berahsia apabila ditanya tentang jalan cerita filem ini.

Apakah fenomena drama Nur Kasih akan turut menaikkan nama para pelakon untuk filem kali ini? Dengan jumlah penonton seramai 5 juta dan kemenangan Tizz Zaqyah dan Remy Ishak di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 sudah cukup untuk memastikan kejayaan filem ini di pawagam.

Di bawah ini, beberapa gambar kenangan semasa pengambaran Nur Kasih The Movie di Jordan.

Nur Kasih

Nur Kasih

Nur Kasih

Nur Kasih

Nur Kasih

Nur Kasih

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HOT TV, Fly TV, KRU TV dalam Portal TONTON

Tips & Trick Memilih Vitamin C Paling Berkesan