in

Gambar Selebriti di Majlis Berbuka Puasa Zapin Aidilfitri

Seramai 30 remaja dari Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah, Subang Jaya telah dijemput khas untuk berbuka puasa di Sungei Wang Plaza pada 9 Julai 2014 sempena Majlis Perasmian Zapin Aidilfitri yang dianjurkan selaris dengan sambutan Hari Raya tahun dari 9 Julai – 3 Ogos 2014.

IMG_0126

Artis-artis undangan, Marsha Milan Londoh, Sabhi Saddi dan Azhael AF13 turut dijemput untuk menyerikan suasana Raya dengan mempersembahkan lagu-lagu terkini mereka serta lagu Hari Raya di samping berbuka puasa dengan tetamu jemputan dari Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah, Subang Jaya.

[pullquote]30 remaja dari Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah, Subang Jaya dijemput khas ke Majlis Berbuka Puasa Zapin Aidilfitri. Artis-artis undangan, Marsha Milan Londoh, Sabhi Saddi dan Azhael AF13 menyerikan suasana dengan lagu-lagu terkini mereka.[/pullquote]

Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah atau lebih dikenali sebagai RACTAR merupakan pusat kebajikan untuk anak-anak yatim perempuan. Objektif utama pusat ini adalah untuk membantu membawa sinar baru dalam kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik dengan mengusahakan sedaya mungkin segala keperluan yang diperlukan mereka dari segala segi samada keperluan lahiriah mahupun rohaniah. Pusat ini diuruskan oleh En Dzulkarnian Mansor.

Majlis perasmian bermula dengan persembahan tarian oleh Kumpulan Tarian Swatari diikuti oleh pemberian duit raya dan cenderamata kepada anak-anak dari Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah oleh pihak pengurusan Sungei Wang Plaza bersama artis-artis. Untuk kenangan indah, setiap anak diberikan keistimewaan untuk menangkap gambar persendirian bersama artis-artis. Persembahan artis pertama dimulakan oleh Azhael AF13 yang mempersembahkan lagu berjudul; ‘Hujung Waktu” diikuti oleh Sabhi Saddi dengan lagunya; “Bersabarlah Sayang”. Sabhi diiringi oleh Marsha Milan Londoh dalam duet lagu; “Sesungguhnya Cinta”. Lagu Marsha “Bebaskanlah” yang dipetik dari cerita Disney Melayu “Frozen” berjaya menarik perhatian anak-anak yang kelihatan beria-ria menyanyi lagu tersebut.

Lagi-lagu Raya popular seperti “Menjelang Hari Raya”, “Lebaran” dan “Hari Raya Hari Bahagia” antara lagu yang juga dinyanyikan oleh artis-artis.

Objektif utama majlis pelancaran ini bukan saja tanda permulaan sambutan Hari Raya tetapi juga memberi peluang kepada anak-anak dari rumah kebajikan untuk meluangkan masa bersama artis dan berbuka puasa di komplek beli-belah.

“Saya sangat seronok kerana dapat berjumpa dengan artis-artis serta dapat duit raya dan dapat makan – makan.”Kata Siti Nabilah yang merupakan salah-satu penghuni Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah. Prof Dr Nasfiah Mohd yang merupakan pengiring anak-anak pada malam itu berkata; “ Saya amat suka dengan persembahan tarian yang dipersembahkan oleh artis-artis dan penari. Saya juga amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Sungei Wang Plaza atas jemputan ini. “Kata Dr Nasfiah.

Mengikut En KK Lim, Pengurus Kanan, Pemasaran dan Komunikasi Sungei Wang Plaza, konsep Zapin Aidilfitri adalah untuk menyambut Hari Raya dengan gembira melalui persembahan pentas yang telah disediakan. “Pihak kami amat berbesar hati untuk mengadakan Majlis Pelancaran Zapin Aidilfitri bersama artis-artis undangan seperti Marsha, Sabhi dan Azhael. Kami berharap tetamu jemputan khas kami dari Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah teruja dan gembira dengan kehadiran artis yang telah membuat persembahan secara “live” dan meluangkan masa bersama untuk berbuka puasa dan mengambil gambar bersama mereka.” Tambah KK.

Pelbagai aktiviti sempena sambutan Zapin Aidilfitri di Sungei Wang Plaza akan diadakan seperti; persembahan tarian zapin aidilfitri oleh kumpulan tarian swatari pada jam 8.30pm pada tarikh 11,12,13,18,19,20,25,26 Julai & tarikh 1,2,3 Ogos 2014 diikuti pertandingan tarian zapin pada jam 3.00pm pada tarikh 13 & 20 Julai 2014.

Pelanggan yang membeli RM100 dan ke-atas dalam resit terkumpul pada hari yang sama akan dapat menebus satu set koleksi duit sampul raya. Tambahan, mereka juga dapat menyertai peraduan “Spin & Win” yang diadakan sempena Karnival 1Malaysia Mega Sale. Hadiah menarik bernilai RM150,000 termasuk hadiah utama kereta Nissan X-Gear menanti para pemenang.

IMG_9541_resize

IMG_9343_resize

IMG_9520_resize

IMG_9590_resize

IMG_9626_resize

IMG_0114b

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kyary Pamyu Pamyu Announced As MTV’S Asia Exclusive Artist

Dave Bautista di Promo Tour Guardians of the Galaxy