Gambar Suspek Pembunuh Nurin Jazlin
Lakaran imej seorang lelaki dan seorang wanita, kedua-duanya penduduk tempatan, diedarkan oleh polis bagi siasatan kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata lakaran imej dihasilkan selepas menerima maklumat daripada orang ramai.


“Lelaki itu berusia antara 35 hingga 40 tahun, tinggi 168cm dan berkulit cerah. Lelaki itu pergi ke kawasan perumahan di Bangsar, bertanya orang ramai bilik untuk disewa bagi dirinya dan anaknya. Dia menemui beberapa pemilik rumah beberapa kali dalam tempoh Nurin Jazlin hilang,” katanya.
Mengenai lakaran wanita pula, Wan berkata suspek berusia dalam lingkungan 20-an, tinggi 153cm dan mempunyai rambut paras bahu.
“Dia kelihatan berada dekat beg sukan berwarna biru gelap yang dimuatkan mayat Nurin Jazlin yang ditemui di sebuah kedai di Petaling Jaya pada 17 Sept. Wanita ini muncul tengah hari, sehari sebelum polis menemui mayat Nurin Jazlin,” katanya.
Beliau menggesa mereka yang pernah melihat seseorang yang kelihatan seperti lakaran ini di kawasan tersebut dan membawa beg biru antara 16 Sept dan 17 Sept agar segera menghubungi polis.
Ditanya kemungkinan pembabitan sindiket pornografi kanak-kanak di belakang pembunuhan itu, Wan berkata polis menyiasat semua sudut. Beliau menambah, polis percaya penjenayah yang dikehendaki ada kaitan dengan kes-kes pencabulan di Kampung Baru kerana kedua-duanya mempunyai persamaan. Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan butiran lanjut.
Sejak Jun lalu, penjenayah kes cabul Kampung Baru dikehendaki polis bagi kejadian rogol dua kanak-kanak, masing-masing berusia lima dan enam tahun. Dengan menjanjikan mangsa hadiah ais krim jika kanak-kanak itu bersedia membantu mencari kucing yang hilang, suspek melarikan mangsa dengan motosikalnya.
Mangsa kemudian dicabul, antaranya dengan memasukkan terung ke dalam kemaluan mangsa sebelum dibebaskan beberapa jam kemudian. Wan juga mengesahkan empat lelaki yang diberkas di Shah Alam pada Khamis lepas berhubung siasatan kes Nurin Jazlin telah dibebaskan jam 4 petang semalam.
Beliau enggan mengulas sebab keempat-empat lelaki berusia 27 hingga 35 tahun itu dibebaskan walaupun tempoh reman mereka selama seminggu tamat pada Khamis ini. “Polis sedang menunggu ujian DNA mereka tetapi polis membebaskan mereka berdasarkan bukti-bukti lain,” katanya.
Wan berkata sekarang hanya wanita, berusia 23 tahun, warga Indonesia yang diberkas Sabtu lalu masih dalam tahanan polis bagi membantu siasatan.
Wanita itu diberkas di sebuah gerai makan di Nilai, kira-kira 15km dari kawasan rehat Seremban, tempat seorang kanak-kanak perempuan yang menyerupai Nurin Jazlin dilaporkan kelihatan di situ pada 5 Sept.
“(Wanita Indonesia) itu sedang ditahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) supaya doktor dapat mengambil kad SIM (modul pengenalan pelanggan) yang ditelannya ketika dia dibawa ke mahkamah untuk ditahan reman,” katanya.
Wan enggan mendedahkan bagaimana wanita itu, seorang pendatang tanpa izin, dikaitkan dengan kes pembunuhan Nurin Jazlin. Wanita itu dipercayai mengirim beberapa mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada polis, dengan mendakwa Nurin Jazlin berada dalam jagaannya, beberapa hari selepas kanak-kanak itu hilang dekat rumahnya di Wangsa Maju. – Sumber Mstar Online
[tags]gambar pembunuh nurin jazlin, foto suspek killer nurin jazlin, who kills nurin jazlin, kes nurin jazlin, rahsia nurin jazlin terbunuh, siapa bunuh nurin jazlin, gambar nurin jazlin, gambar mayat nurin jazlin, gambar suspek nurin jazlin, lakaran imej pembunuh nurin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, rogol budak sekolah gambar nurin, liwat budak sekolah, mangsa dera seksual, sex maniac, exhibitionist, sindiket pornografi budak, hamba seks kanak-kanak, gambar pembunuh nurin jazlin, foto suspek killer nurin jazlin, who kills nurin jazlin, kes nurin jazlin, rahsia nurin jazlin terbunuh[/tags]
Tags: Berita
Tags: Berita, exhibitionist, foto suspek killer nurin jazlin, gambar mayat nurin jazlin, gambar nurin jazlin, gambar pembunuh nurin jazlin, gambar suspek nurin jazlin, hamba seks kanak-kanak, kes nurin jazlin, lakaran imej pembunuh nurin, liwat budak sekolah, mangsa dera seksual, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, rahsia nurin jazlin terbunuh, rogol budak sekolah gambar nurin, sex maniac, siapa bunuh nurin jazlin, sindiket pornografi budak, who kills nurin jazlinClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:



