in

Gambar Terbaru Ziana Zain di Majlis Ulangtahun Murai

Semalam, penyanyi bersuara lantang Ziana Zain telah muncul sebagai suprise di Majlis Ulangtahun Ke-2 Portal Murai. Lama tak muncul di khayalak ramai selepas melahirkan sepasang bayi kembar, akhirnya pada malam tadi, Ziana Zain hadir untuk memperagakan fesyen ala 80an yang direka oleh pereka fesyen terkenal. Kemunculan ini sebagai warm-up bagi Ziana yang akan melahirkan single terbarunya tak lama lagi.

Selain berlakon samada dalam drama atau filem, Ziana Zain juga akan menjadi pengacara tak lama lagi. Filem Magica lakonan Ziana Zain pun tak lama lagi akan keluar di pawagam. Ziana bawa watak nenek kebayan.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama Ziana Zain buat kemunculan eksklusifnya kerana baru-baru ini, Ziana Zain hadir di rakaman Alahai Fafau di Plaza Alam Sentral sebagai satu kejutan untuk Fara Fauzana yang merupakan peminat setia beliau. Kalau nak tengok Ziana Zain kasi suprise untuk hari jadi Fafau, jangan lupa untuk tonton Alahai Fafau di TV9 mulai 7 Februari 2010, setiap Ahad.

Semalam juga telah diadakan satu sidang media di mana para media telah bertanyakan soalan tentang perkembangan terkini beliau. Banyak soalan diajukan berkisar tentang bayi kembar Ziana Zain iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Bayi kembar yang lahir pada 23 Julai 2010 itu diberi nama Muhammad Ariel dan Siti Nour Kaseh… sekarang dah pun berusia 6 bulan. Anak sulung Ziana, Aiman dah pun darjah 4 dan anak kedua dah darjah 1.

Ziana Zain rasa berbaloi dan berpuas hati kerana dapat anak kembar. Rasa Ziana, memandangkan umurnya dah 42 tahun, dia rasa cukuplah dengan 4 orang anak.  Berat Ariel sekarang 6.3 kg manakala Siti Nour Kaseh sekarang berat 5.3kg. Menurut Ziana, mereka sangat aktif dan suka main Terutama Ariel tu sangat murah senyuman. Seperti ada butang senyum. Tekan aje, terus senyum. Kalau panggil nama aje terus senyum.

Budiey rasa ramai peminat mahu melihat gambar bayi kembar Ziana Zain terbaru… dan Ziana berjanji akan buat sidang media memperkenalkan bayi kembarnya tak lama aje lagi. Jadi, peminat kenalah sabar menunggu ya.

ziana zain gambar terbaru

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anak Datuk K Mohd Adib di Majlis Pelancaran Album CTKD

Gambar Lisdawati di Red Carpet Majlis Ulangtahun Murai