in ,

Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Doa Selamat SimplySiti 2011

Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Doa Selamat & Majlis Berbuka Puasa SimplySiti 2011

Tanpa solekan yang tebal, pelantun lagu Kau Kekasihku ini tampil dengan jubah serba hitam lengkap dengan tudung. Sangat simple dan sederhana, sesuai dengan majlis doa selamat yang diadakan pula di Masjid Wilayah.

Perkhabaran terbaru, Siti Nurhaliza akan terbang ke Mekah untuk mengerjakan umrah bersama suaminya, Datuk Khalid pada 19 Ogos hingga 28 Ogos ini. Dari saat pertama mengerjakan umrah pada tahun 1997 sehinggalah tahun ini, Siti pasti tak mahu ketinggalan untuk merasakan ketenangan melakukan ibadah di Tanah Suci.

Siti Nurhaliza

Ramadan ini, ada dugaan menguji SimplySiti yang pastinya bagi Siti ada hikmah tersendiri. Namun, segala persoalan dah terjawab di mana produk SimplySiti adalah halal dan ia diperakhui sah oleh JAKIM. SimplySiti tiada kena mengena dengan tuduhan yang disebarkan di blog-blog & di internet. Kini, Siti Nurhaliza boleh menarik nafas lega kerana isu ini telah diselesaikan dengan baik. Namun, memang kesian jugak la sebab memang isu ini memberi kesan juga kepada Siti. Katanya, ada pengguna yang telah membuang segala produk SimplySiti setelah mendengar dan membaca tentangnya di internet. Mmm… sampai macam tu sekali ya. JAKIM juga sangat kesal dengan hal ini. Memang sangat sukar ya untuk dapatkan pengesahan halal dari JAKIM ni, bukan sesuatu yang sangat senang.

Ramadan tahun ini, selain sibuk dengan rangka promosi SimplySiti, penyanyi yang akan melancarkan album Inggeris pada 9-9-2011 ini juga turut terlibat dengan tiga buah program raya di TV.

Pada tahun ini, Siti Nurhaliza akan menyambut hari raya pertama di rumah suaminya di Sungai Petani. Seperti yang sedia maklum, beliau dan suami pastinya akan bersolat raya di Masjid Al-Khalidiah di Permatang Pasir Sungai Petani, Kedah yang telah pun siap sepenuhnya. Masjid ini dibina oleh Siti bersama suaminya pastinya menggembirakan penduduk setempat. Masjid ini dibangunkan oleh Yayasan Nurjiwa, telah disempurnakan pelancarannya oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sekitar awal tahun ini.

Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan pada 21 Ogos 2006 adalah satu badan kebajikan yang diilhamkan oleh pasangan suami isteri, Siti Nurhaliza & Datuk K. Ia bertanggungjawab untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim dan juga mangsa bencana alam. Yayasan itu turut berfungsi dalam pembangunan agama khasnya pembinaan serta baik pulih masjid dan surau terutamanya di kawasan kampung-kampung.

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui kehidupannya tidak akan lengkap jika dia tidak menunaikan umrah setiap kali menjelangnya bulan Ramadan. Siti berkata, dia mula merindui Mekah selepas kali pertama menjejakkan kaki pada tahun 1997 kerana merasakan banyak ketenangan dapat diperoleh apabila melakukan umrah.

“Saya rasa bulan Ramadan saya seperti tidak lengkap jika tidak ke sana (Mekah) Saya merasai suasana yang berbeza setiap kali berada di sana pada bulan yang berbeza. Tetapi pahala lebih berganda jika kita mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan berbanding bulan biasa,” kata Siti yang juga telah mengerjakan haji pada awal tahun 2008.

Siti ditemui ketika majlis doa selamat dan berbuka puasa anjuran SimplySiti di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, Selasa.

Penyanyi yang popular dengan lagu Tahajjud Cinta dan Destinasi Cinta itu akan mengerjakan umrah bersama-sama suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa pada 19 Ogos sehingga 28 Ogos ini. Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan ini di samping mempromosikan SimplySiti, dia tetap berkesempatan untuk melakukan umrah. Setiap kali ke sana, Siti sering mendoakan keberkatan dalam kehidupannya serta perkahwinan yang berkekalan sehingga akhir hayat.

“Saya rasakan perkahwinan yang dibina sejak lima tahun lalu seperti cepat sahaja berlalu. Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang dilalui dan berusaha memperbaiki diri untuk menjadi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik. Majlis pada hari ini (Selasa) mengimbau semula kenangan saya ketika dinikahkan dengan suami di masjid ini. Biasanya saya mengadakan majlis berbuka puasa di hotel tetapi kali ini saya rasa lebih sempurna diadakan di masjid. Saya juga mengambil berkat sempena bulan Ramadan ini untuk berkongsi rezeki SimplySiti dengan anak-anak yatim dan orang lain dengan harapan semoga perniagaan ini terus berjaya dan diberkati Allah,” ujarnya.

Siti juga berkata dia berharap semua pengguna SimplySiti tidak ragu-ragu dan keliru tentang pengesahan halal yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Saya merasakan dakwaan tentang produk keluaran SimplySiti tidak halal itu sebagai dugaan Ramadan dan pasti ada hikmahnya. Perkara tersebut telah pun berlaku dan memberikan kesan kepada penjualan produk tersebut. Tetapi setelah kami memberikan jawapan bahawa produk itu halal, ramai juga yang memberikan respons positif dan mengucapkan syukur,” ujarnya selaku Presiden SimplySiti.

Selain suaminya majlis tersebut turut dihadiri Ustaz Zamri selaku pengerusi majlis, penyanyi kumpulan Nowseeheart dan Yasin Sulaiman yang membuat persembahan nyanyian. via Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

It’s A Great Great World

Gambar Selebriti di Majlis Berbuka Puasa Astro 2011