in , , ,

Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Songlap

Majlis Tayangan Media Filem Songlap telah pun berlangsung di GSC 1Utama, Bandar Utama jam 12 tengahari semalam (7 Disember 2011). Kesemua penggerak utama filem ini iaitu Shaheizy Sam, Sara Ali dan Syafie Naswip turut hadir memeriahkan majlis. Filem ini adalah hasil kerjasama dari Grand Brilliance dan Red Films, bakal ditayangkan di 77 buah pawagam seluruh Malaysia dan Brunei pada 15 Disember 2011. Dah tak lama lagi dah.

Budiey baru sahaja tamat menonton filem #Songlap dan keseluruhannya Budiey sangat berpuas hati dengan hasil kerja semua yang menjayakan filem ini. Pada pendapat Budiey, isu yang nak diutarakan iaitu perniagaan manusia sangat berat dan jarang ditonjolkan dalam filem. Jadi, dengan dokongan para pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Syafie Naswip serta Sara Ali memang sesuai kerana masing-masing membawa watak dengan penjiwaan karakter yang kuat. Lakonan Shaheizy Sam dalam Songlap dikatakan antara yang terbaik setakat ini dari kesungguhan beliau merealisasikan watak Am. Ia bukannya satu watak yang klise. Sara Ali pula, walaupun tak banyak skrip atau lafaz dialog untuk watak Hawa, namun watak gadis yang tertekan dan pendiam ini cukup dipantulkan dengan gejolak rasa dari ekspresi wajah Sara. Cuma Sara Ali mengaku yang dia boleh buat lagi baik dari ini.

Bagi Budiey, sepanjang sejam lebih menonton, setiap scene ada ‘point’ dan rasanya penonton akan terikut-ikut untuk turut merasai stress atau instense karakter mereka. Budiey sangat tertarik dengan sinematografi dan gerakan kamera. Memang cantik dan mutu gambar pula memang puas hati. Ini cuma ulasan pendek dan keseluruhan dari Budiey. Pastinya akan ada ulasan secara details di entri yang akan datang. Budiey kasi 4/5 bintang.

Korang jangan lupa tonton di pawagam mulai 15 Disember ini.

Ouuch ter-interbiu seorang peminat fanatik Shaheizy Sam kat majlis prebiu #songlap tadi. @Shaheizy_Sam mesti kenal lelaki tu

Lakonan Fauzi Nawawi sebagai bapak ayam dalam Songlap 70% nya sgt kelakar. #songlap

Tak lupa kpd pelakon cameo Eizlan Yusof dan Lisdawati, walaupun sekejap hadirnya di awal cerita, tp tetap diingat di akhir cerita. #songlap

antara skrip dialog Hasnol Rahmat dlm Songlap yg masih terngiang2 smpai skrg: “Lebih baik kau balik rumah, main bola kocek lagi bagus..”

dari segi skrip, aku rasa Songlap menggunakan pendekatan – sinikal dan agak nakal tapi tajam!

dialog sadis bagi aku masa Ad kena pikul & halau keluar dr bilik pelacur tu, dia jerit. “Saya ni, saya ni, saya ni..

Songlap

Pelakon utama filem Songlap

Songlap

DJ Lin penyampai radio Suria Cinta selaku hos majlis

Songlap

Syafie Naswip membawa watak Ad

Songlap

Sara Ali sebagai Hawa

Songlap

Songlap

Songlap

Songlap

Lina Tan selaku penerbit

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Warner Presents Original Album Series

Persona Elegance Baru Lebih Mewah & Selesa