Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Selebriti di Karpet Merah di KL International Film Festival 2007



Sebanyak 168 buah filem pelbagai genre dipertandingkan di Kuala Lumpur International Film Festival 2007 menjadikan temasya filem sulong ini begitu sukar untuk dilupakan. Walaupun ada pihak yang mengatakan penganjurannya bagaikan satu pesta filem ‘kampung pisang’ atau sekadar melepaskan batuk ditangga, namun bagi Budiey festival filem yang dianjurkan oleh FINAS ini berjaya mencapai matlamat dan tahap kualitinya.

Walaupun Malam Anugerah KLIFF tampak tidak bergemerlap dan semeriah mana, namun saya kira ini satu permulaan yang baik. Dengan acara red karpet yang tidak berapa ramai pelakon tempatan di jemput, siap dengan orkestra di luar dewan dan jamuan koktail sejurus selepas selesai acara… tampak segalanya berjalan dengan lancar. Meriah atau tidak, KLIFF sudah tamat.

Tahniah buat semua pemenang Anugerah di KLIFF termasuklah filem 1957: Hati Malaya mewakili Malaysia. Rasa saya persembahan selingan yang tidak meleret serta hos yang tidak bebas merepek dan merapu, melengkapkan siaran langsung tanpa over run terlebih masa.

Dengan mengenengahkan budaya pelbagai kaum di Malaysia di mata dunia, KLIFF pada tahun hadapan akan lebih besar dan meluas temanya. Ketika sidang media, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Minister of Malaysian Culture, Arts and Heritage (KeKKWa) telah menetapkan pada 5 tahun akan datang, KLIFF akan menjadi wadah bagi mewujudkan persahabatan antara negara di seluruh di dunia menerusi filem. Seterusnya menjadikan jentera komersial bagi memperkenalkan budaya dan filem Malaysia dengan mempelajari teknik yang lebih canggih. Katanya, pada tahun hadapan sebuah filem usahasama Malaysia dan Indonesia berjudul Cinta akan dilancarkan.

Berikut antara foto-foto karpet merah di Kuala Lumpur International Film Festival 2007.

Siapa ni? Nak tahu siapa, sila tengok gambar paling bawah… hhehehe, seksi giler pelakon ni kan?

Syarifah Amani; pelakon 1957 Hati Malaya

Nadia; seksi tu…

Anita Sarawak & suami; persembahan terbaik di Malam Anugerah KLIFF, membawa lagu-lagu dari filem Dream Girls. Budiey suka semua!

Pelakon cermin yang masih mesra kamera walaupun dilanda gossip!

Mustapha Kamal

Fazura; Budiey suka dengan gayanya yang ingin lari dari gaya seksi yang menjolok mata.

Datuk Jalaluddin Hassan

Que Haidar aka Mr Bling-Bling, Raja Vest Malaysia

Maya Karin; ayu dan the enchanted; mempersonakan?

Sazzy Falak; hos red karpet.

Ini dia pelakon yang seksi itu… Ida Nerina.

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Elly Suriati Yang Meletop!
  • Photo Red Carpet Busan International Film Festival 2011
  • Gambar Selebriti di Karpet Merah FFM21
  • Aswara Menang Awards di 13th Lyon Asian Film Festival
  • Synopsis Film Naraka 19
  • The Kuala Lumpur International Film Festival
  • Gambar Amanda Imani di Karpet Merah Festival Filem Malaysia 24
  • Tanaka Chie & Yu Chen Fan aka Van Fan at KL International Film Festival 2008
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Kuala Lumpur International Film Festival 2008
  • Gambar Siti Nurhaliza di Karpet Merah ABP 2007



    • http://www.mohdismail.com Mohd Ismail

      walaupun memakai baju labuh begitu, Fazura tetap seksi!

      ha ha

    • http://www.faidhi.com/ faidhidotcom

      tapi Fazura mcm tua jer…huhu…

    • http://afham.vangardx.net afham

      sume artis hot and seksi MOhd Ismail..tul tak??

    • http://blog.mixterr.com mixterr

      nadia tu seksi gile, smaapi nampak pink color! AHAHA

    • http://blog.mixterr.com mixterr

      budiey sape yg first picture tu!! n nape amik pin ngn ida nerina, suke ngn die erk!!! :P

    • http://www.ahmadfaidhi.com faidhi

      apsal la acha x dtg ek .. raja farah pon same .. kecewa2

    • lina hamid

      datin natasha nampak masih ayu cantik walaupun tengah sarat mengandung 4 bulan..

    • sitizuraidah

      suke tgk maya…walaupun international film,die pakai sopan jer..relax jer..

      bukan cam ida tu..muke x lawo tunjuk badan plak..

    • aidadidu

      sapa nadia tu? xknl pun… tp seksi xhingat… xseswai….

    • ello ello

      nadia,dari singapura kawan baik Fazura.

    • pemerhati

      kalo tk seksi tk plak org nak pandang,dah modal itu ajer yg ader….dosa pahala tolak ke tepi…masyaallah

    • ello ello

      tapi ramai selebriti malaysia pun pakaian macam gitu..semua terbuka. kenapa tak komen kat dorang.

    • http://khairilhusni.blogmas.com khairilhusni

      ida nerina ngan nadia tu nampak dah lanjut sgt.
      maya karin mendada macam best je.

    • katie holmes

      define lanjut sangat…kenapa lanjut?

    • ateinawzi

      weh…kalau tak salah saya ketika maya karen berpeluh tuh…eeeeeeee usyukkk aaaaaaaa…..

    • CD

      Kenapa la artis kita tiap kali ada acara-acara mcm ni kebanyakannya akan berpakaian mcm artis Hollywood pergi Oscar? Nak overexpose body tu biarlah pada suami anda saja. Mcm mana kaya dan moden hidup kita,ingat yang ini…kita orang Islam…mesti tau batas.Wasalam.

    • http://assalamualaikum Nizammuddin

      askum sume nama saya nizam,bagi saya yg paling cantik dalam gambar artisni sume paling cantik kak maya saya bagi 100 bintang ^_^

    • ellina

      Salam…Thanks maya sbb memakai pakaian yang sopan dan melambangkan adat ketimuran Malaysia. Yg lain malas nak komen sbb lebih sudu dari kuah! Sume nak tayang badan mengalahkan artis Hollywood. Malaywood la kot…

    • akah

      pakaian paling menyampah..si nadia tu.. baik pakai bikini je…
      pakaian yg paling cantik..datin natasha.. sweetttt…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK