in ,

Gambar Siti Nurhaliza di Cheong Gye Cheon Street

Jam 8 pagi, kami turun sarapan di restoran hotel Hamilton, di mana hidangan sarapan kami sudah tersedia di atas meja yang telah pun dikhaskan. Sangat ringkas, dengan hanya telur omlet, buah dan roti serta jem sahaja. Alhamdulilah sudah cukup mengenyangkan. Janji memberikan kami energi untuk berjalan-jalan seharian dah cukup.

Jam 9 pagi, kami dah pun berada di dalam bas. Di luar, cuaca hujan, jadi kami terpaksa meminjam payung dari hotel. Suhu mencecah 5 darjah selsius. Sangat cool. Sejuk giler beb! Memang nak kena pakai glove segala.

Destinasi pertama kami pada hari 23 November ialah Cheong Gye Cheon Street. Satu lokasi pelancongan yang tak asing. Kat sini, memang ada sejarahnya cuma Budiey pun tak sempat nak kaji secara mendalam lagi. Ada pameran, ada mini karnival dan kat sini ada sebatang anak sungai yang terkenal di mana pengunjung boleh melemparkan syiling sambil wish harapan masing-masing.

Jika korang datang ke Seoul, mamang Cheong Gye Cheon Street ini satu tempat kemestian. Mercu tandanya pun memang unik iaitu kulit siput yang berwarna unggu mencacak seperti kon.

Kebetulan pada masa kami datang, ada pameran fotografi yang diambil berpuluh tahun dahulu di mana menggambarkan kesengsaran mangsa perang. Sungguh sadis dan sayat hati kami tengok. Bendera-bendera juga dicacak bersama dengan gambar-gambar bernostalgia itu.

Selain bergambar di mercu tanda Cheong Gye Cheon Street yang tinggi mencanak itu, kami berjalan-jalan ke pinggir tebing sungai yang pastinya ada sejarah dan rahsia di sini. Dikatakan pada sesiapa yang ada hajat dan harapan, bolehlah pasang niat kat sini.

Oh ya, kami pun berkesempatan untuk melemparkan syiling di tempat yang disediakan khas. Termasuk juga Siti Nurhaliza rasanya korang juga tahu apa niat dan harapan yang dipahat dalam hati penyanyi ini sekian lama, kan? Hanya Tuhan yang tahu, dan semoga harapan itu menjadi kenyataan. Bukan apa, ini cuma satu ikhtiar dan sekadar ‘kasual’ sahaja bukan perkara mitos atau melihatkan perkara tahyul.

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza Dalam Bas Tour Korea

Gambar Siti Nurhaliza di Cheongwadae Sarangchae Korea