Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Gambar Siti Nurhaliza, Koleksi Louis Vuitton & Teater P.Ramlee The Musical

Datuk Siti Nurhaliza Taruddin antara selebriti yang meminati barangan berjenama mewah Louis Vuitton (LV). Hantaran masa perkahwinan Siti Nurhaliza pun sebuah beg Louis Vuitton, kan? Kalau pergi mana-mana pun, memang Louis Vuitton menjadi pilihan penyanyi nombor satu Malaysia ini untuk dibimbit. Setakat ini, Siti Nurhaliza ada lebih daripada 20 jenis termasuk beg tangan, dompet dan beg pakaian. Jika dihitung nilai kesemuanya itu, tidak mustahil koleksi Siti itu mencecah ratusan ribu ringgit! Mewah, bergaya dan elegan… bukan untuk bermegah-megah dengan kemewahan yang dikecapi malah sekadar ingin kepuasan diri sendiri. Mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk sebuah beg itu bukan isu besar kerana Siti Nurhaliza punya banyak wang. 11 tahun berada dalam industri muzik… RM30,000 untuk satu show… mmm… bayangkan saja.

Berapa agaknya wang yang Siti habiskan untuk membeli sebuah beg Louis Vuitton? Semesti bukan satu, bukan dua… agak-agaknya berapalah koleksi barangan LV yang Siti ada? Atau adakah barangan jenama mewah lain yang Siti miliki selain daripada LV?

Kata-kata Siti Nurhaliza apabila ditanya tentang koleksi Louis Vuitton kegemarannya;

“Memang, apabila dilihat pada harganya, pasti ramai yang akan mengatakan dan mengandaikan ia merupakan satu kerugian besar tetapi tidak pada saya. Ia memberi satu kepuasan dan semuanya untuk pelaburan jangka masa panjang. Apabila sejumlah wang yang agak besar dikeluarkan, saya terpaksa bekerja keras bagi menampung balik jumlah yang telah saya gunakan untuk membeli barangan LV itu. Saya gunakan LV atau barangan jenama mewah yang lain bukan untuk menunjuk atau riak, tetapi saya rasa, itu merupakan satu penghargaan untuk diri saya setelah bekerja keras. Malah, saya mementingkan pada kualiti dan saya berbangga memiliki barangan mewah atas usaha saya sendiri. Kalau sekali belanja di butik LV, sekurang-kurangnya RM10,000 saya belanjakan. Itu semua bergantung kepada jenis barangan yang saya beli.” – Utusan Malaysia

Antara barangan LV milik Siti adalah kasut sebanyak 10 pasang serta enam utas jam tangan. Malah, kalau ada yang masih ingat lagi, salah sebuah hantaran yang diterima Siti pada majlis pernikahannya 21 Ogos tahun lalu juga merupakan sebuah tas tangan edisi terhad berjenama LV. Siti pernah menggayakan tas tangan tersebut sewaktu menghadiri Anugerah Planet Muzik di Singapura, Mei lalu.

Terkini, Siti Nurhaliza sedang giat menjalani latihan lakonan dan persembahan untuk sebuah pementasan Teater Muzikal P.Ramlee The Musical di Istana Budaya pada 18 Oktober 2007 – 03 November 2007. Selain Datuk Siti Nurhaliza, pelakon lain yang terlibat adalah Sean Ghazi, Liza Hanim, Melissa Saila, Chedd Yusuf, Atilia, Infinatez, Luscious, Zeqhty (audition2), Azrul (DJ SuriaFM), Baby, Ei Ein (res2), Douglas Lim, Megat Sharizal dan ramai lagi. Muzikal ini diarahkan oleh Adlin Aman Ramlee dan Zahim AB, koreografi oleh Pat Ibrahim, Set oleh Raja Malek, Muzik oleh Erwin Gutawa dan lagu oleh Dick Lee

Apakah teater ini akan pecah panggung seperti mana Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang? Budiey rasa, jawapannya ya! Tiket sedang dijual dan khabarnya laris seperti goreng pisang panas. Anda sudah mendapatkan tiketnya?

siti nurhaliza

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Jawapan Trivia Hari Ini: Diana Rafar
  • Trivia: Tas Tangan Louis Vuitton Pelakon Berkulit Gebu
  • Gambar Siti Nurhaliza Canteq ke Berlakon Jadi Azizah Awek P. Ramlee?
  • P. Ramlee The Musical @ Esplanade & Istana Budaya
  • Teater Muzikal P. Ramlee The Musical ditaja Berjaya Corporation Berhad
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Matic Masa Tahun 1998
  • Siti Nurhaliza Janji Akan Bertudung Selepas Naik Haji?
  • Trivia: Beg Louis Vuitton Siapa Ni?
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Siti Nurhaliza, Liza Hanim & Atilia Dalam Theater P. Ramlee The Musical



  • 23 Komen untuk entri “Gambar Siti Nurhaliza, Koleksi Louis Vuitton & Teater P.Ramlee The Musical”

    1. nav kata:

      Salam kenal.
      http://www.alatsurveycenter.com/

    2. iQ kata:

      assalamualaikum…di sini ana xnk anta apa2 komen just nk ucp slmt maj jaya…

    3. dhani kata:

      hai orang islam kan tidak boleh nampangin lekak lekuk tubuhnya. kok anda (Nurhaliza) berani nampilin tubuh anda yang molek itu ya. ini menyalahi agama.

