in , ,

Gambar Tiz Zaqyah di Prebiu Drama Cinta Jangan Pergi

[dropcap]H[/dropcap]ujung tahun lalu, kalau korang perasan la kan, Tiz Zaqyah ada upload gambar-gambar beliau jalan-jalan sekitar London, Paris dan negara Eropah yang lain. Budiey juga ada siarkan beberapa gambar Tiz di blog ini. Ternyata sekali, gambar tersebut adalah rentetan kenangan manis beliau berlakon sebuah drama berjudul Cinta Jangan Pergi di bawah arahan pengarah tersohot, Khabir Bhatia.

Semalam, jam 6 petang telah berlangsungnya Prebiu Drama Cinta Jangan yang dihadiri oleh semua pelakon utama iaitu Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Karina Ayoob.

KLIK VIDEO: Temubual Budiey Bersama Tiz Zaqyah – Cinta Jangan Pergi

Budiey sempat menemuramah Tiz Zaqyah yang katanya sangat teruja sangat dapat berlakon dalam drama ini sebab dapat jalan-jalan di Eropah. Rezeki sangat menyebelahi beliau kerana sebelum ini beliau dapat ke Jordan untuk pengambaran Nur Kasih.

Budiey sudah pun menonton episod pertama dan kedua drama ini dan apa yang Budiey boleh katakan, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak sangat profesional semasa berlakon, nampak seperti mereka betul-betul bercinta walaupun pada ketika itu, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dah pun putus cinta.

Sikit sinopsis Cinta Jangan Pergi: Dengan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir telah merubah segalanya. Lea Soraya dan Khalil dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja dalam perjalanan ke Paris.

KLIK VIDEO: Tiz Zaqyah di Prebiu Drama Cinta Jangan Pergi

Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah bersama. Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Khalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali, mereka mula merasa senang dengan kehadiran masing-masing. Bibit cinta mula terbit di hati mereka setelah melalui hari-hari bahagia bersama. Percintaan mereka berlanjutan walaupun setelah mereka pulang ke London.

Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini terjadi ke atas Khalil. Kehilangan Khalil membuatkan Lea buntu samada untuk terus menunggu Khalil atau melupakan kenangan lalu dan bersama Hudd.

Anda boleh mendapatkan info menarik tentang drama ini di laman Laman Sesawang Rasmi Drama Cinta Jangan Pergi.

Drama ini akan ditayangkan di TV9 mulai 6 April 2013 setiap hari Sabtu dan Ahad jam 8.30 malam.

Gambar Tiz Zaqyah di Prebiu Drama Cinta Jangan Pergi

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah Bersama Esma Daniel

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato Siti Nurhaliza Jayakan Konsert Nusantara di Istana Budaya

Gambar Nadiya Nisaa di Prebiu Drama Cinta Jangan Pergi