Gambar Terbaru Que Haidar di Sidang Media Cinta Untuk Ain
Budiey nak tabik spring kat pelakon yang baru menamatkan zaman bujangnya pada 2 hari lalu, siapa lagi kalau bukan Que Haidar. Walaupun inai masih merah di jari, Que Haidar masih sudi datang untuk tunjuk muka di Sidang Media Pelancaran Drama Cinta Untuk Ain di Sri Pentas pada jam 3 petang tadi.
Biasanya, kalau bagi pengantin baru yang lain, mungkin masa nih masih terperuk tidur lena di atas katil lagi. Tapi lihatlah pelakon yang dulu pernah menggondol Pelakon Pembantu Lelaki Drama Terbaik Anugerah Skrin 2008, begitu komitmen dengan kariernya. Bravo!
Dalam drama Cinta Untuk Ain, Que Haidar membawa peran sebagai jejaka bernama Shahrul yang happy go lucky, setia pada cinta dan bekerja keras sehabis mungkin untuk mengamit cinta dari gadis bernama Ain lakonan Nabila Huda yang pernah dirogol oleh Farid (lakonan Eizlan Yusof).
Budiey rasa, drama ini begitu sweet dan cute sekali menceritakan tentang perihal cinta dan mengajar kita, betapa pentingnya menerima kekasih kita seadanya. Jangan lupa untuk mengikuti drama 13 episod arahan Heykal Hanafiah di slot Lestary mulai 24 Februari 2009 setiap Selasa, jam 9 malam di TV3.
Budiey: Dengar-dengar seorang penyampai radio Suria FM akan berkahwin tidak lama lagi… mmm… yelah, hari tu dia ada cakap kat Budiey, tahun 2009 ni adalah tahun kasih sayang bagi dirinya. Tup tup, dah nak bina masjid dengan seorang foreigner. Tahniah buat penyampai wanita Suria FM yang bersuara manis ni. Budiey doakan segala perancangan berjalan lancar. Man jadda wa jada (Siapa berusaha akan berjaya), Man Zaraa hasaba… (Sesiapa yang bercucuk tanam, dia dapat hasilnya).

Comelnya Nabila Huda, Que Haidar nampak letih sikit

Kesian kat Ain… jangan lupa tengok cara Shahrul mengorat.

Haa, tercari gak, takde love bites… bersih!

Masih lagi letih, tapi dah kena kerja. Selamat pengantin baru, Que!
Tags: Que Haidar
Tags: Que HaidarClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





February 16th, 2009 at 8:16 pm
budiey yang baik hati
tag kamu hanya que? mana tag nabila
nabila makin hot sejak kawin.. see budiey. aku menaip bahasa melayu lagi ni budiey
ahak!
February 16th, 2009 at 8:49 pm
wah..budiey.. check lovebites pulak?
nanti budiey kahwin, taruk gambar budiey kiter check pulak ader lovebites ke tak
February 16th, 2009 at 9:34 pm
bile tngk que haidar ni, teringat plak kat allahyarham sudirman…
February 17th, 2009 at 6:38 pm
btol3..nma nabila huda mananya..hukhuu letih ya que..sian dia..muka xckp tdo..amboi budiey..
February 18th, 2009 at 4:00 pm
mesti best citer ni..loh budiey duk teropong leher ke hehe..
April 10th, 2009 at 5:02 pm
QUE PANDAI PLAN..DIA TAU ADA PHOTO SHOOT..SO TK DE LE LOVE BITE KT LEHER..TP KT TEMPAT LAIN TK TAU LER…HU HU..NO PROBLEM..HUBUNGAN DAH HALAL..TAHNIAH KERANA LINDA DAH HAMIL..AKU DOAKAN SEMOGA BERKEKALAN SEPANJANG HAYAT DAN MURAH REZEKI..IKUT CAM ROSYAM NOR TU QUE..
April 10th, 2009 at 5:09 pm
BAGUS TU QUE..TK OVER..TK LE MCM PELAWAK LELAKI DR RAJA LAWAK (BUKAN NABIL) N PELAKON POMPUAN YG TK BAPER POPULAR TUH..BELUM APA2 LG DAH PERASAN N TAK TAU ADAP LANGSUNG..BOLE DOK PELUK CIUM DEPAN WARTAWAN LG..BOLE LAK DIA ORG KATA TK KISAH DGN KALO ORG NK KATA APA PUN..KONON MEMANG CARA DIA ORG CAMTUH..