Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Siti Nurhaliza di Rakaman Melodi Raya 2010



Budiey baru sahaja pulang dari menghadirkan diri di Rakaman Melodi Raya 2010 yang diadakan di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Rakaman bermula sejurus selepas berbuka puasa. Dimulakan dengan persembahan istimewa daripada Kombat and The Gang.

Selebriti di sana sangat ramai. Ya, Budiey ulangi sekali lagi… sangat ramai dan sangat meriah. Budiey rasa kehadiran selebriti di rakaman Melodi Raya lebih meriah dan lebih happening dari acara anugerah yang ada sebelum ini. Bertambah meriah dan bergemerlapan dengan gaya selebriti yang hadir dengan lengkap berbaju raya.

Seluruh dewan bertukar menjadi seperti rumah terbuka dengan dihiasi dengan lampu lip lap bercahaya dan menyerikan lagi suasana.

Siti Nurhaliza Melodi Raya 2010

Patutlah Budiey diberitahu peminat tidak dibenarkan masuk ke dewan ini tidak seperti rakaman Melodi Raya sebelum ini yang diadakan di Sunway Pyramid. Ini kerana selebriti yang hadir sangat ramai.

Untuk info pembaca, Melodi Raya 2010 akan disiarkan pada Hari Raya Aidilfitri ketiga dan kesepuluh, hari Ahad, jam 12.30 tengahari hanya di TV3. Kelainan Melodi Raya tahun ini menggabungkan himpunan artis-artis popular dari era berbeza iaitu 60an, 70an, 80an dan terkini.

Antara selebriti yang hadir ialah penyanyi paling popular, Dato’ Siti Nurhaliza bersama suaminya Datuk Khalid. Siap sempurna dengan busana rona sedondon. Dari jauh lagi Budiey dah nampak kelibat Siti Nurhaliza duduk di meja VIP.

Siti Nurhaliza Melodi Raya 2010

Selain penyanyi popular Dato’ Siti Nurhaliza, kehadiran YBhg Dato’ Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad dan En Maxson Abdullah H Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Dagangan Dunia Putra, YBhg. Dato’ Rauf Yusoh.

Sempena ulangtahun perkahwinan Dato’ Siti Nurhaliza & Datuk Khalid yang ke-4 beberapa hari lagi, Budiey ingin mengucapkan Happy Anniversary. Semoga ikatan perkahwinan terus kekal dengan limpahan kebahagiaan. Semoga dikurniakan cahaya mata di masa akan datang.

Siti Nurhaliza Melodi Raya 2010

Siti Nurhaliza Melodi Raya 2010

Siti Nurhaliza Melodi Raya 2010

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza Melodi Raya 2010

Siti Nurhaliza

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini, Ifa Radziah di Rakaman Melodi Raya
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Rakaman Teratak Siti Nurhaliza TV3
  • Gambar Melodi Raya Episod 1
  • Melodi Raya 2010 Gabung Artis 60-90an
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Gambar Fara Fauzana & Didie Alias Hos Melodi Raya 2010
  • Gambar Selebriti di Rakaman Melodi Raya 2011 Part 2
  • Gambar Selebriti di Rakaman Melodi Raya 2011 Part 1
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Album ALL YOUR LOVE



    • http://hasrulhassan.blogspot.com hasrulhassan

      Cantiknya Siti .. :) … teringat zaman kat universiti dulu …

    • Athira Izzaty

      Wahhhh…lawanyer dato ct..terpesona seketika..,:-)

    • kulat

      sweet ja ct, rasanya dah lama ct tak join melodi raya (sbb ct takde ku tak pernah tgk melodi raya..heehee…) baru kalini berkesempatan wlupun tgh bercuti……….

    • Ah Loy

      so sweeettttttt!!!!

    • bawang putih

      cantiknye ct…..manis…..nak cubit…..

    • ipung

      sungguh elegannya CT……..kapaaaaaan aku seperti siti ya………..

    • AMOI

      wahhhhh lawa manis ayu….mmg sesuai….minat ar tudung kak ct



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK