Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Siti Nurhaliza di Temubual Eksklusif @ PNB Darby Park



Pada jam 3 petang tadi, Budiey & the gang telah menghadiri satu majlis temubual eksklusif bersama Datuk Siti Nurhaliza di bilik 3801 Suite, lantai 38, PNB Darby Park, Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Raden Pictures Sdn Bhd sempena dengan pencalonan lagu Menanti Pasti dalam Anugerah Industri Muzik 15. Lagu Menanti Pasti adalah salah sebuah lagu tema Kayangan yang juga turut dimuatkan dalam album runut filem Kayangan.

Datuk Siti Nurhaliza tampil santai dengan gaya tudung dan membiarkan sedikit rambutnya terkeluar. (Ops! sebenarnya bukan Siti bertudung tetapi kata Siti Nurhaliza, dia memakai selendang). Memang benar, ini didakwa dan dikatakan sendiri oleh Datuk Siti Nurhaliza.

“Sebenarnya Siti memakai tudung tetapi lebih kepada memakai selendang. Kalau pakai tudung, seperti rakan-rakan wartawan yang lain (sambil menuding jari kepada para media yang datang).”

Sebenarnya, Siti Nurhaliza ingin melakukannya secara perlahan-lahan dan sesuaikan dengan keadaan. Siti pun terasa serba salah kerana sebagai penyanyi jika Siti Nurhaliza bertudung litup, nanti ada sesetengah pihak tidak berpuas hati mengatakan suara Siti Nurhaliza pula adalah aurat. Jika Siti Nurhaliza seorang pengacara atau pelakon, ianya tidak menjadi satu masalah yang besar kerana tidak perlu untuk menyanyi.

Terima kasih kepada PNB Darby Park kerana sudi menaja lokasi pengambaran dan temubual.

[tags]gambar siti nurhaliza, gambar tudung, anugerah, gambar siti nurhaliza, wartawan, sitizone.com, Lagu, MAS, eksklusif, filem Kayangan, siti nurhaliza, gossip, pnb darby park[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Datuk Siti Nurhaliza Akan Beranak Penghujung Tahun 2008?
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Album ALL YOUR LOVE
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Gambar Siti Nurhaliza di National Folk Museum Korea
  • Gambar Siti Nurhaliza Bertudung di Konsert Sinar Maulidurrasul
  • Siti Nurhaliza di Sidang Media Bio Siti Nurhaliza History Channel
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Tahun 1997
  • Dato’ Siti Nurhaliza di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 25



    • dina

      tutup aurat tu wajib nk tutup….. tutup lh x nk tutup x der sape bleh pakse care prlahan kr express kr peduli aper

    • Siti

      Apa sebenarnya penyesuaian yang Siti nak cari. Mula mula buka leher, lepastu tunjuk jambul, lepas tu nampak rambut setengah……. Its better kalau Siti tak pakai tudung langsung…..Peminat pasti berpuas hati pasal idola yang mereka suka mempunyai penampilan yang sederhana, lawa dan terrtib……..Maksudnya tak berserabut…………….

      Macam gambar Siti dengan Celine Dion,,,,kenapa kena pakai baju lengan pendek dan berselendang belakang… Aurat tetap nampak apa – tangan, leher, telinga dan juga rambut. Cara Siti posing pun, peminat boleh nampak potongan badan siti terutama bahagian dada…..Its too obvious..

      Actually semua pertukaran yang nak dibuat harus datang daripada hati. For example, Ikin – Walaupun dia belum pergi Haji tapi dia menukar penampilannya dengan kerelaan hati dan juga penampilannya sesuai bagi orang yang bertudung…..Kalau bertudung maksudnya semua aurat ditutup dengan rapi tapi Siti…………………….

      Pesanan buat Siti…….carilah and fahamilah diri kamu sedalam dalamnya.

    • rimaumanja

      saya baru je habis baca magazine malaysian tatler, april 2008. one of the articles is about wedding anniversary somebody. Siti HIPOKRIT besar. Dia attend dengan husband dia, NO selendang at all and pakai baju body hugging!

      so kepada peminat peminat yang percaya bulat la si minah ni baik sangat konon pakai selendang, pakai tudung….dia sebenarnya nak tunjukkan imej baik saja dan sebenarnya dia ni tak ikhlas.

    • LADY

      aku tak minat pun ngan mak ct ni..lantakla diaa..tp aku rasa lama2 dia ni akan bukak terus selendang dia..tgk la masa concert celine..n now rimau manja kata dia tak pakai selendang kat one magazine ni…aku tak kisah sgt if dia taaak pakai tudung or selendang..tp jgn ler hipokrit..tah apa la yg dia pikir…tp, aku dah kata, lantak dia la…

    • http://itsfashionhoney.blogspot.com/ ctkus

      bodoh…
      senang je jatuh hukum kt org…

    • engineer

      ct belum puas tergedik-gedik lagi. belum puas melalak lagi. ct tu nak pakai seksi-seksi tapi dia tak bukak lebih-lebih, jadinya cara dia nak seksi tapi nampak sopan (pada fikiran dialah) dengan berpakaian yang ketat-ketak tapi tutup semua. bukan macam artis lain tu bukak semua. tau tak pakai ketat pun boleh nampak seksi tau FAHAM. biarkan lah. ct pakai ketat-ketat semua nampak…depan, belakang, atas, bawah semua nampak #$*&^+_@~……huh bestnya. ct tak payah pakai selendang lah.

    • hehehe

      ctikus emotional lerrrr…muahahaha

    • acx

      alah waheeda pakai tudung tapi nyanyi xde org gaduh pon
      noraniza idris pon dah tutup abis rambut wpun seksi gakla kdg2
      shiela rusly pon dah tutup abis gak
      contoh terbaik, wardina tutup abis, style maintain je xjadik pesyen disaster pon
      norjuma, farahdeeba pandai je stylekan baju diorang
      n diorang sume pakai tudung elok2

      apsal ct xboleh?
      sebab dia artis nombor 1 n ada byk status so dia ada imuniti?
      ct..byk lain org lain kamu leh tiru selain bini paklah, normala samsudin n kak ogy

      ct, kamu baca ke tak ni?
      adeiii dah berbakul2 dah nasihat+kutuk ni

    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      masuk kubur nti .. x de imuniti apa2.. bungkus hbis 7 lapis… haa.. tang tu bru btul wat cara brperingkat2! X de le jmbul tu trjulur lgi hnya krn no 1 @ no 700. Fanatik tu fanatik lh jga, tpi x lah yg dh salah tu msih nk dbetulkn dek krana title ‘paling sopan’….. paling byk wat ayat ala2 baik tu ada lh..

    • Kinahahaha

      korang ni, tak baik la kutuk2 datuk ct…ingat korang tu bagus sgt ke. Ni la namanye salah org sekecil semut bleh nampak, tp salah sendiri sebesar2 gajah pun tak nampak. biar je lah datuk ct tu..sukati dia la nk pakai mcm mana pun..itu urusan dia dgn tuhan.adoyai.
      i tertarik la ngn gmbar ct..cumel2 belaka, makin tembam pun ada.
      good luck yer kak ct!! buat yg terbaik! God bless! ta~

    • lolypop

      korang ni, tak suka sudahla…
      ni msti kes jelos ni…
      yang sebenarnya lebih teruk dr org yg diperkatakan….
      kita tak bleh mcm tu, mengata org lebih2…
      entah2 yg mengata tu la yg sepatutnya sedar…
      bawa2la mengucap, terlalu mara dan jelos tu harus diredakan…
      bnyk2 beristiqhfar ya kwn2…..
      sebabnya,org yg di anggap jht itula yg kekadang lebih baik dr org yg mengata tau…
      so, kt msti sedar2kanla diri kita sendiri dulu…
      oke, ccc yaaahhh….
      wassalam….

    • http://k.kinabaku comel

      gemuk n montelnyeeeeeeeeeeeeeeeeeerrrrrrrrr……..

    • ikhlas

      weii korang mengata DST apahal korang dah cukup pahala ke???dah DST kata pakai tudung dengan perlahan-lahan.SO??doakan jela yang baik2 untk die..nie tak doakan yang tak elok untuk die…kalu korang cakap suara itu aurat abis yang korang terpekik telolong 2 tak aurat??yang penting hati…

      psn:Biarlah org ingin kata apa…janji kewajipan pada Allah dilakukan dengan sempurna…

    • atas pagar..

      siti pakai tudung kuar jambul ker… ape ker…tu biar ct ngan tuhan jer… satu jer masalah ct nie… kalau dan kuar kenyataan nak pakai tudung lepas naik haji wat lah…. aah…skrng kan dah kena kutuk dek peminat2 sekalian… (honestly… dont angry Ct…) anyway… aku masih suke dengar lagu ct hingga hari ini…bravo ct!!!!

    • wani

      yg suka ngutuk2 ct nih cb la bayangkn jika die dh tiada lagi di industri muzik/ dh meninggal..

      pasti n pasti korang semua rindu kn die. banyak tau dosa korg ngutuk2 die…semua tu d tanya nnt kt “sana”…

      bayangkn die dh TIADA…..

