Gambar Siti Nurhaliza di Karpet Merah, Annual Grammy Awards Ke-49

Anggun & Bergaya

Prestij & Gemilang
Siti keluar dari limosin yang tiba di perkarangan dewan. Kemudian dia dilihat beramah mesra dengan artis terkenal Sony BMG seperti Beyonce, Jessica Simpsons, John Mayor dan Dixie Chicks.

Terkenal & Glamour?

Berseri & cantik

Manja & Ayu
Sebelum meneruskan bicara, Budiey ingin memberikan kredit kepada Star World & Channel [V] atas kiriman 5 keping gambar eksklusif ini. Juga terima kasih kepada Klubbkidd atas kesudian merealisasikan gambar-gambar ini masuk ke kotak email saya.
Gambar: Tanggal 11 Februari lalu adalah menjadi detik-detik manis bagi Datuk Siti Nurhaliza di mana beliau pertama kali dapat merasa untuk ‘bersiar-siar’ di acara karpet merah Anugerah Grammy ke-49 di Staples Center, Los Angeles. Memang nampak glamour sungguh Datuk Siti Nurhaliza.
Cantikkan Siti Nurhaliza dengan pakaian yang direka Datuk Bernard Chandran nih? Memang anggun dan menawan dengan warna tema hitam putih. Siti memang sesuai pakai apa sahaja. Labuci yang dijahit berangkai-rangkai menyerlahkan lagi kejelitaan Siti. Juga reben hitam yang diselit di lengan baju juga menambah daya feminine Siti. Itu kata saya. Anda pula bagaimana?

Datuk Siti Nurhaliza kelihatan ditemani oleh suaminya, Datuk Khalid yang mengenakan suit kot warna hitam dan berbaju putih lengkap dengan ‘riben’ yang diikat di leher. Selepas acara anugerah, Datuk Siti Nurhaliza juga menghadiri post party yang diadakan di Beverly Hills anjuran Sony BMG.

Jom kita zoom in…

Labuci ke butang baju? Ops!
Hari ini, saya mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada pembaca juga kenalan. Ada yang kata, busana hitam putih cap Chanel ini terlalu ringkas untuk seorang bintang pop terkenal di Asia. Ada yang kata simplenya macam nak pergi makan di warong mamak. Ada yang kata labuci yang dijahit tu macam menyemak mata memandang. Ada yang kata Siti terlalu over rated… sakit hati je saya dengar…
Tapi bagi Budiey, kalau anda tidak pandai berfesyen dan tidak tahu tentang dunia fesyen terkini, tolong jangan komen. Tetapi itu pendapat anda, saya hormati. Apa sahaja yang anda kata, Siti memang layak dilayan sebegini eksklusif. Berbaloi dengan status Siti dan usaha beliau selama ini.
Menyaksikan acara paling berprestij di dunia merupakan hadiah yang tidak diduga oleh Siti Nurhaliza. Asalnya, Siti terpilih sebagai Artis Berpakaian Paling Cantik di acara Ritz Carlton “Breakfast With The Stars” yang ditaja khas oleh Star World. Sebagai hadiahnya Siti Nurhaliza memenangi dua tiket ke anugerah tersebut. Beruntungkan jadi Siti Nurhaliza?
Kain busana yang dipakai Siti ini dibeli oleh Siti sendiri ketika bercuti di London tidak lama dulu. Memang mahal harganya. Nampak macam biasa kan? Biasanya, saya lihat ramai selebriti mengenakan pakaian yang simple tapi nampak seksi. Takkanlah Siti nak mengenakan pakaian seperti mereka yang berkemban tu kan. Jadi, pakaian kena ada juga unsur-unsur ketimuran dan simbol kesopanan bangsa Malaysia. Tak gitu?
Apa pula kata anda?
p/s: Dapatkah Siti Nurhaliza bertemu dengan idolanya, Celine Dion? Siapa nak jawab angkat tangan…
Untuk gambar Siti Nurhaliza yang lebih BESAR, klik budifoto.blogspot.com
[tags]AIM, artis, Asia, Ayu, oscars, awards, Beyonce, blog Budiey, dap, Datuk Khalid, Datuk Siti Nurhaliza, Ebi, eksklusif, fesyen, flickr, foto, Gambar bogel, gambar mandi, gambar siti nurhaliza, Malaysia, MAS, Mila, Pembaca, RB seks, Seksi, selebriti video, Siti Nurhaliza songs, sitizone.com, status, TV USA[/tags]
Tags: Anugerah Grammy, Beyonce, Fesyen, Foto Artis, Siti Nurhaliza
Tags: Anugerah Grammy, Beyonce, Fesyen, Foto Artis, Siti Nurhaliza, AIM, artis, Asia, awards, Ayu, blog Budiey, dap, Datuk Khalid, Datuk Siti Nurhaliza, Ebi, eksklusif, fesyen, flickr, foto, Gambar bogel, gambar mandi, gambar siti nurhaliza, Malaysia, MAS, Mila, oscars, Pembaca, RB seks, Seksi, selebriti video, Siti Nurhaliza songs, sitizone.com, status, TV USAClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:




Pingback: ilusiromantika » Blog Archive » Orang Malaysia di Grammy Awards