in

Gambar Terbaru Mia Sara Nasuha di Saloma Bistro

Jam 4 petang semalam, di event Astro Prima, menemukan Budiey sekali lagi dengan pelakon cilik yang comel dan sekarang dah mula pandai berposing depan kamera. Ada bakat si comel ini untuk jadi bintang pelapis bila besar nanti. Tengoklah gaya-gaya santai dengan pakaian kasual dan feminine rock dari Mia Sara kat bawah ni.

Selain sibuk dengan jadual lakonan Papa I Love You, Mia Sara tak lupa untuk ke sekolah.

Mia Sara akan bergandingan dengan pelakon Ogy Ahmad Daud dan Nasir Bilal Khan dalam sebuah telemovie yang pasti gempak giler. Tajuk drama ni ialah Berpaling Dari Jannahmu. Jannah di sini bermaksud syurga ya tuan puan. Ianya mengisahkan sorang ibu yang agak cerewet dan amat mementingkan kesempurnaan sehingga menyebabkan anak kesayangannya terkorban. Sah-sah, Mia yang akan memegang watak sebagai anak. Kesiannya watak Mia ni terkorban. Tapi itu bukan spoil kerana drama ini masih panjang ceritanya. Nak tengok pengakhiran cerita. Kenala tonton Astro Prima pada 20 Mei ini jam 10 malam, hari Jumaat.

Drama ini banyak pengajaran sebenarnya. Kita kena berhati-hati dengan apa yang diminta kerana doa seorang ibu mungkin dimakbulkan oleh Tuhan. Jadi, secara tak langsung drama ini memberi pengajaran dan peringatan kepada seorang ibu, bahawa kasih sayang ibu tidak semestinya sempurna. Tetapi tidak akan ada kasih sayang sesempurna kasih seorang ibu kepada anaknya.

Mia Sara Nasuha

Mia Sara Nasuha

Mia Sara Nasuha

Mia Sara Nasuha

Mia Sara Nasuha

Mia Sara Nasuha

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rakaman Program SEJUTA IMPIAN TV3 Bermula, Ini Info Yang Anda Perlu Tahu

Gambar Kad Kahwin Zed Zaidi Tema Facebook