Gambar Selebriti di Anugerah MACP 2008
Majlis Anugerah MACP pada Jumaat lalu (18 April lalu) dimulakan dengan acara permaidani merah yang bersiaran langsung selama 15 minit sebelum jam 9 malam. Budiey turut berada di Auditorium Penyiaran RTM Kuantan untuk mengambil gambar fesyen selebriti. Terima kasih kepada RTM yang sudi menaja Sensasi Selebriti untuk membuat liputan khas di Kuantan. Walaupun kerjanya agak memenatkan, namun ianya satu pengalaman yang sangat menyeronokkan.
Bersiaran langsung selama 2 jam, Anugerah MACP turut dihadiri oleh Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Ash Nair, Hafiz Hamidun, Azfar OIAM, M Nasir, Silent Scream, Ramlah Ram, M Nasir, anggota Spider, Hattan, Fredo, Farah, Zubir Ali, Juwita Suwito, Noryn Aziz, Anne Ngasri, Pak Ngah, Meet Uncle Hussein, Nassier Wahab, Noryn Aziz, Mohaizam, Alif Azfar.
Macam-macam fesyen kita dapat lihat. Namun, ramai selebriti tampil dengan agak simple dan sederhana. Mentang-mentanglah Anugerah MACP ini tidaklah segah dan seglamour anugerah-anugerah yang lain, ramai artis hanya mengambil langkah selamat.
Budiey kira busana Datuk Siti Nurhaliza agak klise, malah ada yang mengatakan seperti pakaian tidur kelawar suri rumah dan warnanya tidak menyerlah. Pakaian Noryn Aziz agak garang dengan rona merah menyala rekaan Bill Keith. Manakala Ziana Zain memilih jalan pintas lantaran mengusung baju yang dipakainya ketika Sidang Media Minggu Setiausaha Rafflesia. Eloklah tu ya, recyled! M. Nasir sangat selesa dengan kemeja berlengan panjang dipadankan dengan jeans. Isunya, sesuai ke?
Pasangan Sehati Berdansa

Bob AF2 kemas dan rapi

Ala kabaret Noryn yang merah merona

Juwita sambut Raya Cina kah?

Kelawar Jingga Siti?

Malaysian Idol ke Mainstream Ash Nair

Gaya otai rockers awal 90an, Burn vokalis Meditasi

Hafiz rupanya suka dengan rekaan Key Ng

Azfar pilih warna asas hitam putih dan jaket denim

Penyanyi lama masih tetap baru kalau tampil bergaya.

Lelaki Melayu Terakhir ini sekadar sempoi dengan kemeja dan Jeans?
Tags: Blog
Tags: BlogClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 20th, 2008 at 11:47 am
m nasir mmg sempoi.
April 20th, 2008 at 3:33 pm
hey budiey, mana ada ziana zain recycle baju masa sidang media rafflesia????? artikel ko ni tak beralaskan fakta! kalau nak tulis artikel, buat homework dulu.. memang betul baju recycle tapi baju tu dipakai masa RAFFLESIA’S SECRETARIES’ WEEK LUNCHEON 2008 tu berlangsung yang ko sendiri hadiri (tapi aku x nampak pun gambar ziana zain dlm blog ko ni!) kalau siti bukan main lagi.. DAN BUKANNYA SIDANG MEDIA yang ko sukahati je tulis tu.. ini bermakna artikel ko ni tak begitu convincing!!
cane nak attract more pembaca? cincai je buat artikel…. malas dah aku.. huhuhu
April 20th, 2008 at 4:06 pm
uiks..garabgnye you noose ni..tkut aku..jgn gduh2 k..bln ramadhan dh dkt..
xpe le..aku nk komen psl artis..erm..bob mesra makin krus..ape rhsia..?caya la bob..jelez aku..huhu..noryn comey..cma mekap die extra tebal kot..cam opera..tp ttp lawa..
ala..klu lelaki, xleh nk vogue2 sgt pn..m nasir tu ok ape..ttp kemas n macho aku tgk..simple n nice.. (^_^)v
April 21st, 2008 at 12:38 pm
Eii you noose ni emo tol la… rileks arh.. kang budiey upload la nnt.. kecoh lak org bagi baca free pon syukur la.. kalo xsuke jgn masuk cni.. setahu aku budiey nyer blog ni xperlu pembaca2 emo cam you noose ni.. tanpa ko pun blog ni dapat hit beribu sehari.. so xpayah nak kecoh kat cni
April 21st, 2008 at 2:50 pm
budiey….pembetulan…husband anne tu namanya wafi bukannya wahe…ok tu ja