Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Terbaru Siti Nurhaliza di Rumah Terbuka Media Prima 2009



Meriah dan 1Malaysia! Itulah yang boleh Budiey gambarkan kepada pembaca budiman semua. Satu lagi nak tambah, padat dengan selebriti! Dari selebriti sukan, politik, bisnes hinggalah selebriti dunia hiburan… ada berhimpun meraikan festival, membina ukhuwah dan mengeratkan silaturrahim. Malah, Budiey boleh katakan, Rumah Terbuka Media Prima kali ini lebih meriah daripada tahun lalu. Apatah lagi, hari ini sambutannya berganda: Aidilfitri + Deepavali.

Siang tadi jam 3 petang, perkarangan Sri Pentas TV3, Pesiaran Bandar Utama, Petaling Jaya agak sesak dibanjiri masyarakat pelbagai kaum dengan kemeriahan 1Malaysia. Macam-macam juadah dihidangkan untuk semua tetamu, siap ada Anugerah Gerai Terbaik yang disertai oleh semua jabatan Media Prima.

Antara tetamu VVIP yang turut hadir pada petang tadi ialah Dato’ Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Khalid. Penyanyi popular ini juga sempat menghiburkan tetamu dengan dua buah lagu raya yang mana Budiey dah rakam. Tinggal nak upload aje lagi ni.

Memang lawa jugak baju kurung yang dipakai Siti. Berkonsepkan flora-flora cinta berlatar warna putih yang meriah dengan warna merah dan ungu terang merona. Walaupun ringkas, busana ini memang sesuai dengan suasana yang ceria lagi meriah.

Sebagaimana yang pernah Budiey khabarkan, Dato’ Siti Nurhaliza akan mengadakan Konsert SERIBU WARNA di Shah Alam pada 14 Nov 2009 di Stadium Melawati Shah Alam. Khabarnya, Budiey dapat tahu hanya 4 ribu tiket sahaja akan dijual. Mmm… macam sikit aje kan? Tapi harapan Siti Nurhaliza agar semua yang datang nanti berpuas hati.

Ini gambar Dato’ Siti Nurhaliza berada di pentas bersama dengan pengacara TV3.

Kemudian, Budiey ikut Siti Nurhaliza ke belakang pentas untuk ditemubual oleh NTV7 dan TV9. 

Kat sini pun, dah ramai peminat datang mengerumuni Siti untuk bergambar. Masa Siti berjalan untuk ke tempat wartawan TV9, Siti bertembung dengan grup nasyid Rabbani.

 

Mesti diorang ni tanya pasal Konsert… mmm… tunggu jelah, pengumuman rasmi Siti di sidang media Konsert SERIBU WARNA pada hari Rabu ini.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Siti Nurhaliza di Rumah Terbuka Media Prima 2010
  • Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti ke Rumah Terbuka Aizat AF5
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Album ALL YOUR LOVE
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Red Carpet APM 2009
  • Siti Nurhaliza di Sidang Media Bio Siti Nurhaliza History Channel
  • Gambar Siti Saleha di Media Prima TV Networks Screening 2012
  • Video Siti Nurhaliza Nyanyi di Rumah Terbuka Media Prima
  • Gambar Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K



    • Reen

      cantik…xpi muka nmpk berisi

    • Saliza

      siti you’re so very beautiful and you look somehow a resemblance to manohara.

    • http://hatiberbungabunga.blogspot.com/ .ib.

      chanteknye…. hati berbunge2… hehe…

    • ummi

      macam mak cik2 je aku tengok

    • http://selangor2u.com/blog/ selangor2udotcom

      cun betul….merah menyala

    • http://gambardiari.blogspot.com/2009/10/siapa-kata-saya-tak-pandai-matematik.html JanganTakTengok.com

      Mcm monahora pinot pon ada…

    • izis

      isk pasal nampak mcm 40an…trend tudung tu x kena…dah la berisi pakai tudung mcm tu memang nampak gaya 40an..hehehehhe

    • badiuzaman

      “Konsert Seribu Warna Dato’ Siti Nurhaliza” will be staged on this coming November 14th, 8:30 pm at Stadium Melawati Shah Alam

    • Reena Shah

      cantik tp style mcm makcik2. rupa lebih kurang mcm manohara. tp mak aku lg cantik

    • shine

      iyala……..manohara pinot versi malaysia…

    • paris hilton

      okey la tu!

    • wawa

      ct, pesal ko ni lawa cgt???
      aku jeles arr….

    • Asiah

      Alamak, kak siti aku lama tak lihat, makin hari makin sedap di pandang. ;-)

    • liza

      Badan dah kurus sikit drpd dulu tapi….apasal muka nampak berisi..

    • http://kheiryl92@yahoo.com ms. pink

      kak cT!!! oKy larH to0. . . nmpak lg angun bla btdung karn???? TUL TArK???

    • najwa

      ct memang cantik… terpegun tengok… muka bersih je…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK