Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Terbaru Erra Fazira di Majlis Berbuka Puasa SRC



Semalam, jam 6.30 petang, Budiey ada hadirkan diri di Majlis Jom Berbuka Puasa Bersama Artis-artis SRC di Hotel MayTower. Hushhhh… ramai betul artis di bawah naungan SRC yang hadir. Nak senaraikan satu-satu memang ramai. Tapi yang Budiey nampaknya ada grup popular New Boysz serta Tomok, ada Taufik Batisah, ada Indah Ruhaila, ada juga artis SRC dari Singapura dan juga Indonesia. Mmm, ramai lagi lah~

Bikin sesak sekali ruang Songket Ballroom. Tapi Budiey percaya ramai hadirin yang memuji semua masakan dan juadah yang ada di MayTower. Sangat BEST~

Serentak itu juga diadakan Majlis Pelancaran Album Sinar Lebaran~ Macam biasalah, lagu-lagu raya pastinya akan menjadi hype sepanjang bulan perayaan ini. Kasi meriah la sikit kan~ Kalau takde lagu raya, tak syiok la, cam suram la pulak nak beraya~

Tapi yang penting sekali, majlis yang diserikan dengan kehadiran anak-anak dari Asrama Baitul Ummah ini memang meriah giler~! Apa tidaknya, selain artis berprofile tinggi seperti Erra Fazira pun ada datang. Cuma Dato’ Siti Nurhaliza yang tidak nampak batang hidung. Mungkin sibuk kot. Tapi tidak apa… Budiey cuma nak letak dulu gambar Mama HOT kita ni, siapa lagi kalau bukan Erra Fazira yang semakin langsing semenjak ditaja oleh SlimWorld. Memang ada nampak kesannya.

Turut hadir juga si suami tercinta Erra Fazira, Engku Emran… punyalah romantik diorang ni…

Penyanyi bersuara lunak, Noryn Aziz pun ada datang. Comel nampak Noryn berselendang putih berbaju kurung pink terang. Budiey sempat ambil gambar Noryn bersama Erra Fazira…~ cuba teka apa persamaan mereka berdua ni~

Kalau nak tahu, selain sibuk berlakon, Erra Fazira menyibukkan diri dengan bisnes kek cawan. Kalau tahun lepas, Erra sibuk buat bisnes hamper raya, tahun ini saje Erra buat untuk suka. Bukan serius sangat sampai nak pasarkan secara komersial.

Dengar cerita jugak, Erra Fazira tak menang tangan juga berlakon drama~ Tidak apalah, rezeki jangan ditolak. Yang penting, kesihatan pun kena jaga jugak, kan?

Okaylah, akhir sekali Budiey nak ucapkan selamat berpuasa untuk Erra sekeluarga~

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Erra Fazira di Karpet Merah Anugerah Skrin 2011
  • Gambar Erra Fazira Serba Ungu di Red Carpet FFM23
  • Gambar Erra Fazira di Fashion Show Raya 5Stars
  • Photo of The Day: Erra Fazira Ajar Bola Sepak?
  • Gambar Fesyen Erra Fazira Rekaan Hatta Dolmat
  • Gambar Erra Fazira Diraikan Erra Arts Club
  • Gambar Erra Fazira di Karpet Merah Anugerah Skrin 2010
  • Gambar Aleesya Anak Erra Fazira Terbaru 2010
  • Gambar Erra Fazira di Green Cheongsam Showcase The Weld
  • Erra Fazira di Pameran Best of Bridal Lifestyle Singapura



  • 17 Komen untuk entri “Gambar Terbaru Erra Fazira di Majlis Berbuka Puasa SRC”

    1. Alahai kata:

      Gigi kot yg same hehehehe & same2 yg duta produk pelansingan badan..

    2. wm kata:

      apa yg sama ek?
      ermmm…
      manager noryn skrg ni adalah ex-manager erra dulu. btul x? ;)

    3. intan kata:

      memang nampak dan slim la, cik erra ni.Bertambah cantik lak.Baju pun cantik. EE cam biasalah, simple je.Apa2 pun, seronok tengok mereka berdua, loving gitu.Jgn ada “parasit2 betina ” yg nak tumpang menenggek diantara mereka berdua ni sudahlah.

    4. eliz kata:

      wow cantiknya sis Erra, moga bahagia rumahtangga. Amin.

    5. ida kata:

      erra dan emran sama cantik sama padan.
      sorang glamour, sorang sempoi, but they both complement each other!
      semoga rumahtangga depa ni kekal hingga akhir hayat…

      noryn pun sgt lawa. muka dah cun, tak payah pakai sexy pun takpe. harap dia maklum.

    6. akuadi kata:

      dia orang ni mmg pasangan yg padan la..harap2 kekal sampai anak cucu…

    7. Fortelle kata:

      Persamaannya ialah ‘colour’ rambut..Persamaan ke-2 rasanya bentuk kening..Dan,persamaan yg paling logik kedua-duanya memberi senyuman buat Budiey yg tgh ambik gmbr diaorang..Senyuman pun hampir sama;-)

    8. permatacunz kata:

      rasanya part hidung n bibir lah . anyway dua dua nampak cantik

    9. shalyana kata:

      suka tgk kebahgiaan mereka n hrp2 kekal bahagia selamanya.

    10. geligeli kata:

      dua2 ada tetek

    11. SPORTY kata:

      Suka tengok pasangan ni….moga bahagia selamanya…..Engku Emran ni memang sempoi la….walaupun berprofil tinggi tetapi tak kisah join jual JUS JAMBO di Bazar Ramadhan….siap PM datang beli lagi..cayalah….suami isteri ‘bisness minded’…..SELAMAT BERPUASA

    12. SPORTY kata:

      SUKA TENGOK PASANGAN NI…ENGKU EMRAN MEMANG SEMPOI….JUAL JUS JAMBO DI BAZAR RAMADHAN….PM PUN DATANG BELI..CAYALAH… HARAP ADA EDISI KHAS GUGUGAGA ERRA SEMPENA RAMADHAN DAN AIDILFITIRI…YANG TAK MINAT TAK PAYAH LE TENGOK OK

    13. Liena kata:

      so loving,,,,,,,,,,,,,,,,,
      i like u all,,,,,,,,

    14. hello kitty kata:

      sempoi x bertempat..kdg2 nampak selekeh…
      x sesuai dgn majlis….
      erra lak melaram sakan..

    15. intan kata:

      hello cik kitty, jgn pandang org sebelah mata je.EE tu CEO YG BERPENDIDIKAN TINGGI.dia ada personality lagi.Wat ape jadi mat smart tapi IQ rendah??PM kita, Dato Najib, pun terkejut tengok betapa sempoinya EE digerai Suria FMnya,menjual air.PM memang tahu yg EE ni CEO, k!!

    16. NUR kata:

      Betul tu….walaupun ada wartawan yang tulis tentang EE ni dalam Metro Ahad lalu, tapi ‘respect’ dengan EE yang tak sombong dan ramah….walaupun COO…pasal pakaian tu, mungkin EE dari gerai Juz Jambo kot terus temankan isterinya di majlis tu…Bagi saya ok je pakai T -Shirt daripada fesyen tak hape2…….atau tak pakai baju:-)

    17. SPORTY kata:

      Betul ke Erra Fazira dah tak bersama SRC ?? Punyalah lama tunggu album…..rindu nak dengar lagu – lagu baru….

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK