in ,

Gambar Siti Nurhaliza di Malam Gala Pink Jazzy Affair

Terus terang, ini adalah kali pertama Budiey menjejekkan kaki ke Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur yang baru sahaja siap. Hashtag: #jakun. LOL

[dropcap]M[/dropcap]emang agak jakun tapi sebenarnya, hotel ini seperti apa yang dibayangkan, agak grand juga. Tengoklah kat level G tadi. Ingat ke ada kolam renang berdepan dengan dewan besar tadi, rupanya kolamnya cetek je. Buat hiasan penyejuk mata. Okay ini bukan review hotel ya, sebab entri ini Budiey nak kongsi dengan korang gambar-gambar yang lensa Budiey sempat ambil tadi.

[pullquote]Dato’ Siti Nurhaliza mengenakan busana warna merah jambu rekaan Rizman Ruzaini.[/pullquote]

Dewan Grand Hyatt pun lawa gak. Bila lagi la nak ada event kat sini eh.Itu pun kerana kunjungan kali pertama ini adalah untuk melihat persembahan tiga orang penyanyi yang menyokong kempen Pink Jazzy Affair anjuran Gleneagles Kuala Lumpur yang berlangsung pada jam 8 malam tadi (30 November 2012).

[pullquote align=”right”]Budiey mendapat tahu, show ini mendapat sambutan hangat dan semua tempat duduk habis dijual.[/pullquote]

Tahniah buat penganjur kerana telah berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak RM150ribu untuk tabung membantu mangsa barah payudara. Turut hadir adalah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan isteri, Sultanah Pahang Sultanah Kalsom.

Dimulakan dengan nyanyian dari Atilia, kemudian Donne Ray Radford dan diakhiri dengan persembahan satu jam dari Dato’ Siti Nurhaliza yang membawakan tujuh buah lagu dalam irama jazz. Satu kelainan. Dewan menjadi gamat dengan tepukan apabila Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Yuna yang juga anak kelahiran Pahang, lagu berjudul Terukir Di Bintang dan lagu Adele, Skyfall.

Gambar Siti Nurhaliza di Malam Gala Pink Jazzy Affair

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ummi Nazeera Nafi Kahwin Tahun Depan

Liputan Eksklusif Perkahwinan Ella dan Azhar