in

Gambar SMASH di Sesi Photo RoadTour KL Malaysia

Gambar SMASH di Sesi Photo RoadTour KL Malaysia yang diadakan untuk wartawan dan Budiey selaku blog rasmi untuk SMASH Road Tour.

Jangan lupa, kepada semua peminat SMASH, pada hari Sabtu ini akan diadakan Showcase SMASH di Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang jam 3 petang.

Masih ada lagi pembaca dan follower Budiey yang masih tak kenal dengan kumpulan popular ini. SM*SH atau SMASH merupakan sebuah kumpulan dari Indonesia yang ditubuhkan pada 10 April 2010. Nama SMASH merupakan singkatan daripada ‘Seven Men As Seven Heroes’. ‘Heroes’ di sini merupakan pendekatan yang mereka gunakan bagi menyampaikan hasrat mereka yang ingin menginspirasi anak muda untuk berfikiran positif. SMASH adalah sekumpulan anak muda yang ingin berkongsi kegembiraan dan perasaan menerusi muzik dan penampilan mereka.

VIDEO TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA SMASH

SMASH terdiri daripada tujuh remaja iaitu Morgan Oey, Rangga Dewamoela Soekarta, Rafael, Dicky Muhammad Prasetya, Reza Anugrah, Muhammad Ilham Fauzi, dan Bisma Karisma. Kumpulan ini menjadikan band-band Korea sebagai inspirasi mereka dari segi tarian, penampilan dan genre muzik iaitu pop-dance. Dengan imej yang juga ala-ala ahli band Korea ini, SMASH tentunya akan mencuri perhatian peminat artis-artis Korea di negara ini!

SMASH

Bisma Smash

SMASH

Smash

SMASH

Smash

Smash

SMASH

Smash

Smash

Smash

SMASH

SMASH

SMASH

SMASH

SMASH

SMASH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MOJO Gabungkan Aweera, Edry, Johar & Denny

Sinopsis Cerita Mak Yong Puteri Jerijit Emas