Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Siti Nurhaliza di Koleksi Kraftan Raya Rizman Ruzaini



Bertempat Restoran Istana Bambu, Ampang pada 5 Ogos lalu telah diadakan pertunjukan fesyen Eid ul-fitri Kraftan terbaru rekaan pereka fesyen muda terkemuka negara, Rizman Ruzaini.

Diperkenalkan juga rekaan kraftan yang eksklusif direka untuk Dato’ Siti Nurhaliza, penyanyi yang menjadi pujaan pereka fesyen ini sejak 3 tahun lalu. Kraftan ini mendapat inspirasi dari busana masyarakat Timur Tengah.

Fesyen Rekaan Kraftan dijual pada harga RM2,500 hingga RM3,500. Sebanyak 20 pasang kaftan edisi terhad yang mula dijual pada Khamis lalu sempena majlis perasmiannya di butik Rizman Ruzaini Creations. Majlis tersebut dirasmikan oleh Siti sendiri dan dihadiri oleh selebriti seperti Nur Fazura, Nurul, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya.

Tidak dinafikan oleh kedua pereka fesyen ini, Siti Nurhaliza banyak menaikkan nama mereka sehingga mereka menjadi popular. Ternyata, di peringkat permulaan memang agak susah. Apatah lagi, untuk meminta Siti menyarung baju rekaan mereka. Tapi, setelah Siti melihat Ziana Zain memakai pakaian kami, terus dia tertarik untuk mencuba.

Dalam beberapa event dalam 3 tahun kebelakangan ini, ternyata Siti rasa selesa dengan rekaan Rizman Ruzaini dan fesyen yang ditampilkan oleh Siti menjadi trendsetter. Terutama sekali, serkup atau hiasan kepada yang dipakai oleh Siti semakin menjadi ikutan dan Rizman Ruzaini mendapat tempahan dari peminat.

Menceritakan pengalaman semasa buat rekaan pertama untuk Siti masa Anugerah Era 2007, Rizman Ruzaini sanggup menumpang rumah orang untuk menyiapkan baju tersebut.

Rizman Ruzaini akan terbang ke Paris pada 2 hingga 11 Disember untuk menghadiri Minggu Fesyen Paris. Best tuuu…

Tahniah buat Rizman Ruzaini.

Gambar kredit: Fanpage Rizman Ruzaini.

SITI NURHALIZA

Siti Nurhaliza

SITI NURHALIZA

Siti Nurhaliza

SITI NURHALIZA

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

SITI NURHALIZA

SITI NURHALIZA

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Siti Nurhaliza di Fashion Show Raya 5tars
  • Gambar Siti Nurhaliza di Anugerah Bintang Popular 2010
  • Gambar Siti Nurhaliza di Anugerah Juara Lagu 26
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Rakaman Teratak Siti Nurhaliza TV3
  • Gambar Siti Nurhaliza di Karpet Merah ABP 2007
  • Gambar Siti Nurhaliza di Karpet Merah ABPBH2011
  • Gambar Ziana Zain & Mohd di Rakaman Mentor Raya
  • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa SNP 2010
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza Ketika Persembahan Festival Filem Malaysia 21
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Karpet Merah FFM21



  • 10 Komen untuk entri “Gambar Siti Nurhaliza di Koleksi Kraftan Raya Rizman Ruzaini”

    1. kirana kata:

      baju hijau ni bkn bj yg sme ke dgn ziana zain pakai utk mentor raya….ct pn pnh pakai bj yg erra fazira dh pnh pakai…bkn nk kondem ct tp ct tlg la elert kit… designer tlg la jgn wat keje mcm ni..

    2. Luth Textile kata:

      baju kelawaq moden bro! haha

    3. Ada Mata PAKAI kata:

      ..KIRANA yg tak alert tu AWAK. Baik CT ZZ and RIZMAN, very the ALERT. Pegi tengok yg ZZ pakai kat MENTOR. The color very the sama BUT crystal kat depan baju n lengan tangan baju CT n ZZ, same ke!! Baca bismillah, BASOH MUKA, tengok betol2, sama tak…sebab kita ni org MELAYU part caci mencaci cari salah org lain mmg the No. 1…

    4. ct c2 cna cni kata:

      ‘Tapi, setelah Siti melihat Ziana Zain memakai pakaian kami, terus dia tertarik untuk mencuba’-rizman ruzaini

      ni designer punya statement yerr..
      hmmmmmmmmmmmmmmmmm

    5. keningku kata:

      ‘Tapi, setelah Siti melihat Ziana Zain memakai pakaian kami, terus dia tertarik untuk mencuba.’
      -statement drpd Rizman Ruzaini sendiri dan direlease oleh budiey.com sendiri..

    6. rasa kata:

      …dpt inspirasi dr baju tido kelawar….kihkihkih!…

    7. Ah Loy kata:

      wow…niceee…
      Thumbs Up to the designer….
      so creatif…

    8. Hamba Allah kata:

      Kalau pakai baju camni nak g party2 @ event2 yg grand, oklah….tapi kalau nak g kenduri kawen anak jiran sebelah pakai baju yg sehelai dah cecah RM2,500 ke atas….tak payahlah haiii…..
      Anyway, CT dan ZZ mmg sesuai sarung baju kaftan moden ni….

    9. syat kata:

      rekaan yg sgt menarik.. saya teruja melihat kosep yg anda lakukan, lain dari yang lain..

    10. ayuni kata:

      hai saya sokong baju kelawar macam baju tidor ni tak sesuai dipertengahkan baju kelawar macam baju tidor tu pun tak sesuai di bawa tidor sebab bila angkat tangan nampak dalam tu sebenar nye baju ni tak sesuai lah di pakai baju kelawar yang rizman buat ni tak tahu nak dipakai kemajlis apa kalau nak pergi kenduri ke atau majlis tea atau majlis makan malam pun tak sesuai sebab susah nak makan tentu tentu tangan baju masuk mangkok kuah erti kata susah lah memang cantik tetapi menyusahkan untuk menjadi ikutan orang2 yang
      nak cuba pakai reka lah benda lain yang bolih mengingatkan kita zaman2 tahun 50an 60an 70an seterusnya tapi kirana sibuk sibuk nak komen rizman tu kenapa kenapa awak tak cuba yang baru makin lama tengalam nama kirana tu bangun dari tidor lah

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK