Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Terbaru Zila Bakarin & Anaknya Kaseh Bte Azri



Pada jam 3 petang tadi, Budiey telah dijemput ke Sesi Ramah Mesra Bersama Barisan Pelakon Drama Bersiri Slot Seram PENUNGGU GUNUNG RAYA dan Slot Lagenda – SIONG.

Sebenarnya, hari ini dalam sejarah, ada 8 event hiburan yang diadakan di Kuala Lumpur. Mungkin semua produksi nak cepat-cepat buat sebelum semua bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina.

Di majlis yang diadakan di Restoran Rama V, No.5, Jalan U Thant, Kuala Lumpur ini, Budiey ternampak kelibat seorang pelakon ‘daring’ yang dah lama Budiey tak temui iaitu Zila Bakarin. Beliau hadir bersama seorang baby perempuan yang sangat comel yang turut dikendongnya. Wah, dah kembali langsing nampaknya. Dulu, masa lepas beranak, beratnya 63kg… sekarang tengoklah sendiri. Yelah, nak kurus kenalah berusaha sikit.

Mmm, dulu Budiey dengar jugak citer Zila nak ubah balik bentuk dagu yang di’buat’nya. Tapi lupa tadi nak tanya. Tapi kalau nak ubah balik ke bentuk asal mesti mahal kos tu. Ada dekat beribu-ribu gak kan?

Budiey sempat bertanya kepada Zila Bakarin tentang nama baby montelnya tu. Namanya Kaseh Bte Azri. Lahir pada 17 Mac 2009. Berusia 10 bulan. Eee… comelnya, Budiey rasa nak cubit je pipi baby nih. Bolehlah kalau sape-sape nak ambik budak ni jadi model iklan TV ke, paper ke… hehehe…

Eh jap, ramai jugak artis bagi nama anaknya Kaseh ni. Tak silap Budiey, kak Ziana Zain pun kasi nama Qaseh kat anak kembarnya. Oh, ni mesti impak dari drama Nur Kaseh ni kan?

Baby ni nampak je tenang dan rileks tapi sebenarnya aktif jugak ni.

Terpancar dari wajah keibuan Zila yang kini berusia 35 tahun, dia sangat bahagia bersama anaknya. Kaseh banyak mengajarnya erti kematangan dalam mengharungi kehidupan harian.

“Saya jadi lebih matang dan tidak terlalu memikirkan diri sendiri saja. Kalau saya tahu indahnya hidup menjadi ibu, pasti saya akan berkahwin cepat. Sekarang ini pun, kalau pergi ke mana-mana termasuklah ‘shooting’, pasti tak sabar nak cepat-cepat balik.”

Okay, berbalik pada Zila Bakarin yang mana beliau turut berlakon dalam drama bersiri – SIONG ni. Menurut Zila, dia memegang watak seorang permaisuri yang sangat jahat. Rasanya ini bukan kali pertama Zila bawa watak antagonis. Dalam drama yang diadaptasi daripada filem lagenda Raja Bersiong ni, Zila perlu karakternya benar-benar memberi kesan kepada penonton. Pasti ramai yang tak suka dengan watak permaisuri kepada Raja Wakarima yang kena darah manusia untuk kekal muda.

Untuk tonton sejauh mana kejam dan jahatnya Zila Bakarin dalam drama 24 episod ini, jangan lupa untuk tonton drama SIONG mulai 15 Februari 2010, setiap Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang. Yea, pastinya di TV3!

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Zila Bakarin Pakai Tudung?
  • Pelakon Seksi Zila Bakarin Berkahwin
  • Gambar Aksi ‘Panas’ Ziela Bakarin & Mahmud Ali Basha
  • Gambar Anak Ellie Suriati dan Azri Iskandar
  • Drama Romeo Arahan Aziz M. Osman di TV3
  • Filem Eeee, Hantu Lakonan Raja Farah & Ashraf Sinclair
  • Perkahwinan Along Raja Lawak dan Zila Seeron Pecah Rekod
  • Astro Bakal Perkenalkan Saluran HD Terbaru
  • Gambar Bayi Ziana Zain Diperkenalkan Pada Januari 2010
  • Drama Perempuan Istimewa Syawal Di TV2



    • suesue

      comeynyer baby zila…..

    • aii

      yer… sngt comel bby tu… gerammm… =)

    • orange82

      cantik anak dier….mcm kacukan

    • Anita Yusof

      Wow…bibir Kaseh ala-ala Angelina Jolie…sexy wooo….

    • Honeybee

      ZB makin slim .. kaler rambut anak tu ori ke? tembamnya.. geram nengok!

    • dindino

      cunlah anak beranak tukan gak gitu

    • Tabuan

      anak Zila cute… dah lah cubby.. putih melepak lak tu !
      Semoga menjadi anak yg soleha berbakti kepada kedua ibu bapa.. amin! :)

      Bagus lah Zila kalo u nak adjust balik dagu u.
      Sekarang dagu u tu dah serupa dagu firaun~ :(

    • Hamba Allah

      Zila dah kembali langsing….patut lama tak nampak kelibat Zila berlakon….bertapa ke?
      Baby ZB comel la….geram nengoknya, rasa mcm nak cubit2 jek pp dia…

    • http://www.affiliatekerajaan.com/index.php?ref=pjutawan JutawanGlamour

      comelnyer baby ni..nak cubit je

    • NONA

      COMEL ANAK ZILA…N ZILA PUN LEBIH CUTE DARI SEMASA DIA BUJANG DULU…TP DAH JADI IBU NI, JGN OVER SEKSI CAM DULU2 YE…YG NI KIRA OK LA…

    • quEenr!an@

      gerammmm…gerammmmm…gerammmmmmmmmm
      akhirnya dpt gak tgk pic bby ZB…
      suke tgk ZB belakon lg2 watak yg jahat & mengoda…
      all the best…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK