in ,

Gambar Siti Nurhaliza di Malam Amal Tahajjud Cinta

DETIK MENJELANG MALAM AMAL TAHAJJUD CINTA HADIAH DARI HATI DATO’ SITI NURHALIZA

Pada jam 8 malam ini, bertempat di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, Dato’ Siti Nurhaliza, Selebriti Sokongan Reben Merah Yayasan AIDS Malaysia telah menjayakan program Malam Amal Tahajjud Cinta, sebuah majlis makan malam amal bagi membantu Orang Yang Hidup Dengan HIV.

Budiey dikhabarkan Lelong Amal Tudung Fareeda rekaan Siti Nurhaliza dibida pada harga RM 1100.

[dropcap]M[/dropcap]ajlis ini bertujuan meraih dana untuk mengisi tabung amal dua pertubuhan kebajikan, Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia. Kutipan dana menerusi penjualan meja akan dimanfaatkan untuk pembinaan sebuah rumah perlindungan untuk kaum wanita dan kanak- kanak yang hidup dengan HIV di negeri Kelantan, selain untuk usaha-usaha meningkatkan pemahaman masyarakat tentang HIV/AIDS.

Dato’ Siti Nurhaliza menjelaskan

“Perjuangan orang yang hidup dengan HIV sememangnya dekat di hati Siti.Pembabitan dalam program Selebriti Sokongan Riben Merah Yayasan AIDS Malaysia semenjak tahun 2009 telah banyak membuka mata Siti tentang realiti sebenar HIV dan AIDS. Insya-Allah, jika diberikan peluang, Siti berhasrat untuk meneruskan lagi sumbangan yang tidak seberapa ini. Inilah hadiah ikhlas daripada hati Siti.”

Di sebalik program amal ini Malam Amal Tahajjud Cinta menjanjikan pengisian majlis yang unik; buat julung-julung kalinya, Dato’ Siti Nurhaliza akan menyampaikan lagu-lagu berunsurkan kerohanian yang dipetik daripada album Tahajjud Cinta (2009) selain lagu-lagu popular pilihan yang akan diberikan gubahan dan pengertian yang baru.

Persembahan beliau akan diiringi oleh alunan muzik kumpulan Mohram, dan susunan muzik yang istimewa oleh Aubrey Suwito. Hadirin turut dihiburkan oleh persembahan penyanyi bersuara lantang, Bob Yusof dan alunan instrumental seruling dari Muhram.

Dato’ Siti Nurhaliza turut mengundang Bob Yusof untuk berduet dengan beliau mengalunkan lagu KepadaMu Kekasih.

Gambar kredit dari Instagram Siti Nurhaliza & pengurusnya, Kak Rozi Sang Dewi.

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Penjualan meja Malam Amal Tahajjud Cinta kini sedang rancak berlangsung. Meja-meja yang berharga RM 10,000 bagi Kategori Emas dan RM7,000 bagi Kategori Perak masih boleh ditempah menerusi Yayasan AIDS Malaysia. Kesemua pembelian meja Malam Amal Tahajjud Cinta layak menerima resit pengecualian cukai.

FAREEDA, pereka tudung dan busana Muslimah terkemuka, ialah penaja utama majlis Malam Amal Tahajjud Cinta manakala Grand Hyatt Kuala Lumpur pula merupakan hotel rasmi untuk majlis amal berkenaan.

FAREEDA merupakan pengeluar rekaan tudung eksklusif nombor 1 di Malaysia. Hasil kreativiti pengasas FAREEDA House of Scarf, Faridah Zakaria, setiap tudung ciptaan FAREEDA bukan sahaja berfungsi sebagai penutup aurat wanita tetapi turut menjadi penyeri kepada penampilan mereka. FAREEDA menghasilkan rekaan tudung yang bukan sahaja berkualiti tinggi dan cantik malah mudah digayakan.

Gambar Siti Nurhaliza di Malam Amal Tahajjud Cinta

Tentang Yayasan AIDS Malaysia
Yayasan AIDS Malaysia (YAM) ditubuhkan pada tahun 1992 untuk meraih dana dan menguruskan sumber daya untuk menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Majlis AIDS Malaysia dan Ahli-Ahli Gabungan. YAM dinaungi oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia. YAM menjalankan aktiviti bagi mengawal penularan jangkitan HIV di Malaysia, meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai HIV & AIDS, memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang hidup dengan HIV, membantu kanak-kanak yatim, wanita-wanita dan orang dewasa yang hidup dengan HIV, menjaga hak serta memberi bantuan kepada mereka yang hidup dengan HIV.

Tentang Yayasan Ihtimam Malaysia
Yayasan Ihtimam Malaysia merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan dan diperakui secara rasmi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada tahun 2012. Fokus perjuangan Yayasan Ihtimam Malaysia adalah pembelaan untuk masyarakat Islam yang terpinggir seperti golongan ibu tunggal, golongan miskin tegar, warga emas yang terabai, remaja yang terlibat dalam kes-kes juvana serta mereka yang terjejas akibat daripada masalah sosial dan kesihatan awam seperti HIV dan AIDS. Selain itu Yayasan Ihtimam Malaysia juga bertindak sebagai penaung kepada NGO-NGO Islam yang turut sama menawarkan sokongan, bantuan dan jagaan untuk kumpulan sasaran yang serupa. Segala usaha yang dijalankan oleh Yayasan Ihtimam Malaysia adalah berteraskan kepada pendekatan Islam serta selari dengan Pelan Strategik JAKIM 2011 – 2014.

Tentang Grand Hyatt Kuala Lumpur
Grand Hyatt Kuala Lumpur, sebuah hotel yang terdiri daripada 412 bilik penginapan, terletak dalam Menara Darussalam yang juga mengandungi ruang pejabat antara aras 3 dan 15. Bertempat di Jalan Pinang dan bersebelahan dengan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hotel ini juga menampilkan bilik-bilik penginapan aras permulaan seluas 47 meter persegi, SkyLobby untuk menikmati pemandangan panoramik Menara Berkembar Petronas dan latar langit bandar raya, tiga pilihan tempat untuk menikmati makanan dan minuman, enam tempat unik untuk mengadakan mesyuarat dan acara, selain terapi spa untuk menghilangkan stress dan meningkatkan kesegaran tubuh. Untuk tempahan, sila hubungi Grand Hyatt Kuala Lumpur di talian +603 2182 1234 atau layari www.kualalumpur.grand.hyatt.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Titan Ungguli Kumpulan B Persaingan Pertama Bintang Mencari Bintang

CN BLUE Bakal Gegarkan Konsert Pertama Blue Moon 2013 World Tour di Malaysia