Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Sheera Iskandar Pelakon Drama Halimah Jongang & Siong



Budiey BlogJangan jangan jangan ku dipaksa

Tengok mukamu pun aku tak suka

Jangan jangan jangan kau jadi perigi

Yang mencari timba

Ha… ha… Halimah jongang

Jongang jongang jongang

Kau halimah jongang

Jongang jongang jongang

Halimah gigi jongang

Korang pernah dengar lagu nyanyian Eddie Hamid ni, Halimah Jongang? Sekarang lagu ni makin popular. Mungkin sebab iramanya sangat catchy dan ada nilai komedi. Siap ada yang buat ringtone & calleringtone kat henset pun ada. Budiey pun selalu jugak dengar masa promo drama siri ni kat Astro Prima. Sampai terikut-ikut nak hafal lirik.

Dan ini dia pelakon yang bawa watak Halimah bernama Sheera Iskandar atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar, tanpa memakai gigi jongangnya. Gambar ni diambil masa Sheera hadir di Majlis Ramah Mesra Pelakon Drama SIONG. Tinggi lampai orangnya.

Kelakar kan citer ni? Sesuai sangat la tu. Lagu ini jadi lagu tema drama Halimah Jongang. Kalau pembaca yang nak tengok, sila tekan saluran Astro Prima setiap malam Rabu jam 9.30 malam. Bak kata Raja Lawak, kelakar tak ingat! Masa Raja Lawak minggu ke-8 semalam pun, geng pelakon Halimah Jongang ada datang ke Studio Astro untuk memeriahkan suasana.

Masa tengok citer ni, sedih dan kesian pun ada bila nengok Halimah Jongang menyimpan rasa cinta sayangnya nak kat si Ali lakonan Pierre Andre. Tapi Ali ni pulak tergila-gila nak kat si Esah (lakonan Diya AF). Tapi malangnya, Esah & ibunya, Mak Dara (lakonan Aishah Tan) tak suka dengan Ali sebab dia takde pekerjaan tetap dan miskin.

Apabila Ali menyuarakan hasrat untuk meminang Esah, Mak Dara telah memberi syarat kepada Ali duit dalam akaunnyer sebanyak RM50 ribu kerana hantaran bagi Esah adalah RM25 ribu.

Demi cinta, Ali sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan cinta Esah. Ali buat pinjaman bank untuk memulakan perniagaan menternak kambing untuk mengumpul jumlah duit yang diperlukan. Sepanjang tempoh tersebut, Ali dibantu oleh Halimah Jongang ni. Hubungan mereka semakin rapat dan Halimah percaya Ali adalah cinta sejati dia. Malangnya, Ali tidak pernah menyedari kehadiran Halimah. Mungkin Halimah bergigi jongang, tiada daya tarikan fizikal untuk dibanggakan.

Selain Sheera Iskandar, drama yang ditulis oleh A. Aida & Zaini Kosnin ni turut dijayakan oleh Pierre Andre, Diya AF, Zaibo, Aishah Tan, Aznah Hamid dan ramai lagi.

Cakap pasal Sheera Iskandar, lakonan beliau dapat ditonton juga dalam drama slot Lagendo, SIONG yang disiarkan di TV3.

Jangan lupa saksikan Sheera pakai tudung dalam slot Lagenda setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang, sejak 15 Februari lalu. Lebih menarik, Sheera berlakon dengan ibunya, Aznah Hamid. Seperti dalam dunia realiti, mereka berlakon sebagai anak beranak dalam siri itu. Katanya, watak bertudung bukan masalah baginya kerana pernah melakonkan watak itu sebelum ini. Untuk watak Ria, dia memilih tudung Syria koleksi sendiri sebagai kelainan. Watak Ria menarik kerana luarannya dia nampak lembut tapi sebenarnya tegas dan sangat mementingkan menjaga diri dan ajaran agama. Ketegasannya ini diperlihatkan menerusi babak romantik dengan kekasih, lakonan Pierre Andre. Mereka tidak perlu mengucapkan kata-kata cinta atau berpegang tangan menunjukkan kemesraan, sebaliknya kasih sayang mereka ditampilkan melalui cara berbual dan riak wajah mereka.

Ramai masih tak tahu, sebenarnya Sheera ni anak kepada pelakon Aznah Hamid. Sheera bukan nama baru dalam industri sebab sebelum ini Sheera pernah berlakon tapi tu lah, banyak pula masalah dan kontroversi yang melanda.

Dulu, pernah sekali Sheera terima cek tendang dan upah lakonnya tak dibayar habis. Kadang-kadang, isu macam ni yang buat Sheera rasa geram dan sedih. Bukan satu, tapi setakat ni dah 2 kali Sheera ditipu oleh penerbit.

Masa pembikinan filem Datin Ghairah yang diarahkan sendiri oleh bapa tirinya, Sabree Fadzil, Sheera mendakwa dah jalankan tanggungjawabnya sebagai pelakon tapi 25% bayaran baki upah berlakon masih belum diterima. Sabar je lah eh!

sheera iskandar

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Drama Penunggu Gunung Raya & Siong TV3
  • A.Aida Terbitkan Drama Bersiri Halimah Jonggang Musim 2
  • Sekitar Sessi Ramah Mesra Bersama Pelakon SIONG
  • Selebriti di Pengumuman Hos Penyampai & Persembahan Artis ABP 2010
  • Gambar Anak Ellie Suriati dan Azri Iskandar
  • Drama Ahmad Albob Yang Punya di Slot Lagenda
  • Drama Online Terbaru Portal Gua JELMA Lakonan Naim Daniel
  • Yatt Hamzah & Sheera Iskandar Drama Kasih Dalam Madu Cinta
  • Watie Elite Dalam Nasi Goreng Ikan Sepat di TV2
  • Gossip: Elyana dan Ally Iskandar Dating Bercinta?



    • http://loketajaib.com JutawanGlamour

      best gak citer halimah jongang ni…klaka2…dan kdg simpati pun ada

    • Ah Loy

      cantik jugak dia ni tanpa gigi jongang tu ekk..

    • Zam

      Salam Siti Jarum,

      Saya berterima kasih kerana membela orang-orang bergigi jongang daripada dihina oleh penerbit drama/telefilem Halimah Jongang (HJ) yang tidak bertamadun.
      Terus terang saya dedahkan bahawa saya bergigi jongang. Anak saya ada dua orang bergigi jongang. Emak saya, pun bergigi jongang. Kami jadi begini kerana atas kehendak takdir ALLAH.
      Asbab duniawinya dikatakanlah sebagai faktor genetik dan lain-lain kegagalan biologi.

      Kecacatan ini bukan dipinta dan tidak menyusahkan hidup sesiapa pun. Tapi kenapa ada individu seperti A. Aida ini sanggup menghiris perasaan orang seperti kami.

      Dulu di sekolah, perkataan ‘jongang’ itu saya sangat benci. Saya akan mengamuk jika ada yang cuba menghina di atas kecacatan kecil ini. Ramai yang takut dan tidak berani mengeji. Kini timbul lagi individu yang mengeji tetapi saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka ada kuasa penyiaran yang sangat besar. Mereka menghina orang jongang secara terang-terangan dan meluas menerusi siaran televisyen biasa dan satelit. Saya tidak mampu berbuat apa-apa lagi.

      Kenyataan penerbit (A. Aida) bahawa tiada penghinaan kerana kami adalah sebahagian daripada masyarakat adalah amat tidak masuk akal. (http://layarebiu.blogspot.com/2009/04/396-bukan-hina-jongang-halimah-jongang.html). Kami tidak dapat menerima kenyataan bodoh seperti itu. Kami hanya cacat pada gigi, bukan cacat pada pemikiran. Mereka yang terlibat dengan penerbitan HJ inilah sebenarnya terencat otak. Mereka itu ialah penerbit, pengarah, pelakon, penulis lagu tema, dan peminat drama HJ! Saya ingin menegaskan, bahawa judul drama, judul lagu, senikata lagu dan watak Halimah (Sheera) amat menghina dan mengeji orang-orang bergigi jongang.

      Tapi mujurlah Siti Jarum menulis dan menghentam penerbitan drama ini pada 21 Feb 2010. Terima kasih sekali lagi. Sekurang-kurangnya kami rasa TERBELAlah juga. Saya harap melalui penulisan Siti, pak menteri yang berkaitan penyiaran dan kesopanan serta kesusilaan akan sedar aktiviti “penghinaan nyata” ini.

      Kesimpulannya, kesan daripada penayangan drama yang kurang ajar ini ialah:
      1) Kanak-kanak bergigi jongang sudah dibuli, disakat, dan dipermainkan di sekolah oleh teman-teman yang perasan sempurna sifat zahirnya.
      2) Kanak-kanak kecil secara automatik diajar menghina orang dengan menyanyi lagu tema HJ di depan orang jongang.
      3) Seluruh masyarakat Malaysia diajar menjadi tidak sensitif terhadap orang lain lagi.
      4) Orang jongang akan terus dihina dan diperbodohkan oleh penerbit-penerbit jahil seperti A. Aida.
      5) Jenis-jenis kecacatan yang lain juga bakal diguna sebagai bahan senda gurau oleh syarikat penerbitan filem.
      6) Drama Melayu akan menjadi wadah yang semakin kurang ajar.

      Begitulah kisahnya. Terima kasih sekali lagi daripada saya. Teruskanlah idea penulisan kritikan bernas lagi berapi anda seperti selalu.
      Jangan hiraukan kritikan daripada individu yang terencat otak.

      Sekian.

      - Zam, Jitra Kedah. (019-4911335)

    • deya

      sheera mmg cantik..suke sgt tgk halimah jogang.lakonan dia sgt brkesan..

    • TEPUNG TUKIR BANGGOL.wan mazzidi

      BIAR LAKONAN SAHAJA TAU.. TAHNIAH DAPAT MEMEGANG WATAK YANG SEDEMIKIAN RUPA

    • sya_qieyra

      betul, betul, betul…..
      sheera memang cantik n manis macam emak dia.
      lakonanan nya juga menjadi.

      teruskan usaha….

    • Zam

      Terima kasih Budiey kerana menyiarkan surat saya kepada Siti Jarum.

    • Reena Shah

      apasal lak nak terasa. baguslah pembikin drama ni at least bila org tgk drama taklah nak hina org jongang. take it as positive. dont take as negative. sesuatu perkara kalu dipandang negatif, maka negatif ia

    • Zam

      Tak semua orang akan berfikir positif tau, reena shah oii. Tau tak bahawa skrip drama itu dijadikan model atau contoh untuk mengutuk, mengeji dan menghina orang-orang yang jongang. Ia diguna terutamanya oleh budak-budak sekolah untuk menghina dan mempersenda rakan. Inilah realiti yang berlaku sekarang. Tujuan nak positif, tapi masyarakat akan ambil contoh negatif. Lagi satu nak tegaskan perkara ni ak kena batang hidung kau sendiri, bolehlah kau kata fikir secara positif. Cuba kena sebijik kat batang hidung kau, apa kau rasa? Fikir-fikirkanlah. Betulkan kembali sistem penilaian anda. Buat pertimbangan sewajarnya.

    • Zam

      Halimah Jongang menghina
      Oleh: sitijarum@utusan.com.my
      (PANCAINDERA, Ahad, 21 Februari 2010)
      SEBENARNYA Siti tak tau langsung tentang wujudnya drama bersiri Halimah Jongang. Tapi bila banyak e-mel melayang masuk sejak seminggu lalu yang marah-marah kepada orang yang membuat drama Halimah Jongang, Siti pun risik-risik dengan kawan-kawan. Memang benar ada drama berjudul Halimah Jongang. Lagu tema drama itu pun popular.
      Siti hanya menggeleng-geleng kepala macam tak percaya langsung ada produser atau pengarah drama yang sanggup menghina orang. Siti pasti kalau Siti tanya pengarah atau produser drama itu, dia orang mesti akan cakap, “ala ini drama komedi.” Bagi Siti tidak kiralah komedi atau apa, menjaja keburukan wajah orang adalah penghinaan.
      Masa kanak-kanak dulu ibu Siti selalu pesan, jangan sama sekali kita ketawakan orang yang berwajah buruk, cacat dan sebagainya. Ini kerana orang itu pun dikurniakan Tuhan, bukan kehendak dia. Siti pegang pesan itu hingga hari ini.
      Sebab itulah siti sangat menyampah dengan siri sitkom yang menjadikan orang cacat sebagai bahan lawak. Orang bisu, orang pekak dan orang buta semuanya dipermainkan dan penonton yang tidak berapa cerdik pun ketawalah.
      Begitu juga dengan Halimah Jongang, khabarnya rating drama bersiri ini tinggi memuncak. Dulu hanya sebuah telefilem saja, bila ada potensi menaikkan rating, dapat pula tawaran dijadikan siri. Adakah kita sanggup membiarkan fenomena mempersendakan sesama manusia ini berterusan dan yang ketawa macam mabuk todi bukan orang lain, orang Melayu juga.
      Siti tidak dapat membayangkan bagaimana ada sesetengah daripada kita (sama sekali bukan Siti) yang terhibur dengan mempersendakan orang. Siti sama sekali tidak faham orang yang macam ini. Adakah mempersendakan orang sudah dibolehkan dan menjadi satu prasyarat sebuah masyarakat Melayu yang bertamadun? Kalau tidak, masakan rating ini menjulang tinggi dan produsernya pula menerima khabar dengan gembira.
      Kalau orang tanya Siti, Siti akan kata Siti tak sanggup sama sekali untuk berbuat begitu. Produser drama ini tau tak bahawa setiap kali drama itu ke udara, orang –orang yang berwajah demikian akan terluka? Seperti kata satu pengirim kepada Siti, “Kalau nak cari rezeki dengan buat drama pun janganlah mempersendakan orang. Saya sangat terluka apabila kata-kata seperti Halimah Jongang… Halimah Jongang menjadi mainan di bibir kanak-kanak.”
      Siti percaya mereka yang jongang tentu tidak akan mengambil tindakan undang-undang kepada produser dan pengarah. Mereka hanya memendam luka yang tersiat dek kepala otak yang memikirkan duit semata-mata. Lebih menyayat hati khabarnya produser yang sama akan membuat drama Fatimah Juling pula selepas ini.
      Kepada produser dan pengarah yang bersekongkol dalam agenda mempersenda sesama manusia ini, gunakanlah bakat dan kemampuan anda dengan cara yang tidak menghiris hati orang. Banyak lagi cerita yang boleh ditulis, bak kata pujangga, ilham itu luasnya bagai lautan. Janganlah ambil jalan pintas buat Halimah Jongang. Anda mungkin boleh jadi jutawan tapi jangan lupa, itu adalah hasil kepedihan orang yang anda persendakan.

    • Zam

      Tolong hentikan Halimah Jongang
      Drama Halimah Jongang patut dihentikan tayangannya. Kenapa orang Melayu mudah sangat menjatuhkan maruah bangsanya sendiri? Bukankah kita ketahui setiap insan ada kelebihan dan ada keburukan yang tersendiri. Adakah insan yang bergigi seperti itu meminta untuk dilahirkan sedemikian rupa? Adakah satu kesalahan untuk hidup di muka bumi ini? Adakah satu dosa? Insan seperti ini bukan melakukan dosa sehingga mereka dicaci dan dihina.
      Drama yang ditayangkan memberi impak yang besar kepada para penonton. Di luar sana kes-kes seperti buli dan akhirnya bergaduh adalah berpunca dari faktor menghina orang. Tidak bolehkah rakyat Malaysia kita hidup dalam keadaan yang aman tanpa menghina dan mencaci? Hentikan mengata sesama sendiri. Jangan sesekali mencaci sesama manusia walaupun secara bergurau. Ingatlah setiap yang lahir ada keburukan dan kebaikan. Ayuh mari kita sama-sama renungkan, moga kita dihindari dari kesalahan tersebut.
      AL-ALIF, Pahang.
      (Tersiar dalam Pancaindera, 21 Februari 2010, ms:20, segmen BukanNakKata)

    • Reena Shah

      my kids suka sgt dgn drama halimah jongang. moga dapat diteruskan lagi siri ini. Keep up the good work A. Aida Productions

    • Hamba Allah

      Sabar Zam….
      Moga kesabaran anda akan dinilai oleh Ilahi 1 hari nanti….
      Kepada yg suka mengejek orang2 yg bergigi jongang tu, mungkin 1 hari nanti mereka akan dapat pasangan yg jongang @ juling ke, tak pun dapat anak yang sebegitu rupa! Bila orang dah ejek2 nanti, masa tu baru nak terasa!
      Walaupun saya ni tidak bergigi jongang, tapi bila pertama kali dengar lagu Halimah Jongang di radio, naik meluat pun ada! Bila ada jek lagu tu, terus saya tukar siaran radio. Drama ni pun saya tak pernah tgk. Mmgla orang akan kata ia drama komedi, ambil nilai positif, tapi dari drama tu la nanti wujudnya hina-menghina sesama sendiri! Nak2 budak2 zaman sekarang ni, bukannya boleh ditegur2! Fikir2kanlah….

    • Zam

      Tuan Hamba Allah. Terima kasih di atas ketulusan dan daya fikir anda yang masih sempurna. Syabas kerana anda mempunyai ‘sistem penilaian’ yang sangat adil. Itulah saudara, zaman teknologi penyiaran canggih sekarang ini, nilai-nilai mulia semakin terhakis. Banyak tipu dayanya. Yang batil dimomokkan sebagai mulia dan makin pula mahu ditegakkan. Yang hak kian dihakis dan disisihkan. Teruskan pemikiran mulia ini dan ajarkan kepada anak-anak anda dan mereka di sekeliling anda akan sifat mulia ini. Janganlah jadi ‘parents’ yang menurunkan sifat ‘tidak sensitif’ terhadap perasaan orang lain.

    • NONA

      sabor je la en. zam….rumah aku takde astro, so tak tgk la rancangan ni..kalo ada..mmm mungkin tgk jugak la kot…tapi yg pasti, kita jgn persendakan kekurangan org lain…tu yg selalu aku peringatkan kat anak2 aku….gigi aku tak la jongang, tp sususan gigi aku tk cantik dan ada satu batang gigi aku terjungkit sikit..malu gak..nasib baik bole cover dgn rupa aku yg cun sikit ni..hu hu..

    • Zam

      Ya Nona, sabar itu separuh dari iman. Hanya jika terkena batang hidung sendiri sahaja kot baru depa nak sensitif kot. Kalau tak terkena, gelaklah haaaa Gelak! Gelak! Masuklah dalam golongan penonton tak cerdik yang suka drama sampah Melayu.

    • Zam

      Ini sebahagian dari lirik lagu HJ: –

      “Jangan jangan jangan ku dipaksa, Tengok mukamu pun aku tak suka, Jangan jangan jangan kau jadi perigi, Yang mencari timba, Ha… ha… Halimah jongang, Jongang jongang jongang, Kau halimah jongang, Jongang jongang jongang, Halimah gigi jongang”

      Aku tak faham, kepala otak jenis apakah yang dimiliki oleh penulis lirik lagu ini???? Terang-terangan ia adalah penghinaan terhadap individu jongang terutamanya perempuan. Nak pulak perempuan itu betul-betul bernama Halimah dan jongang pula. Sungguh haru biru kehidupan si Halimah itu. Hanya penuis lirik yang tidak waras sahaja sanggup ‘mencipta’ lirik seperti itu. Haprak sungguh!

      Kemudian, lagi aku tak faham, ramai pula individu yang meminati lagu ini. Nak jadikan ‘caller ringtone’ dan macam-macam lagi. Tidak sensitif langsung. Yang penting keseronokan sahaja. Apa nak jadi terhadap orang lain, lantaklah. Itulah saja daya pemikiran mereka.

    • hello kitty

      x pnh nengok citer ni
      tp penah bbrapa kali dgr lagu temanya….
      w.pun sye x jongang tp lirik lagu tu betul2 buat sye rasa nak sepak muka penyanyi & penulis liriknye…

    • Bentayan Manjung

      Aper aper Ajer Lah……….. Pening Memikior nyer heheee….

    • Zam

      Hurmmm kitty pun faham maksud saya. Mudah ajer kan jika kita ada sensitiviti terhadap insan lain. Hidup aman sentosa. Semua bahagia. Akhir kata senyumlah selalu walupun sedang tidoooo… :) p

    • saya saja

      saya tak minat sangat, tp tgk la sekali sekala..
      yg saya dapat, sikit sebanyak org yang jongang akan terasa tersindir dan terhina.. sama juga kalau buat tema juling, gemuk, bisu.. mcm menggalakkan penghinaan terhadap kekurangan fizikal seseorang ..

      saya ni tak la jongang, tp bila saya gelak, mulut saya lebar, so nampak sebahagian besar gigi depan, .. bila org perli2 bab gigi atau buat lawak, saya mmg terasa yg amat… jd saya faham kalau mmg ada antara kita yg memang jongang..

      elok produser2 drama / filem pikirlah dan jaga la sensitiviti org lain.. nak jadikan alasan ‘realiti dlm masyarakat’ atau ‘ambik sebagai positif’ sapa pun leh bg statement tu…

    • Annestasia

      Kepada Reena Shah, jangan hanya mengambil berat unsur hiburan semata2, perlu menitikberatkan unsur kemanusiaan dan sosial juga. Skrip drama Halimah Jongang mungkin tidak berniat menghina orang yang bergigi jongang, tetapi tajuk drama dan lagu temanya agak sensitif dan impaknya agak besar kepada masyarakat. Mungkin kerana drama ini adalah drama komedi, ia banyak mendapat sambutan. Tetapi terdapat banyak drama2 komedi yang menjadikan isu2 seperti gemuk, juling dan sebagainya sebagai unsur komedi dalam penceritaannya, tetapi tidak menjadikan kekurangan tersebut sebagai tajuk utama, cuma menyuntik unsur2 tersebut sebagai komedi. Drama2 sebagini tetap mendapat sambutan, contohnya dalam Movie Senario (Unsur Gemuk). Drama serius seperti Manjalara juga mendapat banyak sambutan.
      Jadi isunya di sini, kenapa perlu dikomersialkan unsur2 kekurangan dan kecacatan tersebut demi untuk menaikkan satu2 drama atau filem?? Adakah ia perlu? Apakah rasional dan impaknya kepada masyarakat? Perkara ini mesti dititikberatkan dan dijadikan isu utama sebelum memilih tajuk dan tema sesebuah cerita. Perlulah lebih prihatin kepada sensitiviti masyarakat. Jangan terlalu pentingkan hiburan. Jika terhibur di atas kepedihan dan kelukaan orang, bukan satu hiburan yang baik. Umpama melihat orang yang terjatuh, lalu kita ketawa terbahak2. Bukankah sepatutnya kita menolong dia untuk berdiri semula? Tetapi itulah sikap masyarakat kita. Jadi, perlukah diburukkan lagi keadaan ini atau diperbaiki?
      Saya pernah juga menonton drama Halimah Jongang ini untuk melihat jalan ceritanya, tetapi tidak ke penghujungnya. Walaupun saya tidak memiliki kekurangan tersebut, tapi pada saya, tajuk drama ini dan lagu temanya yang begitu “catchy” sekali cukup berunsur penghinaan dan saya tidak akan sama sekali menyokong dengan menontonnya. Ia memang menjadi buah mulut dan siulan orang, walaupun orang2 yang tidak mengikuti episod drama tersebut.
      Nasihat saya kepada Reena Shah dan semua yang sependapat dengannya, janganlah kita membiarkan anak2 kita menjadikan kecacatan dan kekurangan orang lain sebagai hiburan. Banyak lagi hiburan2 lain yang mendatangkan kebaikan dan pengajaran. Didiklah anak2 kita untuk menghormati orang. Mungkin Reena dan anak2 tidak memiliki kekurangan tersebut, oleh itu anda tidak merasa kekok, melatah dan tertekan. Tetapi bayangkan kanak2 lain dan wanita2 lain yang memiliki kekurangan tersebut (kerana wanita lebih sensitif dari lelaki). Kita sepatutnya lebih prihatin dan bersikap adil kepada mereka. Try to put yourself into their shoes…
      Hiburan datang dari pelbagai unsur. Unsur sihat dan tidak sihat. Berhibur dari unsur yang tidak sihat memudaratkan dan mendatangkan keburukan dan keruntuhan akhlak. Sama seperti parti liar dan kelab malam. Jika kita melatah kerana akhlak anak2 yang makin runtuh, tanya diri kita sendiri. Apa yang telah kita ajar dan terapkan dalam diri anak2 kita? Adakah cukup dengan mengharapkan institusi pendidikan dan kerajaan semata2? Renung-renungkan lah… Semakin banyak hiburan2 di tv dan internet yang kurang berfaedah. Sebagai ibubapa hendaklah mengetahui dan memilih apa yang terbaik untuk anak2 kita. Wallahualam…