    • niena

      betullah zamri…tak de agama(termasuk ISLAM)yang kata suara tu aurat…aurat tu kan sesuatu yang kita wajib tutup! kalau suara tu aurat .tak boleh la saya bercakap!Ikin tu pula belum kira benar-benar menutup aurat. jangan lupa kaki pun aurat jugak.faham tak istilah `berpakaian tapi hakikatnya telanjang`

    • niena

      hiburan pun..mana ada nas al-Quran atau sabda nabi yang mengatakan haram..kan!!! Orang Islam cuma perlu tahu mana hiburan yang halal dan yang haram! tak salah menyanyi kalau lagu tu berunsurkan percintaan yang dibenarkan dalam Islam ke.. misalnya lagu cinta nayanyian InTeam tu..ini tak, lagu melayu pun dah ada lirik`memelukmu lah, kucupan sayang lah`ntah hape hape…

    • sufi

      kepada zamri, dlm agama islam lah yg menyatakan suara itu aurat. name zamri tu dah elok dah maknanye, cume pengetahuan tentang agama islam perlu di dalami lg yer.. tak kan la tu pun tak tahu.. siti yang belum menutup auratnye tu dgn sempurna pun tahu suara tu aurat..

    • http://www.budiey.com kembar siti

      eeee…….. kelasnya emak engkau. tudung Dato’ pun emak kau buat seprah.
      ada lagi x seprah yang mak kau tak mau aku pun nak juga boleh buat jual……
      kot2 Dato’ siti datang beli dekat aku….
      i’m sory…………

    • http://www.budiey.com kembar siti

      x apa. wanie jangan marah2 nanti saya hantar seprah tu ..
      boleh buat lepas rindu nanti……….

    • tina

      siti mg cantik sgt2….i mg impress dgn sikap merendah diri, berpendirian dan tenang itu…x sume org blh jd cm dia..dia mg adlah satu anugerah

    • tieyz_wawa

      aiyo.. i think ct tak pakai tudung pun xpa..
      dia macam..tak ikhlas dalam perubahan dia.
      Tuhan tidak memaksa umatnya.
      Bg saya kalau betul2 dah berubah baik bertudung
      semuanya.Lebih sopan dan manis.

    • neknak

      Subhanallah…apa nak jadi manusia sekarang…mengutuk, mengeji, mengaibkan saudara muslim yang lain dengan bahasa “kurang manis” dibaca..Apapun menegur itu biar ada caranya jadi yang ditegur pun akan lebih mudah menerimanya. Jangan menegur kelemahannya sehingga menjatuhkan airmuka saudaramu itu, Ingat lah kita sebagai hamba Allah sahaja, TIDAK layak untuk menilai tahap keimanan – kebaikan hati seseorang yang bergelar manusia. Cuma Allah yang berhak dan tahu.Kepada sesiapa mereka yang gemar mengumpat,mengeji cukuplah. Tunggulah di kubur nanti kita lihat sendiri, apakah mulia kita ini berbanding orang yang kita benci..wallahualam kerana aku sendiri bukan insan yang sempurna .

    • Cecep

      Aku suka semuanya deh

    • snegoviksukablyat

      hello
      im new on this forum….

    • SriBayu

      Salam,
      Kalau kita kata tak perlu sibuk hal orang lain….takkan Allah turunkan surah Al-Asr. Bukankah kita diminta berpesan dengan kebenaran. Soal aurat adalah perintah Allah yang tak boleh ditolak atau dipertikaikan. Memang, yang penting hati…..tetapi hati orang yang beriman tidak akan berkompromi dengan kemungkaran. Suara itu aurat……hatta muka pun boleh menjadi aurat, tangan pun boleh menjadi aurat…sekiranya dengan melihat atau mendengarnya menaikkan syahwat dan mengundang kepada kemungkaran. Aku ada kawan yang sangat cantik wajah serta kulitnya. Maklumlah campuran. Dia agak terganggu dengan anugerah Allah ini kerana sering menjadi buruan kaum Adam…dan akhirnya dia dinasihati oleh suaminya memakai purdah. Suami yang baik…tahu bagaimana nak pertahankan maruahnya sebagai suami. Tak sudi share……dengan penglihatan mamat bangla,nepal,indon…hatta apa jenis manusia sekalipun.Tak payahlah sesiapa berdolak dalik….kembalilah pada hujah Al Quran….mukjizat yang berkekalan….wallahualam



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK