Gambar Terbaru Mustapha Kamal dan Anak-Anak
Walaupun usia Mustapha Kamal dah masuk 49 tahun, namun masih nampak segak dan sihat untuk mengabadikan diri sebagai pelakon. Semasa hadir di Majlis Rumah Terbuka Media Prima 2009 di Sri Pentas baru-baru ini, Budiey lihat pelakon kelahiran Kota Bahru ini memang seorang bapa yang penyayang kepada anak-anaknya hasil dari perkongsian hidup dengan Susan Menon. Memang lawa lagi isterinya, apa taknya bekas pemenang Miss Malaysia World katakan. Mustapha Kamal juga turut membawa anak-anaknya.
Nama anak dengan Susan Menon ialah Sabella Qawiema, Aulia Qayyiem, Salsabil Qur’ani, dan Naqli Qaddiem. Nama anak (hasil perkongsian rumah tangganya yang pertama dengan penerbit drama Yong Rahimah: Darul Amir Hazin, Darul Ali Hafiz, Darul Azam Harris, Dayang Aimi Shahira, Ayuni dan Allahyarham Ayuna (Ona).
Cakap pasal anak Mustapha Kamal, teringat lagi peristiwa sedih yang menimpa beliau pada pada November 2007 lalu, salah seorang anak beliau bernama Ayuna meninggal dunia akiat terjatuh dari tingkat 13 kondominium mereka di Taman Desa.
Cakap pasal dunia lakonannya pula, Mustapa Kamal memang seorang pelakon yang versatile. Masih ingat lagi tak, lakonan Mustapha Kamal dalam Dendang Remaja? Dan kalau tak silap Budiey, beliau dah berlakon lebih 40 buah filem. Drama pula dalam 400 judul. Macam-macam watak dah dia bawa, dari hero hinggalah Datuk dan Tok Penghulu.
Antara filem lakonan Mustapha Kamal ialah Adik Manja, Mira Edora, Rimba Malam, Sahabat, Cikgu Romantik, Sembilu I&II, Fantasi, Senario Lagi, Syukur 21, Kami The Movie.


Jehan Miskin bersama dengan anak Mustapha Kamal.


Tags: Mustapha Kamal
Tags: Mustapha KamalClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





October 28th, 2009 at 1:22 pm
lukcy guy. susan menon is still gorgeous!
October 28th, 2009 at 10:54 pm
anak dia ni model iklan horliks ye?
October 29th, 2009 at 4:47 pm
AKU SUKA NENGOK IKLAN SILKY WHITE LAKONAN DAFI YG TERPIKAT KT EMAK (SUSAN MENON) AWEKNYA (SYARIFAH AMANI)…HU HU…SUSAN MENON MMG CANTIK WALAUPUN DAH BERUSIA..PART DIALOG YG BEST..DAFI : ” MAK SAYA KATA, KALAU KITA NK TGK WAJAH ISTERI KITA BILA DAH TUA, TGK MAKNYA..BILA SAYA TGK MAK AWAK TADI, SEJUK HATI SAYA….” HU HU…YE LA TUH……