    • Hamba Allah

      Elok kalau penerbit/penulis lirik ni disekolahkan ajer….amik subjek “Moral” sekali lagi! Baru depa ada sensitiviti thdp org lain kot!?

    • Aida_Senget

      Betul seperti kata Kak Kiah dari Putrajaya, buat ajer drama & lagu tema berjudul AIDA JONGANG, baru tepat!. Biar dia dibadutkan secara meluas dalam TV. Biar dia tahu apa perasaannya dipersendakan seperti itu.

    • Aida_Jongang

      Kalau betul Si Aida Jongang ini jujur dan tidak mahu menghina orang jongang, kenapa senikata lagu itu ditulis dalam bentuk mengeji si Halimah Jongang (HJ)? Cuba kau baca elok-elok senikata tu wahai Aida Jongang oii. Kau ni buta huruf kot? Sepatutnya jika tidak mahu menghina, lirik itu harus dalam bentuk memuji si Halimah. Ini tidak. Kau hentam dia cukup-cukup, sampai tekeluar bait ‘tengok muka pun tak suka’. Apa kejadah ni wahai Aida Jongang?

      Kau kata kau ada kawan seperti HJ tu. Ini bermakna kau menghina kawan kau sekali ler. Kawan kau tu dungu, boleh ler kau kutuk dia dengan lagu tema Halimah Jongang tu. Apa jenis kawan la kau ni Aida Jongang oii??

    • Eddie_Hamid_Jongang

      Eddie Hamid, ko lagi satu orang tak pakai kepala otak. Masa nak tulis lagu tak berfikir panjang. Main hentam jer. Bila orang satu Malaysia bising-bising pasal lagu kau, barulah nak bagi alasan basi. Konon hanya ikut arahan si Aida Bongok tu. Hanya dengan sedikit upah kau pun sanggup abaikan isu moral dengan menulis lagu berunsur menghina orang. Lepas tu terhegeh-hegeh dalam akhbar tabloid kata sedia minta maaf kepada orang yang terasa. Kepala hotak kau minta maaf!! The crime is there! Mudahnyer ko nak minta maaf konon boleh selesaikan semua masalah. Analoginya: Kau mau ke kalau penyamun rogol bini kau, pastu diorang pun minta maaf. Then selesai kes. Kau mau macam tu? Mudahnya selesai masalah dunia yang kau bikin dengan hanya minta maaf.

    • Hamba Allah

      Memangla penerbit ngan penulis lirik/penyanyi lagu ni boleh jadi kaya….tapi sendiri mau ingatla….adakah BERKAT bila makan hasil karya yg mengaibkan orang lain? Jangan ingat nak untung aje….mana letaknya sensitiviti kalian semua?

    • AKU GEMUK

      Salam.

      Aku manusia gemok.masa kecik orang jongang pn ejek aku gemok.skrg pn org ejek aku gemok.cite pasal org gemok x penah berhenti2 org wat tema.tp bile aku tgk cite halimah jongang aku rs jalan cerita dia bagus dan menunjukkan yg halimah ini mmg sgt baik.

      mcm aku org gemok ni…org hanya akan tamat cerita diorg dgn ending bile org gemok jadi kurus baru hero akan perasan.xde org pn nak kawin ng org gemok ni.kawan aku jongang dah g wat gigi pun.jadi cantik.aku yg gemok ni ingat senang ke nak kurus????

      kenapa org jongang sgt sensitive.mcm aku gemok xsudah2 org mengata?

    • liza

      Salam semue. Dalam dunia ni semue orang nak cantik, hensem, kaya, hidup senang, sihat. Tak ade sape pun yang nak jadi buruk, hodoh, miskin, OKU dan sakit. Tapi kalau ALLAH TAALA dah jadikan itu sebagai QADA dan QADAR hidup kita, terima je le. Ada hikmah sebaliknya. Saya jadi OKU disebabkan kecuaian orang lain. Biarlah orang nak kata ape. Biar diaorang menambahkan lagi dosa diorang berbakul bakul. ALLAH TAALA saja yang boleh membalas perbuatan mereka. Mereka pun orang juga. Tak kena kat mereka, kat anak cucu mereka. Dunia ini ibarat roda. Akan terkena batang hidung sendiri. Penat mengejek, mencaci nanti mereka senyap le. So, sabarlah…

    • Eddie_Hamid_Jongang

      Sabar ya sabar. Tapi dalam sabar mesti ada tindakan tegas. Jangan sabar sampai orang pijak kepala kita. Itu dah jadi dayus namanya.