    4. lisa ondon kata:

      kalau pakai seksi pun tak apa. asalkan tak melebih lebih. iman kita bukannya terletak pada cara kita berpakaian

    5. norm kata:

      siti tu klu nak pkai tdung buat lah cra nk pkai tdung…
      dulu 2 sekolah pndai plk pakai tdung..ni dh glame buat 2 mcm tak pndai nk pkai tdung

    6. nor farhan bt mohd ridzuan kata:

      semekom!!!lawa ar k.siti………blh anta gmbr kt sy x?????

    7. Honeybee kata:

      Btul la ada org kata yg ct ni ‘tutup’ bla kt mlysia je.. klau dh fanatik tu, yg salah pun dbetulkn .. pic#4

    8. lynn A.I.M poinT kata:

      not bad r…lau i banyak money pun i akn jd cm datuk ct gk..normal r girl gle shooping…..ha3…mge mju jaya n mkin chuubby…….MMmmuUaahxx!!hehehehe…..

    9. nuyuu kata:

      siti selalu aje cun…x kira pkai ape2 pun..

    10. comel kata:

      klu glmr,bnyk duit n kwin dt plk,urg hodoh pn blh jd cntk,yg muka 4 segi pn blh jd bujur..

    11. pondulau kata:

      klu lawa pun,masuk kubur nanti berulat juga..jgn marah…gurau maut

    12. comel kata:

      cya la lu pondulau..ala,kya cmna pn,klo kubur kta mari,plg2 bw kain putih je..

    13. mimim kata:

      hai…i ni antara x-peminat ct. dulu i suke die sbb die ade ciri2 yg sgt baik untuk dibangge kn..tp setelah die kenal ngan dato k sy jd xminat die..korg prasan x, ct bley dikategorikan sbg perampas suami org..die kenal dato k sblm dato k becerai la..i think kalau dato k bley tggl kn zawiyah even da ade rmai ana, xmustahil die akn tggl kn ct.btol x???hmmm..sy da dgr bnyk cite burok tntg ct n not sure bnde tu btol atau x..tp kalau pk logik ade btol cite2 burok tu..tepuk dada tnye slera…:)

    14. akak kata:

      ahhhhh…..ct tu poyoooooooooooooooooooooooooooo!!!!!!!!!!1eeee tolongla…..sopan santun dah xde kt dia…….buet malu org kole lipih je……………….dia leh geng ngan memey bongok tu………….

    15. girlz kata:

      jeles la tu….sbb tu dia kata ct tu poyoooooooooooo!!!!!!! ntah2 dia sndiri yang poyooooooooooo!!!! jgn kata sembrgan kata ct mcm si memey igt ct pernah tangkap khalwat dgn datuk k ke………??????? mimim,awk tu bknnya pminat sjati ct kalau awk btul2 pminat ct awk xct kwin dgn sesipa pun…………cheh jeles la tu!!!!

    16. ricshe kata:

      sya stuju ngan girlz………kalau dah jeles tu,macam2 ler diaorang kutuk ct tu……….konon nyer ler ct tu poyoooooo!!!!!!! ntah2 die sndri yang poyo kot…….kate orang lebih,diri sendiri tak pandang……cermin ler diri tu dlu sblm kutuk orang……mimim ni bukan nyer pminat sjati pon…yg die sbuk2 ct kwin ngan dt k tu knpe…..jeles ler tu…….!!!!!!!!!! mengaku jer lah jeles…….

    17. liza kata:

      apalah yg u all bangga sgt kat ct ini..

    18. nelly kata:

      Huh x menujuk kata Ct tapi hanya mementing kn kualiti..yea mmg lh pentingkn kualiti tp pakai beg hanya sekali 2 je mcm mane nk tau ia berkualiti ke x..esok2 dh beli beg baru..menujuklah namenyer tu..x biase nk pkai barangan murah..Dh ade bnyak wang ape nk di beli pn blh..shopping ler habisan dkt dunia nie nnti wang tu x blh d bwh mati nk shopping pn dah xdpt ..

    19. boy kata:

      ape ler korang nie….lebih2 le pulak…ape le salah ct 2 kat korang…klau ko kat tempat ct,klau org kutuk ko mcm 2….ape agaknye ko rase…jgn le pikir bgus,klau diri 2 x bgus….ct bnyk duit sebab dia bekerje keras…klau korang nk bnyk duit korang g la bekerje…jgn dok nk mngumpat je…lg le berdosa….lu fikir la sendiri…

    20. aimie640 kata:

      ct ni cantik la skrg..tp klau pkai tudung btul2 lg cantik kan..kan..
      lgpon mne ad ‘btudung cara ct’…yg ad cuma ‘btudung cara Islam’..kan..

    21. yusaini kohoe kata:

      helloooooooo..korang nieeee mmg goblok betul le cakap kak ct.nhliza cam tuuuuuuuuuu.tak bek taw..kak ct.cntik sgat2 taw

    22. akmarzuki kata:

      Tahniah kepada Datuk Siti Nurhaliza..!! saya mewakili semua peminat Siti mengucapkan semoga Siti terus berjaya menempa nama ke persada dunia……!!!

    23. lady kata:

      ish,pliz la………bapa q pn mampu blikn aq beg lv bha..

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:






















    Hits & Statistic





    View Blog Stats





    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK




    Ucapan Dato' Siti Nurhaliza