Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Gambar Sekitar Ujibakat My Starz LG di The Curve Damansara

KUALA LUMPUR DESTINASI TERAKHIR UJIBAKAT,
10 PESERTA BAKAL DIKENALPASTI

Pencarian ujibakat program realiti hiburan popular My Starz LG telah tiba ke destinasi terakhir iaitu Kuala Lumpur pada hujung minggu lepas. Ujibakat yang diadakan di pusat membeli-belah terkemuka, e@Curve Mutiara Damansara itu mendapat sambutan yang amat mengalakkan apabila lebih 400 peserta hadir untuk mencuba nasib. Ujibakat kali ini telah diadili oleh komposer yang tidak asing lagi, Azmeer, koreografer, Sazlan dan Pengurus A&R Warner Music (M), En. Mokhtaza Ahmad.

Ujibakat yang dibawakan oleh LG Electronics Malaysia dan TV3 itu sebelum ini telah menjelajah ke beberapa destinasi lain bagi mencari bakat-bakat terpendam remaja berusia 18 hingga 25 tahun untuk mencuba nasib dalam musim ke-3 program ini. Antara destinasi ujibakat yang telah dilawati termasuklah di Queensbay Mall (Pulau Pinang) dan Centrepoint (Kota Kinabalu) pada 1 & 2 Ogos, Aeon Bukit Indah (Johor Bahru) dan Tun Jugah Mall (Kuching) pada 8 & 9 Ogos sebelum berakhir di e@Curve Mutiara Damansara Sabtu dan Ahad lepas.

Menurut penerbit My Starz LG musim ke-3, Nurhul Huda Hj Khalid berkata, “Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan ujibakat yang telah dijalankan. Ujibakat bagi musim ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan apabila lebih 1000 peserta datang untuk mencuba nasib. Mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan dari pelbagai latarbelakang dan apa yang menarik kesungguhan yang dipamerkan oleh kesemua peserta yang datang. Setiap ujibakat yang dijalankan di semua destinasi akan disaring untuk pemilihan akhir. Dari situ, satu lagi pemilihan akan dijalankan bagi mengenalpasti 10 peserta terbaik untuk berentap di pentas My Starz LG musim ke-3.”

“My Starz LG akan menemui penonton TV3 setiap Ahad jam 10.30malam mulai 1 November 2009. Pada episod pertama kami akan menayangkan edisi ujibakat-ujibakat yang telah dijalankan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur. Konsert pertama akan ditayangkan pada minggu berikutnya iaitu 8 November 2009. Mereka seterusnya bakal mengorak langkah bagi membuat persembahan dan berentap dalam episod mingguan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, di hadapan para peminat mereka dan barisan panel hakim eksklusif,” tambahnya lagi.

Para peserta yang terpilih bakal mendapat tunjuk ajar dan nasihat profesional selain sokongan latihan dari para mentor yang terdiri daripada penghibur dan penerbit terkemuka di Malaysia. Pasukan mentor berbakat ini dipilih dengan teliti bagi memastikan yang para peserta My Starz LG menerima latihan terbaik.

Pemenang pertandingan My Starz LG berpeluang memenangi wang tunai RM 100,000, kontrak rakaman dengan Warner Music, produk LG yang bergaya dan inovatif, dan semestinya laluan menjadi bintang terkenal!

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang My Starz LG, sila layari http://www.lge.com.my , http://www.lgblog.com.my atau http://www.mystarzlg3.com

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Girlfriend Nas-T di The Curve Damansara
  • My Starz – Program Realiti TV Terbaru TV3
  • Gambar Shahz Jaszle di Karnival Tari Tirana
  • Ujibakat GangStarz Musim Kedua Kembali Lagi
  • IZ OIAM dan Shila di The Curve Hari Raya Celebration Show
  • Konsert Gang Starz Pertama Malam Ini di TV3
  • Wana My Starz LG Lancar Album Pertama
  • Showcase My Starz LG
  • Quote of the Day: Faizal Tahir Work Out di Fitness First
  • Siapa Pemenang Final My Starz LG Musim Ke-2?



  • Satu Komen untuk entri “Gambar Sekitar Ujibakat My Starz LG di The Curve Damansara”

    1. RAYMIE RAYROCKERS kata:

      TOM NO~1

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!