Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Sharifah Amani Botak – Filem Muallaf



Sharifah Amani botak! Dipaksa botak atau dia sendiri yang mahu? Rela Nani dibotakkan kepala semata-mata untuk menghayati watak Rohani dalam filem terbaru Yasmin Ahmad, Muallaf, ek? Bukan saje Nani yang rela, malah ibunya, pelakon dan guru seni persembahan Akademi Fantasia, Fatimah Abu Bakar juga rela dan setuju anaknya dibotakkan kepala. Setelah Cikgu Fati membaca skrip dan memahami apa kehendak cerita itu, dia percaya semua ini kerana profesional sebagai pelakon. Walaupun sedih, tindakan anaknya itu berbaloi untuk kesan dan impak filem ini. Bukan gimik dan bukan juga kerana wang semata-mata. Tapi kerana untuk menghidupkan watak dan menjiwai karakter yang dimahukan. Filem yang sedang dalam pembikinan ini akan menampilkan tiga adik-beradiknya yang lain iaitu Sharifah Aleya, Sharifah Aleysha dan Sharifah Aryana. Pelakon filem Cinta ini turut memberitahu, kemungkinan besar Amani dan Aleya akan terbang ke Paris pada bulan depan setelah diundang menghadiri Festival Sinema Paris yang berlangsung dari 3 hingga 14 Julai ini. Festival terbabit akan menayangkan kesemua filem arahan Yasmin sebelum ini, sebagaimana pernah disaksikan di Tokyo, tidak lama dulu. Kalau Natalie Portman dan Britney Spears pernah botak, kini kita rasa ralat sikit tengok perempuan Malaysia cukur rambut sampai botak. Mmm… yang tentunya, ini boleh timbul isu dan kontroversi sebab mesti ada yang tidak bersetuju dengan tindakan Nani.

Apa kata anda pula?

[tags]Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Sharifah Aleysha, Sharifah Aryana, Natalie Portman, Britney Spears, Yasmin Ahmad, Akademi Fantasia, Filem Muallaf, Fatimah Abu Bakar, Filem Cinta, Seksi, botak, Festival Sinema Paris, Tokyo[/tags]

[kredit foto: Berita Harian]

Tags: , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Sharifah Amani Botak di Malam Gala Diva
  • Filem Mukhsin Menang Pingat Perak di Netpac Festival Di Jogjayarta
  • Sharifah Amani & Liyana Jasmay di Festival Filem Malaysia 23
  • Gambar Gavin Stenhouse Kekasih Sharifah Amani
  • Gambar Datuk Siti Nurhaliza & Syarifah Amani di Jangan Tidur Lagi
  • Biodata Sharifah Amani Pelakon Filem Muallaf
  • Emma Watson’s Naked Ambition, Harry Potter Star Wants to Get Naked?
  • Gambar Imej Baru Norman Hakim Botak Macam Mawi
  • Drama Tiramisu
  • Gambar Seksi Sharifah Amani di Anugerah Skrin 2009



    • http://beritaharian yatie_7

      jangan buat lagi tak cuet lah,saya peminat sharifah amani.bye.

    • yanz

      apapun u mmg berani….cayalah!!!

    • sharifah suzanna

      bodohlah, hanya kerana hendak menghayati watak sanggup lah nak buat apa apa. lain kali kalau nak potong botak pun rujuk-rujuk lah dulu buka kitab agama. Makruh lah perempuan potong botak.

    • http://takada rusnani(0123739512)

      apa guna botakkan kepala?lagi baik pakai inai.call lah aku

    • buzzywoman

      ala…ok lah popular cikit

    • emeller emelsha..

      botak pun cantik jugak kan…klau dah org cantik buat rambut camne pun cantik…!!!

    • wann

      Tak jadi la aku nak pinang dia kalau camni ………………………

    • babysae

      dia nie mmg bengong sikit…berlagak pun ader…..asal bahagia udah ler..

    • http://etif_scooteristyhoo,com efah

      CUTE…AR BOTAK tp x msk akal…..klu nk uat sesuatu…pikir baik…baik sblum buat keputusan TAU…

    • http://- ramlie sam sam

      tu awk gua la…lu kcau gua cri…

    • sopie@asyun

      u head like the mawi worid

    • ikah

      aku ni pminat sharifah..ape2 yang dier buat pon aku sokong die dri blakang..cute gak tu..he~

    • firas harith

      this comment is especially for ‘sharifah suzanna’, a few comments down.
      it is clearly stated MAKHRUH. MAKHRUH does not mean laknat, it does not mean dosa. it means that if you dont do it, u dpt pahala, if u do it, dosa xdpt, pahala xdpt. bkn masuk neraka terus ke, apa ke… please la!
      korang kutuk dia, korang yang dpt dosa. dia dpt pahala.
      think about this, people.

    • http://yahoo.com kay_maria

      wakakaka!wa pon wat pale botak la.. xde hal lah.. apehal la ade owg suke nk kecoh2? bengong tol.. daa.. mmg lew haram, tp stiap owg ade agenda trsendr when they’re doing something.. lgpon mn ade owg x penah wat dosa.. blm tntu owg yg konon2 baik ari nih, sok pon bek gak.. tah2 sok lg terok dr glgn yg cm ktowg nih..

    • laily

      mmg berani n tetap cute….

    • alicia

      eee.. sharifah amani botak?
      betul ke tu?

    • aku

      dlm islam, pompuan HARAM botakkan kapla melainkan ada sbb darurat ataupon penyakit..jgn dok sokong org mcm ni, klu kita sokong org sesat, kita akan turut menjadi sesat

    • doieyz

      ya laa…buat pe la nk botak??…kesian anak sapa la ni kena kutuk2 org..hahaha;-p

    • hazirah

      fikir dulu sblm buat

      walau apa pun skrg die makin cute

    • patrick star

      tak kesah la orang nak kate ape janji perkare tue da berlaku n rambut akak skung lebh trendy n cute dengan muke akak skung

    • yunusop

      good luck ok

    • laila

      COMEL LA….AKK SRIFAH AMANI NIE…FILEM APE DIE BUAT NIE SMPAI BOTAK2?…FILEM TOYOL YE..WAHH BRANI YE DIE..BUAT WTAK TOYOL..TABIK SPRINGG LA SME LU..HEHE…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK