in

Gambar Terbaru Ella di Sidang Media Konsert Ella

Ella, satu nama yang tak pernah dilupakan bahkan Ratu Rock Negara sentiasa menjadi gelaran untuk Nor Zila binti Haji Aminuddin ini.

Budiey sangat meminati Ella kerana dia sangat natural, semasa sesi fotografi hari tu pun Ella sangat sempoi, sporting dan santai. Selain personaliti yang tak sombong, Ella punya vokal yang sangat unik, susah nak cari vokal macam Ella. Suara serak basah ‘husky’ dengan lagu-lagunya yang mantap itu menusuk jiwa.

Hingga kini, Budiey menantikan Ella mengadakan konsert dan kepingin sangat untuk menyaksikan persembahan Ella. Budiey rasa bertuah sebab dapat bertemu Ella pada hari Jumaat lalu di sidang media Konsert Ella yang berlangsung di Istana Budaya pada jam 3 petang. Ella kata, dah lama tak buat konsert. Hampir 2 tahun. Paling last, dia perform kat Esplanade Singapore.

Bukan mudah untuk bertemu dengan Ella kerana dia kini sangat low profile. Selain jarang ditemui di sidang media, event, functions dan anugerah, Ella dah 2 tahun tak beraksi di pentas yang berskala besar.

Namun, Budiey kira, Konsert Ella yang akan diadakan pada 1 dan 2 Julai nanti akan mengubat kerinduan peminat. Untuk info lanjut para pembaca, Konsert sempena dengan Festival Muzik Kuala Lumpur ini, Ella akan berduet dengan nama-nama besar seperti Datuk Ahmad Jais dan Awie & Joe Wing serta Lord (Ella & The Boys) dengan penampilan istimewa Tunas Budaya JKKN. Bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya, menjadi pentas yang pastinya memberikan impak besar dalam karier Ella kerana Ella akan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Gerenti konsertnya ini akan menjadi mantap kerana konsert ini adalah konsert pembuka tirai Festival Muzik Kuala Lumpur 2010 di mana Ella berpadu vokal selama 2 jam diiringi 80 pemuzik!

Budiey & Ella. Lama betul tak jumpa Ella!

Budiey kira dua hari persembahan takkan cukup. Namun ajaibnya, penjualan tiket agak perlahan. Mungkin kerana promosi agak kurang. Dengan itu, Budiey akan mempromosikan konsert Ella di sini sebagai satu langkah promosi percuma untuk penyanyi kesukaan Budiey nih. Hehe:)

Jadi, tiket sudah pun boleh dibeli dengan harga RM50, RM80, RM180, RM200 dan RM250. Boleh hubungi hotline 03 41498600 atau boleh juga beli secara online www.ticket2u.biz

Dapatkan tiket anda sekarang!

Mula-mula jom kita tengok gaya-gaya spontan Ella semasa sessi fotografi bersama Budiey…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aksi Terakhir Michael Jackson This is It di HBO

Ujibakat Program Realiti Adik-Adikku Musim Kedua