in

Gambar Selebriti di Sesi Ramah Raya Majalah LISA

LISA Malaysia majalah gaya hidup wanita lengkap informasi sumber aspirasi buat julung kalinya mengadakan Sesi Ramah Raya LISA di Restoran Nando’s, IKANO pada Khamis lepas.

Hadir sama, Editor Pengurusan LISA, Izza Safinaz Ibrahim dan beberapa rakan selebriti LISA yang telah menjadi bintang muka depan LISA sejak ia diterbitkan pada November 2011. 40 pembaca bertuah terpilih berpeluang untuk beramah mesra bersama team LISA dan rakan selebriti yang turut hadir memeriahkan majlis pada malam itu.

“LISA bersyukur kerana berpeluang mengadakan majlis serba sederhana ini sempena kehadiran Syawal sebagai tanda penghargaan dan sokongan buat pembaca serta semua teman selebriti yang telah bekerjasama dengan majalah LISA sejak mula lagi dan hingga kini dan seterusnya pada masa akan datang. Selain menjamu selera dengan hidangan enak Nando’s, semua jemputan juga dapat beramah mesra dan mengeratkan silaturrahim.” kata Izza pada majlis tersebut.

Bertemakan “Ramah Raya”, konsep majlis raya LISA berlainan sedikit dari rumah terbuka yang lain kerana ia turut dianjurkan dengan beberapa acara sampingan bagi mengeratkan silaturahim antara pembaca dan selebriti LISA. Rata-rata yang hadir kelihatan sungguh bergaya untuk memenangi hadiah bagi Solekan Raya Terbaik, Gaya Gadis Melayu Terakhir dan Gaya Hijab Paling Unik yang telah dipilih oleh team LISA sendiri.

Majlis Ramah Raya LISA telah dianjurkan dengan kerjasama Restoran Nando’s dan antara selebriti yang turut hadir memeriahkan majlis termasuk Shila Amzah, Fara Fauzana, Karl Shafek, Kaka, Fida Ibrahim dan Heliza Helmi.

Editor Pengurusan LISA, Izza Safinaz bersama Fida Ibrahim

Karl Shafek dan Shila Amzah hadir dalam tona hijau dan merah jambu

Rakan selebriti dan media yang turut serta dalam sesi game Raya LISA

Antara selebriti yang turut memeriahkan majlis

Fara Fauzana

Heliza Helmi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan MASYUK Hot FM Serius Masyuk

Vote For Your Favorite Artist #MTVEMA Nominee