in

Gambar Sekitar TV3 Kids Parade & Cake Day 2011

‘MENJANA KARISMA KANAK-KANAK’ TEMA TV3 KIDS PARADE & CAKE DAY TAHUN INI
Lebih 30 Kontinjen Meriahkan Perarakan Kanak-kanak 1Malaysia

Bersempena sambutan Hari Kanak-kanak SeDunia peringkat kebangsaan, TV3 dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membawakan TV3 KIDS PARADE dan CAKE DAY buat kali ketiga sejak diperkenalkan pada tahun 2009. Objektif TV3 KIDS PARADE dan CAKE DAY ialah untuk menemukan pelbagai kelompok kanak-kanak bersama seisi keluarga dalam satu acara istimewa bertemakan ‘Menjana Karisma Kanak-kanak’ bagi memupuk semangat muhibah tanpa mengira bangsa dan agama dikalangan semua yang terlibat seiring dengan konsep 1Malaysia.

TV3 Kid parade 2011

Seawal jam 8.00pagi, TV3 KIDS PARADE bermula dengan acara pembukaan iaitu perarakan kanak-kanak 1Malaysia, di mana 38 kontinjen yang terlibat terdiri daripada pra-sekolah, sekolah, pasukan beragam, rumah kebajikan dan barisan artis yang pernah menjayakan program School Attack seperti Syazwan Zulkifli, Adam Shah, Talha Harith, Dedeq, Mimie Harris, Adi Mentor 4 dan Salma Mentor 5 (dilampirkan senarai penuh kontinjen untuk rujukan). Juara tahun lalu, SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi sekali lagi bertanding. Wang tunai bernilai RM3,000 menjadi rebutan buat pasukan terbaik manakala RM2,000 untuk tempat kedua, RM1,000 untuk tempat ketiga dan RM500 untuk saguhati. Setiap kontinjen akan dinilai dari segi rekaan kostum, kreativiti dan persembahan keseluruhan.

Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 Kids, Mohd Azri Badri berkata, “Melihat kepada kejayaan lalu, TV3 KIDS PARADE diteruskan lagi pada tahun ini. Lebih meriah, edisi kali ini mendapat kerjasama dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, KFC dan Nestlé. Diharapkan TV3 KIDS PARADE mampu menjadi platform untuk kanak-kanak berkumpul beraktiviti disamping memupuk jati diri dan karisma.”

Selain menyaksikan perarakan kanak-kanak, para pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti dan memenangi cenderamata eksklusif TV3. Aktiviti lain yang diadakan di TV3 KIDS PARADE ini, antaranya, sesi beramah mesra bersama karakter kartun seperti BoBoiBoy, Upin & Ipin, Supertots, Tamagotchi, Armor Hero, persembahan pasukan sorak, bag pipe, brass band, persembahan teater kanak-kanak, pertandingan melukis, bengkel mewarna, tayangan Movie Magic, pendaftaran ahli baru MyTV3 dan banyak lagi.

Gerai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), KFC, Nestlé, Dutch Lady, Munchy’s, Pharmaniaga dan Children Islamic Centre (CiC) turut dibuka untuk pengunjung. Di gerai JKM pengunjung boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan informasi seperti perkhidmatan-perkhidmatan kebajikan untuk kanak-kanak, keluarga, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas. Di gerai Dutch Lady pula terdapat ‘Cabaran Sekolahku Generasi Membina’ yang mempamerkan hasil kreativiti pelajar sekolah seluruh tanahair dalam membina struktur binaan dengan menggunakan kotak susu Dutch Lady.

TV3 KIDS PARADE edisi kali ini dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diiringi oleh Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.

Sementara si anak seronok berhibur dan beriadah dengan pelbagai aktiviti kanak-kanak, para ibu pastinya tidak mahu ketinggalan menyertai acara CAKE DAY. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah Pertandingan Menghias Kek yang menawarkan wang tunai bernilai RM500 untuk tempat pertama, RM300 tempat kedua, RM200 tempat ketiga dan RM100 hadiah saguhati. Objektifnya ialah untuk memberi peluang kepada kaum wanita menunjukkan bakat dan berkongsi pengetahuan berkenaan ilmu pastri.

Acara CAKE DAY dirasmikan oleh Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama, TV3 & TV9. Selain pertandingan menghias kek, aktiviti lain yang turut diadakan adalah demonstrasi menghias kek oleh Puan Zuraidah dari Silver Spoon International College. Acara dimeriahkan lagi dengan sesi mendekorasi cup cakes bersama adik Izuan Fikri dan adik Mia Sara Nasuha serta lelongan kek yang telah dihias oleh personaliti dan artis jemputan seperti Sharifah Sakinah, Wan Sharmila, Hairi Safwan, Saiful Nizen dan Amyza Adnan kepada pengunjung yang hadir. Hasil lelongan akan disalurkan ke Tabung Amal Azean Irdawaty.

Senarai Kontinjen TV3 KIDS PARADE
1. Media Prima Berhad Kids
2. School Invaders (Barisan artis yang telah sama-sama memeriahkan program TV3 Kids School Attack; Syazwan Zulkifli, Adam Shah, Talha Harith, Dedeq, Mimie Harris, Adi Mentor 4, Salma Mentor 5 dan ramai lagi)
3. SMK St. John, Kuala Lumpur
4. SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya
5. Mascot (BoBoiBoy, Upin & Ipin, Supertots, Tamagotchi & Armor Hero)
6. Motocade (MyTV3, TV3 Kids, School Attack & K9)
7. SMK Tinggi Klang, Klang
8. Permata Seni (Tiga gabungan iaitu Muzik, Koir dan Tari)
9. Tadika Al-Fikh, Pelabuhan Klang
10. Taska Warisan Cemerlang, Klang
11. Tadika Sri Bunga Raya, Shah Alam
12. Tadika Ceria Az-Zahrah, Klang
13. Children Islamic Centre (CiC), Putrajaya
14. Tadika Atfal Excel, Cheras
15. Tadika Seni & Kreatif, Cheras
16. Taska Permata SIRIM Bhd, Shah Alam
17. Smart Soleh Integrated Preschool, Sg. Buloh
18. Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR), Subang Jaya
19. Rumah Hope, Petaling Jaya
20. Rumah Sayangan, Kuala Lumpur
21. Pertubuhan Kristian Desa Amal Jireh, Semenyih
22. Shapherd Centre Foundation, Semenyih
23. Rumah Ozanam, Petaling Jaya
24. Pusat Aktiviti Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
25. Pemulihan Dalam Komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
26. Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
27. Persatuan Pure Life, Kuala Lumpur
28. SK Pandan Indah, Kuala Lumpur
29. SK Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh
30. SK (J) Cina Lick Hung, Subang Jaya
31. SK Puncak Alam, Selangor
32. SK Seafield, Subang Jaya
33. SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi
34. SK Meru, Klang
35. SK Bukit Sentosa, Rawang
36. SK Taman Bukit Subang
37. SK Tun Doktor Ismail, Sabak Bernam
38. St. John’s Alumni Pipe Band
*Mengikut urutan perarakan

TV3 Kid parade 2011

TV3 Kid parade 2011

TV3 Kid parade 2011

TV3 Kid parade 2011

TV3 Kid parade 2011

TV3 Kid parade 2011

TV3 Kid parade 2011

TV3 Kid parade 2011

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Spend Weekend with Merlin

Temubual Eksklusif Bersama Forteen