Gambar Siti Nurhaliza di Karpet Merah, Annual Grammy Awards Ke-49

Anggun & Bergaya

Prestij & Gemilang
Siti keluar dari limosin yang tiba di perkarangan dewan. Kemudian dia dilihat beramah mesra dengan artis terkenal Sony BMG seperti Beyonce, Jessica Simpsons, John Mayor dan Dixie Chicks.

Terkenal & Glamour?

Berseri & cantik

Manja & Ayu
Sebelum meneruskan bicara, Budiey ingin memberikan kredit kepada Star World & Channel [V] atas kiriman 5 keping gambar eksklusif ini. Juga terima kasih kepada Klubbkidd atas kesudian merealisasikan gambar-gambar ini masuk ke kotak email saya.
Gambar: Tanggal 11 Februari lalu adalah menjadi detik-detik manis bagi Datuk Siti Nurhaliza di mana beliau pertama kali dapat merasa untuk ‘bersiar-siar’ di acara karpet merah Anugerah Grammy ke-49 di Staples Center, Los Angeles. Memang nampak glamour sungguh Datuk Siti Nurhaliza.
Cantikkan Siti Nurhaliza dengan pakaian yang direka Datuk Bernard Chandran nih? Memang anggun dan menawan dengan warna tema hitam putih. Siti memang sesuai pakai apa sahaja. Labuci yang dijahit berangkai-rangkai menyerlahkan lagi kejelitaan Siti. Juga reben hitam yang diselit di lengan baju juga menambah daya feminine Siti. Itu kata saya. Anda pula bagaimana?

Datuk Siti Nurhaliza kelihatan ditemani oleh suaminya, Datuk Khalid yang mengenakan suit kot warna hitam dan berbaju putih lengkap dengan ‘riben’ yang diikat di leher. Selepas acara anugerah, Datuk Siti Nurhaliza juga menghadiri post party yang diadakan di Beverly Hills anjuran Sony BMG.

Jom kita zoom in…

Labuci ke butang baju? Ops!
Hari ini, saya mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada pembaca juga kenalan. Ada yang kata, busana hitam putih cap Chanel ini terlalu ringkas untuk seorang bintang pop terkenal di Asia. Ada yang kata simplenya macam nak pergi makan di warong mamak. Ada yang kata labuci yang dijahit tu macam menyemak mata memandang. Ada yang kata Siti terlalu over rated… sakit hati je saya dengar…
Tapi bagi Budiey, kalau anda tidak pandai berfesyen dan tidak tahu tentang dunia fesyen terkini, tolong jangan komen. Tetapi itu pendapat anda, saya hormati. Apa sahaja yang anda kata, Siti memang layak dilayan sebegini eksklusif. Berbaloi dengan status Siti dan usaha beliau selama ini.
Menyaksikan acara paling berprestij di dunia merupakan hadiah yang tidak diduga oleh Siti Nurhaliza. Asalnya, Siti terpilih sebagai Artis Berpakaian Paling Cantik di acara Ritz Carlton “Breakfast With The Stars” yang ditaja khas oleh Star World. Sebagai hadiahnya Siti Nurhaliza memenangi dua tiket ke anugerah tersebut. Beruntungkan jadi Siti Nurhaliza?
Kain busana yang dipakai Siti ini dibeli oleh Siti sendiri ketika bercuti di London tidak lama dulu. Memang mahal harganya. Nampak macam biasa kan? Biasanya, saya lihat ramai selebriti mengenakan pakaian yang simple tapi nampak seksi. Takkanlah Siti nak mengenakan pakaian seperti mereka yang berkemban tu kan. Jadi, pakaian kena ada juga unsur-unsur ketimuran dan simbol kesopanan bangsa Malaysia. Tak gitu?
Apa pula kata anda?
p/s: Dapatkah Siti Nurhaliza bertemu dengan idolanya, Celine Dion? Siapa nak jawab angkat tangan…
Untuk gambar Siti Nurhaliza yang lebih BESAR, klik budifoto.blogspot.com
Technorati Tags: AIM, artis, Asia, Ayu, oscars, awards, Beyonce, blog Budiey, dap, Datuk Khalid, Datuk Siti Nurhaliza, Ebi, eksklusif, fesyen, flickr, foto, Gambar bogel, gambar mandi, gambar siti nurhaliza, Malaysia, MAS, Mila, Pembaca, RB seks, Seksi, selebriti video, Siti Nurhaliza songs, sitizone.com, status, TV USA
Tags: Anugerah Grammy, Beyonce, Dixie Chicks, Fesyen, Foto Artis, Jessica Simpsons, John Mayor, Siti Nurhaliza, AIM, artis, Asia, awards, Ayu, blog Budiey, dap, Datuk Khalid, Datuk Siti Nurhaliza, Ebi, eksklusif, fesyen, flickr, foto, Gambar bogel, gambar mandi, gambar siti nurhaliza, Malaysia, MAS, Mila, oscars, Pembaca, RB seks, Seksi, selebriti video, Siti Nurhaliza songs, sitizone.com, status, TV USABaca artikel lain yang berkaitan:













February 15th, 2007 at 4:50 am
salam Budiey…awak tanya pendapat org, tapi bila org bagi pendapat yang tidak semestinya dari pakar fesyen..awk ckp kalau tak tau jgn komen….lepas tu apa org ckp buat awak sakit hati…so awak hanya mahu baca komen yang menyedapkan hati awak saja atau komen yang sependapat dgn awak saja??
“tapi..ini blog aku..ikut suka aku la kan nak tulis apa”
itu jawapan klise yang selalu di baca….apa pun terimakasih atas info dari awak.
p/s saya bukan pakar komen sbb saya bukan blogger top..hahaha…ampon Budiey
February 15th, 2007 at 1:38 pm
Hi…. I love CT…..
Will alwayz support her…!!
February 15th, 2007 at 7:40 pm
pendapat saya…..baju siti cantik, kemas, anggun & saya suka compare dgn baju2 yg dia pki dlm bbrp event yg lepas. tak nampak gemuk pun saya ingat siti dh lost her touch in fashion lepas kawin.
saya tengok grammy award tu. Best ker? Ntah sbb tak ada minat mn2 artis sana pun. rasa2nya baju siti lg cantik dr baju hos tu :).
February 15th, 2007 at 8:07 pm
Hai Budiey
sensitifnya Budiey jika ada negative comment pasal Siti. You are the great fan for her. Bagi akak kg, baju siti tu ok ler..sesuai dgn Siti, org Melayu. Takkan nak pakai fesyen baju tak cukup kain tu…
Tertanya juga bila siti di post party tu, takkan dia tengok aje org lain makan dan minum..berbaik sangka.. mungkin juga dia hanya memenuhi jemputan sambil mencari peluang beramah mesra degan bintang2 grammy di majlis tu…
Apa-apa aje ler….
February 16th, 2007 at 12:27 pm
[...] [via Sensasi Selebriti] [...]
February 17th, 2007 at 3:32 pm
urk
February 18th, 2007 at 3:45 pm
erk.. erm.. nice zoom…
February 19th, 2007 at 6:42 pm
dia ade pembawakan diri n show high attitude..tp bj tu yg em..agak rosak la…bernard can do more than this..membawa imej seorg wanita melayu n dr malaysia, she should consider about her dress..bkn jd mcm watak sesame street..
February 19th, 2007 at 9:59 pm
Saya rasa Datuk Bernard Chandran seorg pereka yang exclusive…
February 19th, 2007 at 11:58 pm
sape ada bukti in video ke apa ke proof to me ..tunjuk gambar siti masa jalan atas red carpet ngn artis..yg kat atas tu sume dia posiing atas red carpet bukan jalan b4 acara..aku tgk kat itv uk takde der dia jalan..kalu ada letak video klip ke apa ke yg membuktikan dia berjalan atas red carpet ngn international artis bg aku percaya…come on ..and tunjukkan gmbr n video cam ke apa ke menunjukkan dia beramah ngn mana2 international artis n aku nk dgr iterviewer dia ngn mana2 stesen tv..dah ada bukti br leh ckp byk..ada berani..tunjuklah..jgn gmbr atas tu sume posing..tak heran..
February 23rd, 2007 at 4:15 pm
salam, saya mmg minat kat siti…
tapi mmg baju tu dan penampilan tu mcm sederhana sangat.. makeup pun macam tak nak makeup jer… mungkin siti ada plan dia tersendiri nak makeup cair2 tk nmpk over kat majlis orang .. tp comeon lah you mmg pandai bergaya siti , dan selalu nampak bergaya so bile you buat pudar2 gitu .. mmg obvious sangat….
tapi still i give 4 stars
February 25th, 2007 at 2:06 pm
pe la cantik pe baju ct2……..
February 25th, 2007 at 2:59 pm
baju nmpak simple..memanglah unsur ketimuran..tapi macam tiada rekaan lain lagi ke kat malaysia yg lbih gah se gah majlis tu..make up pun sederhana..sy lbih minat ct mase die perform same sharifah aini n misha..baru nampak cam bintang..tak heranlah kalau ade orang ckp ct mcm artis kampung..lagipun ramai artis yang nak kesana tp x kesampaian..jgn x tahu, dgn cara ini orang luar akan tertarik pada negara kite, klau dah cntik, mesti orng tanye..eh? sapetu? darimana? …takkan macamtu..pade ct laen kali refer pada pakar fesyen ye..bkn utk canti diri sendiri tp untuk career ct dan negare..neway..caiyuk ct.
March 8th, 2007 at 2:43 pm
napa ct tak pakai baju ala-ala kebaya moden ciptaan pereka2 kita yang terkenal, kot2 mat salih & minah salih sana lebih trpukau melihat keanggunan ct yang memang cantik memakai pakaian tersebut seperti masa ct buat konsert di albert hall, london dan mungkin akan nmpk kelainan sikit dari fesyen minah salih yang sexy maxy tu…
March 19th, 2007 at 12:02 pm
baju tu cantik tapi kenapa setakat pinggang aja labuci nya. Tak nampak eklusivelah.. Kain dia tak ada apake? hiasannya. Ekslusive tak semestinya seksi Oi… Tak dedah pun tak apa.. rambut pun boleh di dandan nampak seksi. Bibir etc…
June 18th, 2007 at 11:33 am
aiyoo kak ct. makin cun r sejak b’gelar dato’ dan kawen nagan dato’. semoge epi n berbahgia dan dpt baby comel cm echa. hehehe
September 20th, 2007 at 12:33 pm
dhler tue…..yg korang sume nk komen2 sal bju ct tue buat pe??myusahkn diri jer..baik cite yg baik2 jer..
September 20th, 2007 at 3:36 pm
kala bisa nie yee
saran tuk pereka
coba you ganti labuci dengan payet berhias emas
denga motif dedaunan
dan kalau bisa kasih deh bahagian pinggang
denga belt rajut dari perak bermotif bintang
dan pada bahagian pertemuan kepalanye kasih hiasan berwarna yang berjuntaiiiii….
mungkin siti tampak ayu dan meyerlah
November 8th, 2007 at 1:44 am
ak sokong ngn ‘AKU KATA’..jgn mrh budiey..ak pn ad dgr org kate..die just posing je kt red carpet..n xyahla cerita beria2 sgt..n kalo btl la die ad beramah mesra ngn selebriti kt sane..nape xwat video..kami kt cni nk tgk gak..haha..jgn mrh..
November 23rd, 2007 at 3:15 am
baju cantik, simple and nice..tapi not outstanding..Siti nampak lawa. Betol la bile ada orang komen baju ni x brape sesuai untuk penyanyi popular Asia..Hey, Siti ni ranking die no. 2 popular tau di Asia selepas Jay Chou (source: Channel [V])…Siti memang cantik time ni tapi bagi aku Siti kena upgrade kan sket ‘cantik’ tu…biar photg kat situ tertanya2 sape la orang Asia yg lawa tu…
Kesimpulan : Cantik, menarik tapi kurang menyerlah..
p.s: Datuk K, next time wear something else, k? That cowboy bow looked OMG..horrible. Pakai tux je nak selamat. Or pakai tie biase.
December 3rd, 2007 at 8:12 pm
ct2..cun tol!huhu..ak mnat die la..tp mcm2 ak dgr bnda2 xelok sal die..bia ar die ngan khdpn die..jnji die epy!kte doakn jela..huhu!!!jgn mrah..:-)
December 20th, 2007 at 1:56 pm
pakaian cantik..tapi org mcm x je…kah..kah..kah…
org sana kenal ke dia siapa..
December 31st, 2007 at 11:52 am
Artis yg BERABOK cakap OMPUTIH…mcm CAMELIA, SHARIFAH AINI..CHERYL SAMAD…JACLYN…tak kemanapun perginya…Pusing2 cari makan kat MALAYSIA.Album pun suam2 kuku…Tak berapa nak laku…
Tak payah lah nak kata CT yg lemah BI ni tak laku…Dalam pada dia tak pandai BI pun Royal Albert Hall masih beri peluang dia buat persembahan kat situ..Walaupun tak diundang malah dia yg MENAWARKAN diri..hakikatnya bukannya pihak RAH bagi permission macam tu aje…
Tak payah pegi jauh lah…Cuba tengok kat Malaysia..Berapa org je ARTIS WANITA yg mampu buat KONSERT SOLO??? SHEILA MAJID, ELLA, ZIANA ZAIN, SHARIFAH AINI dan DATUK CT>>YG lain2 tu TAK PERNAH MERASA biarpun dah berpuluh tahun menyanyi…Contoh macam UJI RASHID, AISHAH, NORA, RAMLAH RAM..FAUZIAH LATIFF, LIZA HANIM…DAYANG NURFAIZAH…Guna OTAK FIKIR SENDIRI
February 12th, 2008 at 3:31 pm
muka ct sama tau ngan muka i p i g lawa dri di u all x pena tgk i kan xx pa nti 1 ari i tunjuk muka i kt u all okkk
March 29th, 2008 at 11:46 am
Baju ni tak menaikkan seri Siti la…..warna hitam tu nampak macam suram je….siapa yg reka baju ni ?…tak lawa langsung….
May 25th, 2008 at 8:19 pm
ct ni patut pakai kebaya la or batik ke..baru aa elegan and lain dr yg lain
May 26th, 2008 at 5:28 am
sebenarnya kain kat london atau mana2 tidak le mahal. hanya kerana ia dr nama negara popular dah org anggap wah kain ni mahal dan bagus. kualitinya bila tgk balik adalah kain yg ada di jual di msia. yg mahal sebab ada manik, batu atau sulaman. mcm kes tok ti ni biasa je. tu huh yg budiey zoom tu bkn manik tapi mcm kepingan bentuk donat yg selalu dijait di kain2 ela dan tudung. kalau tak pandai jaga cepat tertanggal.
kita sebagai pengguna kena bijak sebenarnya. upah jait ke butik maybe tak sampai pun harga beribu.
May 26th, 2008 at 8:27 am
apa2 pun make up dia cantik…berseri…natural…
August 11th, 2008 at 4:00 pm
tipu la beramah mesra dgn beyonce…pooooooooorrrrrrrrrraaaaaaaahhhhh!
August 28th, 2008 at 4:57 pm
eleh ct ni LEBIH PADA HIPOKRIT JE…NK GLAMOR LEBIHHH.DPAT TITLE DATUK PUN NK SEGERA…MASA NK GI HAJI CKP PAS BALIK NK PAKAI TUDUNG TP ALIH PAKAI TUDUNG ALA2 MAK DATIN GITU..CHEHHH KALO XNAK PAKAI LG JNG. LA…… ……N…K….. …………………………………………………………………………………………………………………………………………
September 25th, 2008 at 10:47 am
psl kes ct ni korg heran pe..ct ni kya.org kya klu nk pki tdung msti kna tngu seru..xde seru xyah pki tdung..heran2..tngu seru dr mn errr..len ceta la yg mnynyi trkinja2 kt pentas,xyah pn tngu seru…jnji dpt duit..hrta duniawi brlambak pn klo kubur kata mari,plg2 kain putih je ko bw..
December 4th, 2008 at 1:41 pm
Biasa je baju ct…pandai ke ct nak beramah mesra ngan beyonce.Nanti lain yg di tanya lain yg ct jawab. he…he…
December 22nd, 2008 at 6:13 pm
kalo die labuhkan lagi kain dia mesti lagi ok
but kalo ikutkan bnyk lagi baju2 ct sblum nie yang lbih baik dri yg die pkai nie