in ,

Gambar Shaheizy Sam Terima Kereta Nissan 370Z Coupe

[dropcap]H[/dropcap]ari ini hari Isnin, hari pertama dalam minggu yang baru, dan juga bulan yang baru. Ya, sedar tak sedar kita dah pun sampai di bulan baru iaitu Julai. Budiey doakan segala apa yang kita rancangkan untuk bulan Julai ini akan berjalan dengan lancar. Sabtu dan Ahad lalu, Budiey menempuhi jadual yang sangat padat sampai tak dapat mengemaskini blog ini dengan berita-berita terbaru. Ouch, maafkan saya.

Sabtu lalu, Budiey sekali lagi telah dipilih untuk menjadi juri untuk program Over The Top musim kedua dan kemudian terus ke Blogger Drive anjuran Honda. Sabtu lalu juga kita dapat menyaksikan kemenangan Kelantan membenam kemaraan Johor sekaligus dapat mengekalkan kejuaraan Piala FA untuk musim ini. Yahooo, Kelate meney, Kelate meney yaw! Tahniah untuk pasukan Kelantan yang berjuang habis-habisan!

Pada hari ini, Budiey nak ucap tahniah buat pelakon terkenal iaitu Shaheizy Sam yang telah menerima hadiah kemenangan di ABPBH 2012 iaitu kereta Nissan 370Z Coup yang bernilai RM354,400. Wow! Bila Sam nak bawa kita jalan-jalan ni ye?

“Alhamdulilah, bila dah dapat kereta ni, atas pemberian peminat, Sam rasa sangat bertuah kerana tak perlu bersusah payah nak keluarkan wang untuk memilikinya.”

Budiey lihat bukan main seronok duaronok lagi Sam dapat kereta baru ni. Syukurlah Alhamdulilah. Rezeki dari Allah. Itu kata Sam. Kalau dulu, Sam asyik berangan memandu kereta mewah ni, sekarang anganan itu dah jadi kenyataan. Kalau dulu, Sam hanya mampu pandang dari jauh kereta idamannya itu, kini dia dah mula dapat pegang stering kereta. Boleh bawa Fazura jalan-jalan. Eh?

Bukan itu sahaja, Sam juga telah memilih SS4M sebagai nombor pendaftaran kereta itu sehingga sanggup menjejaki dan menemui pemilik asal nombor terbabit di Sabah.

“Sam berpegang pada rezeki, kalau usaha kita lebih, pasti akan dapat rasa kejayaan tu. Bagi Sam, keluarga adalah nombor satu. Apa-apa pun, Sam akan lebihkan keluarga dulu terutama mummy. Kemudian baru fikir pasal diri sendiri.”

Sam sebelum ni dah ada dua buah kereta hasil kemenangannya di ABPBH, Sam sekali-kali tak mahu menjual kereta itu. Menurut Sam lagi, dia kata hadiah kereta Nissan 370Z Coupe adalah yang paling bermakna yang pernah diberikan oleh peminat.

Group Photo - Sam and fans, Norhana, BH, ETCM

Saat Indah untuk diabadikan: Bergambar bersama Pemenang Hadiah Utama ABPBH 2012, pelakon Shaheizy Sam (tengah) bersama para peminat beliau, Berita Harian and ETCM (dari kiri ke kanan):

1. En. Shamshul Azree Shamshir,
Pengarang Hiburan Berita Harian

2. Farah Ezrin Mohd Rashidi
Pengurus Besar, Perkhidmatan Pelanggan dan Projek Khas

3. Norhana Naridon
Pembaca bertuah untuk kategori ‘Pembaca Berita Harian’.

4. En. Mahfar Ali
Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian

5. Shaheizy Sam
Pemenang Hadiah Utama untuk kategori ‘Bintang Paling Popular’ dalam ABPBH 2012

6. Mr. Tan Keng Meng
Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd.

7. Mr. Tom Yang
Pengurus Besar Pemasaran,
Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd.

Edaran Tan Chong Motor (ETCM), penaja utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012), menyerahkan Nissan 370Z Coupe kepada pelakon Shaheizy Sam dalam satu majlis yang cukup meriah di pusat membeli-belah One Utama pada hari ini.

Kereta sports itu merupakan Hadiah Utama untuk kategori ‘Bintang Paling Popular’ dalam ABPBH 2012 yang dimenangi oleh Sam, 31. Nissan 370Z yang bernilai RM354,400 itu ditaja oleh ETCM.

[pullquote align=”right”]ETCM Serahkan Nissan 370Z Coupe kepada Shaheizy Sam, Pemenang Utama ABPBH 2012, Anugerah Bintang Paling Popular 2012. Tahniah Sam![/pullquote]

Aktor terkenal itu diumumkan sebagai pemenang pada April lalu pada majlis anugerah ABPBH 2012 di mana beliau memperoleh undian paling banyak dan mempunyai kumpulan peminat yang ramai (beliau berjaya memperoleh sebanyak 79,656 undi) atas keunikan gaya lakonannya dalam filem-filem blokbuster seperti ‘Songlap’, ‘Adnan Sempit 2’ dan banyak lagi. Ini merupakan kemenangannya kali kedua selepas memenangi anugerah yang sama pada tahun 2010.

Semasa majlis penyerahan tersebut, Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata,

“Ini adalah tahun kelima kali kami bekerjasama dengan Berita Harian sebagai penaja utama acara tahunan yang popular ini. Kami amat berbesar hati untuk menyerahkan Nissan 370Z Coupe kepada Sam atas kemenangannya dalam Anugerah ABPBH 2012. Beliau merupakan seorang pelakon yang sangat berbakat dan berjaya memartabatkan industri filem tempatan menerusi filem-filemnya yang hebat.”

Kegembiraan tersebut berganda apabila presiden kelab peminatnya yang dikenali sebagai ‘The Magician Family’, Norhana Naridon, diumumkan sebagai pembaca bertuah untuk kategori ‘Pembaca Berita Harian’. Ini membolehkan beliau membawa pulang Nissan ALMERA bernilai RM70,000. Norhana berjaya memenangi hadiah tersebut selepas menghantar borang undian ABPBH 2012 terbanyak.

Majlis penyerahan itu menjadi lebih menarik dan mengujakan apabila peminat-peminat setia Sam diberi peluang untuk berjumpa dengan aktor tersebut, selain merakam gambar dalam satu sesi autograf eksklusif.

Dimulakan pada tahun 1987, ABPBH adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Berita Harian dengan kerjasama Orange Octopus untuk memberi anugerah kepada penyanyi, pelakon dan selebriti Malaysia paling popular yang terlibat dalam industri hiburan tanah air. Pemilihan dibuat berdasarkan kepada undi popular oleh para pembaca Berita Harian dan Berita Minggu. Ia merupakan anugerah pilihan pembaca yang paling berprestij untuk artis Malaysia dalam industri hiburan.

Maklumat lanjut mengenai model-model Nissan di Malaysia, sila layari laman web: www.nissan.com.my.

Norhana, lucky reader with her Nissan Almera

Kegembiran jelas terpancar di wajah Norhana, pembaca bertuah untuk kategori ‘Pembaca Berita Harian’ apabila menerima kunci kepada kereta Nissan Almera yang dimenanginya (dari kiri ke kanan): En. Mahfar Ali, Norhana Naridon dan Mr. Tan Keng Meng

Sam, grand winner of ABPBH 2012 with his Nissan 370Z

Sam, pelakon popular dan pemenang utama ABPBH 2012 tersenyum lebar bila menerima kunci kepada kereta Nissan 370Z Coupe yang mewah (dari kiri ke kanan): En. Mahfar Ali, Norhana Naridon dan Mr. Tan Keng Meng

Sam, En. Mahfar and Mr. Tan checking out the Nissan 370Z

Sam (paling kanan), tidak sabar untuk menyemak hadiah kemenangan beliau, kereta Nissan 370Z Coupe yang mewah bersama dengan Mr. Tan Keng Meng (kiri) and En. Mahfar Ali (tengah).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Red Box Lancar Projek Amal We Care 2013

Peraduan Jom Menonton Filem PACIFIC RIM