    • Swetha

      saya ni bukan islam…penah dgr lagu ni kat astro ria semasa mrk tunjuk evertisment halimah jongang…..pas baca komen zam dia ada tulis lirik lagu halimah jongang…mmg menyakitkan ati la lagu tu…walaupun saya tak la bergigi jongang tp mmg bole terasa apa yg dirasakan oleh zam….
      mrk tak patut kompos lagu begitu,mesti budak2 zaman skrg akn mengejek sesiapa yg bergigi jongong….
      harap2 komposer @ penerbit drama ni bertaubat la sikit…jgn sindir org dgn menerbit lagu @ filem seprti ini….

    • Roy

      Hurmmm…semua emosi….eddie hamid jongang…aku rasa ko dah salah erti maksud aku gemok tu…at least kena faham juga dgn masalah org gemok ni..aku setuju ng ko si aku gemok sbb memang betol…n eddie hamid jongang ko jugak jangan la senang2 nak label sape2 yg diam tu sebagai dayus..sbb bagi aku kadang2 diam tu lebeh bagus…org tua aku pun penah pesan if org mengejek xhenti2..diam,lama2 org diam..n bagus la jugak ambil tindakan tegas ng tulis surat ke YB.

      secara jujur pandangan aku, apa juga penghinaan secara terang-terangan dalam mana2 drama atau cerita/lagu memang xpatut dibiarkan. mcm tu jga tentang tajuk2 perkara lain…pakai janda, capik, bisu, juling…etc..memang x patut…

    • Roy

      cadangan aku:

      1. tukar lirik lagu…
      2. tukar tajuk cerita…

      isi kandungan cerita mantain sebab mmg bagus sbb aku suka dengan halimah yg baik tu….

      susah sbb masyarakat melayu memang mcm ni…aku as seorang suami pun kadang2 kecil hati sebab org samakan aku ng isteri..sebab aku seorang yg puteh melepak…n isteri aku ni….paham2 je la..

      tp apa hak org nak mengata….aku rs kan…kesedaran sivik di kalangan masyarakat patut ditekankan..perlu lagi iklan2 tentang perkara ni.

      then, adegan ejek-mengejek yg dilakukan oleh budak2 dalam cerita perlu dielakkan sebab mana ada lagi budak2 yg ejek2 ramai2 satu group n baling batu. nanti jadi ikutan.

    • Eddie_Hamid_Jongang

      Terima kasih Swetha kerana amat-amat memahami. Kami orang Islam berasa teramat malu dengan tindakan penerbit, pengarah, dan pelakon Islam yang tergamak membuat perkara yang bercanggah dengan agama kami. (kita juga faham bahawa agama lain pun tidak benarkan penganutnya mempersenda orang lain). Benda ini nampak jer kecil, tapi kesannya amat besar kepada masyarakat keseluruhannya.

    • http://www.kk.com.my ayam

      aku x tgk dan x nak tgk .cter nie..tajuknye ngan lagu mmg sah2 hina org..cam celaka la aiaida nie..sme la ngan pembuat lagu nye bongok..x pandai nak menjaga hati dan prasaan org langsung…bodo..
      yang mslhye tajunye..terlalu dirext hina orang lagunye x yah ckp la cam ci***.. je.. a aida suke menggunakan kelemahan & kehodohan org len utk mlariskan bisnes dia,..x kisah ape org nak kate…asalkan untung…moga cter ko untung gle..pastu cter fatimah juling pun untung gak..pas tu ko kaye gle…pas tu hina lagi….tpi kna taw gak doa org yg di hina tu nanty ..balasan tuhan tetap ada..hehehe

    • Eddie_Hamid_Jongang

      Hanya penonoton yang bodoh dan senget kepala otak jer yang akan menjadikan drama HJ ini sebagai siri kegemarannya. Mereka inilah sebenarnya yang bersekongkol untuk mengkayakan si penerbit yang sedia bahlol itu.

    • Eddie hamid x jongang

      Lu pehal bro eddie hamid jongang,suke2 cakap penonton bodoh n senget suke cite ni.mcm gua suke sbb gue suke jalan cerita.tp xde lak gua nanyi2 lagu tu.kutuk le penerbit sudah la.apehal lu nk sentuh2 ckp org len bodo ni?Sume org lu nak maki ke?ayat guna akal jangan firasat.marah org yg buat sudah le.ape la ko ni jang!

    • naqi

      kalau nak buat org gelak pun jgnlah sampai nak menghina org plak, and klu tak berniat nak menghina org pun jgnlah nak buat filem yg brunsur sedemikian kerana walaupun tujuan korang cuma nak menghiburkan org aje tapi kita kena fikir sebenarnya dlm filem trsebut tdpt unsur yg negatif..ramai org yg bergigi jongang akan terasa dgn cerita trsebut..fikirlah masak2..tujuan korang sebenarnya nak ajar masyarakat pandang serong kat org yg mempunyai kekurangan fizikal..itu semuakan ketentuan Allah..harap2 korang ada kesedaran bila dah tbaca komen ini..

    • ayah tua

      Salam,
      Elok drama ini di berhentikan, saya sokong sangat sangat!
      Halimah pun dah tak jongang lagi
      Sekarang ni cerita dah dah over climek.
      Apa pun tahniah kepada pelakun2, terutama pengarah, penerbit dan pencipta lagu kerana anda berjaya mendidik masyarakat menjadi tukang hina kepada makhluk2 ciptaan Allah yang maha sempurna.
      terima kasih

    • jerung

      Kita doakan supaya mereka-mereka yang terlibat mengajar orang mengeji ciptaan Allah tu diberikan TAUFIK & HIADAYAH dalam bentuk yang ALLAH sendiri tentukan. Aminnnnn ya robbal a’ laminnnnnn……..

    • http://zulkahar.bebaswang.com zulkahar

      Dunia dh nk terbalik dh kot, abis cite cacat cela orang dh diwayangkan….apa kata kalau kaum kerabat kita ada yang tk sempurna, tk ke terasa hati,….aku mmg susah nk tengok cite melayu ni, sbbnya cam ni le….ide dh kering dh kot….siap ada lagu lg plak tu….kesian bebudak yang seangkatan dengan cite tk bertamadun ni. AKu tengok kat sekolah anak aku ada yang dipermainkan dah gara-gara cite ntah apa-apa ntah ni…..cari le ide yg bernas sikit kalu nak buat cite……incomenya nanti nak bg keluarga makan, kalu org dok sumpah seranah camne citenya rezeki kita tu…..fikir…fikirkanlah…….

    • Man Lakse

      Aku bukan nak kata apalah… dah lama aku nak jawab isu ni… saja aku diamkan diri…. cerita halimah jongang dan fatimah juling tu cuba ko tengok sapa penulis skripnya? Zaini Kosnin…. korang kenal tak Zaini Kosnin tu sapa? setahu aku la, dia byk buat drama2 berunsurkan agama dan moral yg tinggi… secara zahirnya, pernah tak korang jumpa atau tengok dia secara berhadapan? Zaini Kosnin tu adalah seorang OKU! dia cacat! jalan pun pakai tongkat! gigi pun jongang! muka pun tak hensem langsung! itulah penulis skrip halimah jongang!

      Zaini Kosnin bangkit dari penghinaan orang ramai kepada dia… dia berusaha untuk hidup selepas menjadi cacat! Apa yang dia perjuangkan di dalam cerita halimah jongang tu adalah dia ingin menyedarkan kepada masyarakat tentang rintihan hati orang yang cacat macam dia! Kalau Zam tu kata dia jongang, itu baru isu kecil Zam! cubalah tengok macam mana kehidupan Zaini Kosnin yang cacat tu! Dia adalah seorang yang tidak mudah melenting dengan isu2 kecil yang hanya akn melemahkan orang yg mempunyai kecacatan atau kekurangan… dia berjaya dalam hidup dia di atas penghinaan orang lain kerana kecacatan dia!

      Aku kagum dengan Zaini Kosnin… seorang OKU yang berjaya! aku kenal dia dan aku tahu kegigihan dia…

      Terpulangla pada korang!

    • Man Lakse

      Azrin… ko mengata orang tak ingat….

    • rahmah

      mmm… susah kalau kena pada org tak prihatin ni… kelemahan org lain dpersendakn…

    • rahmah

      mmm… susah kalau kena pada org tak prihatin ni… kelemahan org lain dpersendakn…

    • http://ulala.lala oho

      lagu nye aje yang nampak tak berapa nak berkenan… cite ok, jalan cite ok, pelakon ok.. cun ape halimah jongang tu… sib baik aku dah ada awek kapel skang…kalau tak dah tentu aku g ayat…

      bab lagu tu, intonasinya, iramanya, liriknya…. orang zaman sekarang suma tau.. dah tentu ada beza antara hibur dan ejek.. puji dan sindir..

      hope suma selamat dunia dan akhirat..

    • lalala

      aku bukan lah jongang, tetapi kawan baik aku jongang..aku amat sedih atas penyiaran drama yang menajotohkan imej diorang..tolonglah hentikan ya..tak baik buat begitu..kat dunia ni tak de sapa yang perfect..kawan ku diejek di pasar malam memangil namanya halimah olh kerana giginya..ok kawan2 chow..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK