in

Gambar Selebriti di Hot FM Big Jam 2009: Part 2

Hot FM Big Jam 2009 telah pun berakhir tepat jam 12 tengahmalam semalam. Banyak kenangan telah terukir dan terpahat di pentas festival muzik di Danga Bay ini. Persembahan yang menghimpunkan dari 28 artis lama dan baru telah menghangatkan pentas. Ada show artis yang ada buat kejutan untuk penonton semalam seperti show Stacy yang membawa seorang penyanyi latar bertopeng dan pada pertengahannya penyanyi latar membuka topeng Vendetta dan rupa-rupanya… Faizal Tahir. Juga penyanyi Mawi berduet dengan Faizal Ismail yang pakai rambut palsu.

Jika tahun lalu, para penyampai Hot FM beraksi dengan menari serta berdrama pendek, tahun ini mereka juga telah buat kejutan untuk pendengar yang tak lelah untuk menunggu dari jam 4 petang hingga lewat malam. Persembahan intro untuk sessi malamnya, penyampai bergabung dengan grup shufflers. Suka dengan gelagat Leya yang perutnya tengah membonyot dan FBI yang buat tarian robot. Kelakar je dengan diorang nih.

Seawal jam 10 pagi, telah ramai pendengar Hot FM yang datang mengerumuni pentas untuk mengikuti pelbagai acara santai dan games bersama Hot FM Viva Zoomerz dan penyampai Hot FM. Jam 12 tengahari, suasana bertambah meriah walaupun agak panas dengan bahang matahari, acara bertemu artis diadakan di booth dan juga di pentas. Serentak dengan itu diadakan sesi OB Siaran luar Hot FM dengan menampilkan beberapa orang artis.

Budiey mewakili Sensasi Selebriti ingin mengucapkan selamat menyambut ulangtahun ke-3 kepada semua warga kerja Hot FM dan semua pendengarnya yang sporting pada malam tadi.


Persembahan dibuka dengan persembahan dari grup shufflers. Semua masih lagi belajar di kolej dan lepasan SPM.

One Nation Emcees sedang bersedia untuk mengegarkan pentas dengan dua buah lagu. Just Dance dan Medley Songs. Mereka bakal lahir dengan satu lagi singles yang akan menyusul tak lama lagi.

Penyampai Hot FM buat diskusi di saat akhir.

Grup Maximus sedang menunggu giliran mereka untuk bawa lagu Apa Mahumu dan Biar Mati Cinta Ini

Kami bersedia…!

Introduksi dari semua penyampai. Cuma Kieran dan Tini je yang takde.

Mimi dari One Nation Emcees semakin matang dan bijak beraksi seksi dan panas di pentas. Sedang nyanyi lagu Don’t Phunk With My Heart & Madu & Racun.

Imran AJmain di belakang pentas dengan jantung hatinya… gimik untuk mempromosikan lagu single terbarunya, Jika Kau Pergi.

Showmanship grup indie rock dari Utara yang menggelarkan mereka PARDON ME ini kurang menyengat dan lesu walaupun menyanyikan lagu Karma dari Cokelat dan lagu Tercipta, lagu single milik mereka sendiri.

Imran Ajmain mendendangkan lagu Selamat Ulangtahun Sayang, lagu yang diminta oleh Hot FM sempena dengan ulangtahun mereka yang ketiga dan sebuah lagu Seribu Tahun. Budiey tak dengar pun Imran kena boo semalam seperti yang digembar-gemburkan oleh seorang pembaca. Mungkin kat depan tak dengar kot. Sebab yang Budiey dengar, semua hadirin turut menyanyi bersama-sama.

Suki menyerlah dengan menayangkan ketiaknya… nasib baik takde karat. Suki nyanyi dua buah lagu iaitu USAH dan SIAPA AKU.

Grup Pardon Me. Kasi gempak lagi lain kali! Good luck semua!

Nubhan sedang menunggu untuk nyanyi dua buah lagu, Permintaan Hati dan Ada Untukmu. Ramai betul peminat Nubhan kat JB nih.

Kemunculan Ruffedge dinantikan dengan lagu Jangan Berhenti dan Tipah Tertipu. Satu kolaborasi vokal yang biasa-biasa.

Jinbara menamatkan pentas petang itu dengan tiga buah lagu popular mereka iaitu Farhana, Cinta di Padang Merdeka dan Kasihnya Laila. Mantap giler! Rock Ooooo…!

Pukul habis!

Biasalah, bila dah lagu rock mesti ada lambang nih… sampai ke budak ni pun dah tahu nak buat lambang tu daaaaa…. punoh-punoh!

Rockinnnnnnnngg! Tiar Jinbara memang menguasai pentas itu dengan pukulan kaw-kaw punyeeee.

Gaya penonton yang terkena histeria.

Kesian bayi ni jadi mangsa… huhu baby ni mungkin jadi gitaris kot. Huhu… satu famili bawak duk depan pentas.

Che Pot mengembalikan kenangan zaman dulu kala dengan lagu Cinta Padang Merdeka.

Menamatkan pentas dengan lagu Farhana. Best!

Bergabung tenaga! Memang power la bro! Power root pun kalah.

Dan show pada petang itu dimenangi oleh Jinbara. Tahniah dari kami!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Pembaca Budiey.com di Australia Bersama IZ OIAM

Majalah Sensasi Kini Bertukar Kepada Selebriti